BAB 18 » Bangkit menyerlah

15 5 0
                                    

Sewaktu perjalanan untuk penghantar Pami ke rumahnya, Pami hanya termenung memandang keluar tingkap kereta manakala Chef Cook sangat fokus waktu memandu keretanya. Chef Cook faham bahawa emosi Pami waktu sekarang agak terganggu.

Sebab itulah, Chef Cook tidak bercakap sepatah kata pun. Sampai sahaja di depan rumah flat Pami,dia mengucapkan terima kasih dan menutup pintu kereta. Chef Cook pula menyusul pergi meninggalkan tempat itu.

............

Telefon bimbit Pami berbunyi sewaktu ditangannya. Dia mengangkat panggilan itu kerana orang yang menelefon itu ialah bossnya sendiri iaitu Chef Cook. "Assalamualaikum Chef, kenapa telefon saya pada waktu tengah malam ni", kata Pami sejurus selepas menjawab panggilan itu.

"Walaikumussalam, saya cuma nak beritahu awak yang esok kalau awak nak ambil cuti pun takpe sebab awak masih emosi kan", kata Chef Cook. " Eh chef, saya dah ok ni, lagipun dah lama tak masuk kerja kan, haha"."Betul ni, kalau begitu esok datang tau tapi kalau ade apa-apa bagitahu saya ye."

Keesokkan harinya, Pintu masuk restoran Master Cook dibuka. Shon dan Amirul yang berada di dalam fikir bahawa pelanggan mereka datang awal pagi, rupa-rupanya Pami yang datang. Gayanya bukan seperti selalu, selalunya dia kemas tetapi hari ini serabut.

Rambut dan baju seperti tidak sikat dan digosok. Secara keseluruhan, Pami kelihatan seperti tidak mandi sebelum pergi bekerja. Amirul yang sedang mengelap meja, menegur Pami yang baru sahaja masuk ke restoran.

"Pami, kau lupa mandi ke", kata Amirul. Pami pula berkata "Hahah, aku nampak macam tak mandi ke". Pami menuju ke bilik persalinan untuk menukar baju kerja. Shon pula berkata, "Dia tu dah kenapa, macam tak sihat je", "mungkin masih trauma kot" ,kata Amirul. Selepas itu, mereka terus menyambung kerja mereka.

Beberapa minit kemudian, Chef Cook datang. Sebaik sahaja masuk ke dalam, dia bertanya "Pami datang kerja ye, saya nampak motor dia dekat depan". "Ye Chef,dia ada dekat belakang sekarang ni tapi saya tengok dia macam serabut je" ,kata Amirul.

Chef Cook masuk ke kitchen dan melihat Pami sedang memotong bawang merah. Apa yang Amirul kata memang benar. Pami bukan seperti biasa, dia agak tidak bersemangat, selalunya dialah yang paling menyerlah daripada staf lain.

"Pami,are you ok", kata Chef Cook. "Saya ok chef, cuma kurang tidur malam tadi". "Kalau awak cakap macam gitu, saya masuk dulu,kalau ada apa-apa masalah, bagitahu saya di dalam bilik saya. Pami mengangguk tanda faham, Chef pun masuk ke dalam biliknya.

................

Selepas fitnah palsu tentang restoran Master Cook yang dibuat oleh Chef Andre tempoh lalu terbongkar, restoran Master Cook bangkit menyerlah, keadaan disitu agak kelam kabut. Terlalu ramai orang yang datang ke situ sehinggakan mereka sanggup beratur panjang.

Salah satu kemungkinannya, Master Cook telah memperkenalkan hidangan terbaru di restoran mereka. Hanya 3 orang sahaja yang masak di kitchen iaitu Pami, Chef Cook dan Sheikh. Belum pukul 12 tengah hari lagi, Pami sudah letih, dia bagaikan mahu pengsan.

Ini mungkin Pami kurang tidur kerana dia hanya tidur selama 1 jam malam tadi. Otaknya berdenyut, berjalan pun tidak stabil. Sheikh perasan Pami sebergitu dari tadi. Dia risau jika Pami tiba-tiba pengsan.

"Pami, kau ok tak, macam tak ok je", kata Sheikh. " Wei, tak ada masa untuk berbuallah, ramai costumer ni", balas Pami. Pami tetap meneruskan kerja walaupun dia tahu, dia tidak akan bertahan lagi. Akhirnya dia jatuh selepas menekan loceng tanda hidangan telah siap.

Semua orang yang dengar bunyi jatuhan Pami terdiam, Amirul yang ingin mengambil makan yang diletakkan oleh Pami datang ke Pami yang telah jatuh dilantai. Pami belum pengsan cuma dia dibawah sedar. Dia nampak Amirul di hadapan mukanya cuma pandangannya agak kabur, bunyi disekeliling pun kurang jelas.

Sheikh dan Chef Cook tiada masa untuk menjenguk Pami yang jatuh ke lantai itu. Chef Cook hanya mengarahkan Amirul untuk membimbing Pami ke bilik istirahat. Pami rehat di sofa yang empuk itu.

Amirul keluar dari bilik dan masuk balik dengan segelas air. Dia pun meletakkan air itu di atas meja di hadapan sofa dan terus menyusul keluar kerana dia sibuk dengan kerja diluar. Dengan keadaan yang selesa dan dingin, Pami pun tertidur dan tidak memikirkan apa yang berlaku di kitchen.









Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now