BAB 20 » Pindah

12 6 0
                                    

Pami hanya bekerja pada pagi itu sahaja.Walaupun dibenarkan untuk pulang ke rumah lebih awal dari staf yang lain tetapi dia masih di restoran sehinggalah waktu beroperasi tamat.

Pami yang baru sahaja ingin keluar dari restoran, dipanggil oleh Chef Cook yang sedang berbual di telefon. Chef Cook melambai-lambai kepada Pami kerana ingin memastikan Pami perasan akan panggilan itu.

"Pami mari sini, ada orang nak bercakap dengan awak", cakap Chef Cook kepada Pami yang menoleh kearahnya selepas dipanggil. "Sapa yang nak bercakap dengan saya, Chef?", Kata Pami selepas tertanya-tanya siapa yang ingin bercakap dengannya ditelefon.

"Alah, Inspektor Hassan yang nak cakap dengan kau ni". Pami merasakan pihak polis menelefon dan ingin bercakap dengannya kerana ingin berbincang mengenai Adrel. Tanpa teragak-agak, Pami pergi kearah Chef Cook dan meneruskan panggilan itu.

"Assalamualaikum Inspektor, ini Pami bercakap". Pami memulakan perbualan itu dengan menggunakan bahasa formal kerana bercakap dengan ketua polis. "Walaikumussalam, Eh Pami ni tak perlulah guna bahasa formal sangat,saya dengar pun macam nak tergelak".

"Yeee, kenapa tuan nak bercakap dengan saya?", kata Pami. "Saya cuma nak bagitahu yang Adrel akan dipindahkan di penjara Australia hujung minggu ini". "Dia pindah je pun, buat apa nak bagitahu saya".

"Dia nak pergi, tak nak jumpa dulu ke? tiada siapa pun nak jenguk dia kat penjara sebab dia tiada sesiapa dah kat dunia ni", kata Inspektor yang menyedihkan supaya Pami sudi untuk berjumpa dengan Adrel sebelum dia pergi jauh.

Tut tu.....tut tu........., panggilan diputuskan oleh Inspektor. Pami memikirkan pasal hal ini sepanjang perjalanan ke rumah. Dalam hatinya hanya berkata, "patut ke aku jenguk dia eh". Hatinya rasa tidak tenang memikirkan hal itu. "Baik aku pergi tengok dia penjara esok", kata Pami yang berseorangan di rumah sewanya itu.

Pada keesokkan harinya, Pami pergi bekerja seperti selalu, dia kelihatan lebih ceria dan sihat. Chef Cook yang harininya datang awal bertanya kepada Pami, "Eh Pami, saya ingat awak pergi penjara tengok Adrel harini". "Saya memang nak pergi tapi lepas balik kerja, lagipun hari ni saya kerja separuh hari kan?"

"Yelah Pami", Chef Cook masuk ke dalam biliknya semula. Hari ini Pami bekerja seperti selalu. Pelanggan juga ramai seperti semalam tetapi tiada sesiapa yang pengsan kerana kepenatan. Kerja sekarang lebih menyeronokkan kerana mendapat keuntungan yang banyak dan boleh menanggung kehidupan mereka.

..............

Waktu bekerja Pami pun telah tamat, kini tiba masanya dia berkemas pulang dan pergi ke penjara untuk melawat Adrel. "Pami, kau nak balik dah ke, lepas tu kau nak lawat Adrel kan?, kata Amirul. "Aah tapi nak pergi lepas solat zohor sebab nak rehat sekejap dekat rumah.

"Ouh yeke? Nak aku teman tak, hari ni aku kerja half day jugak", "Eh, tak apalah, kau rehat jelah dekat rumah, lagipun nanti kau bosan pulak dekat sana, aku pun mungkin lama kat sana, ah......., pastu pulak aku nak pergi mall beli barang dapur, banyak tempatlah aku nak pergi harini".

Pami seperti membuat banyak alasan kepada Amirul kerana dia tidak mahu Amirul mengganggu dia dan Adrel nanti. Dengan suara Pami yang gagap itupun sudah dapat tahu yang dia itu menipu.

"Kalau iye pun nak ruang privacy dengan Adrel, janganlah sampai membongak dengan aku, kau anggap aku sebagai kawan kau ke tak?, sentaplah kalau gini". "Ye memang pun, aku tak nak kau ikut, aku nak berbual berdua je dengan dia. Takkan itu pun nak sentap. Kau menangis ke, malas aku nak pujuk".

"Dahlah tak pujuk aku, cubalah ganti dengan lepak sama-sama lain kali ke, pergi tengok wayang ke, keluar makan ke?" ,suara Amirul terdengar tidak puas hati dengan respon yang diberikan oleh Pami itu.

"Oh yelah2, nanti kita keluar ramai2 ye", kata Pami yang ikut seperti kehendak Amirul. "Hari Selasa eh sebab restoran kan tutup hari tu, nanti boleh ajak semua staf". "Yang penting ajak Chef sebab nanti dia belanja kita, hahaha"."Jahat kau, sebab itu kau nak ajak Chef eh, aku bagitahu dia kang".

"Eh dahlah, aku pergi dulu nanti lambat pulak nak pergi penjara", kata Pami. "Ok, hati2 jalan". Maka Pami pun menyusul pergi dengan menunggang motosikalnya dan pulang ke rumah.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now