BAB 22 » Sambung belajar

38 5 0
                                    

Selepas setahun kemudian.......

Selepas restoran ditutup, staff-staff Master Cook berbincang untuk mengadakan sambutan parti atas kegemilangan Master Cook yang semakin popular ini. Daripada yang mereka bincangkan, parti akan dijalankan pada hari esok bermula jam 8 malam. Semua kos akan ditanggung penuh oleh Chef Cook. Ini membuktikan Chef Cook sangat menghargai pekerja-pekerjanya.

"Ok sekarang ni kita kena bincang, dekat mana kita nak adakan parti ni", kata Pami dengan bersemangatnya. "Aku rasa, kita jalankan dekat hotel lah baru nampak ada class.", kata Amirul. "Woi, kenapa pilihan kau tu tinggi sangat, kena ingat ni orang belanja bukan kau bayar sendiri.". "Eh boleh jelah, sekali sekala je kan, lagipun semua orang, buat kerja dengam bagus."

"Yeke chef, wah tak sabar rasanya.", kata Pami yang tadinya seperti marah kepada Amirul. "Eleh, tadi marah aku sebab aku nak dekat hotel." ."Tu tadi, sekarang ni chef yang setuju nak buat dekat hotel."."Dah2, jangan bising2 kat sini, pagi esok saya booking hotel eh.", kata Chef Cook.

Mereka juga berbincang untuk membuat persiapan. Sehinggalah pukul 12 malam, mereka pun bersiap-siap untuk pulang. Sehingga sahaja Pami keluar daripada restoran dan pergi dari situ dengan menunggang motorsikalnya, Chef Cook pun memanggil staff-staff untuk berkumpul semula lalu berkata, "esok sebenarnya saya juga akan membuat surprise dekat Pami."

"Surprise apa chef?", kata Shon. "Surprise untuk Pami sambung belajar dalam bidang kulinari, lagipun dia banyak membantu kita dalam untuk menaikkan nama restoran ni." . "Mana adil, semua chef nak bagi dia, sijil pekerja cemerlang pun nak bagi dia kan?". "Ok kejap, orang lain ada yang tak setuju jugak ke?". Staff yang lain semuanya bersetuju dan tiada sebarang bantahan.

"Kalau macam tu, esok aku takkan ikut sekali pergi parti, pergi korang semua.", Shon pun pergi dari situ. Dari dahulu, Shon tidak boleh terima hakikat yang Pami itu ialah pekerja yang terbaik. "Tak apa, kita tak perlu fikirkan pasal dia, dia tu memang macam tu dari kecil.", kata Chef Cook yang tahu perangai Shon dari kecil kerana Shon itu ialah anak saudaranya.

Pada keesokkan harinya..........

Lebih kurang pukul 6 petang, beberapa orang staff sudah sampai dan bersiap sedia untuk parti yang akan dijalankan pada jam 8 malam nanti. Pami antara staff yang datang awal ke hotel itu, seperti biasa, dia yang paling bersemangat disitu. Chef Cook hanya menjenguk ke luar hotel, dia menunggu Shon yang masih tidak sampai, "betul ke dia tak datang", bisik hati Chef Cook.

"Sapa yang belum solat tu, solatlah dulu sebab kita nak parti ni mendapat keberkatan Allah kan.", kata yang mendalam dari Pami. "Betul juga, aku belom solat asar lagi ni", kata Sheikh. Sheikh pun pergi ke surau yang berada di dalam hotel itu. Pami pula mencari dimanakah Chef Cook, dia meronda-ronda di dalam hotel, setelah ternampak Chef Cook di luar, Pami pun pergi kearah sana.

"Chef buat apa dekat luar ni, marilah masuk ke dalam", kata Pami. Pami tidak tahu yang Shon tidak mahu datang ke parti ini. Kerana sudah dipanggil Pami, Chef Cook pun masuk ke dalam. Selepas solat magrib, semua staff berkumpul tetapi seorang sahaja yang tiada disitu iaitu Shon. Pami masih tidak perasan ketiadaan Shon. Parti masih terus berjalan.

"Pami, mari sini sekejap, saya ada sesuatu nak kasi awak ni", kata Chef Cook. Dia pun memberikan Pami sepucuk surat yang masih bersampul. "Apa ni Chef", kata Pami yang masih bingung. " Buka jelah". Selepas Pami membuka surat itu, dia tercengang kerana dia sangat mahu menyambung pelajarannya. "Betul ke ni, macam mana chef tahu yang saya memang nak sambung belajar dekat sini."

"Kan awak yang cakap dulu". Jadi tidak lama lagi Pami akan berhenti kerja di Master Cook untuk menyambung pelajaran. Parti ini juga sebenarnya untuk meraikan Pami sebagai pekerja terbaik. Semuanya bergelak ketawa dan bergembira, tiba-tiba Pami bertanyakan soalan kepada Amirul, "kenapa aku dari tadi tak nampak Shon."

Amirul pun bertanya kepada Chef Cook, "Shon memang tak datang ke hari ni", tanpa sempat Chef Cook menjawab, Pami pun berkata, "hah tak datang, kenapa pula?. Chef Cook pun menerangkan kepada Pami. "Korang tak patut buat macam tu, kenapa tak pujuk", "Pami, dia tu iri hati dengan kau, kenapa masih nak bersimpati dengan dia."

"Tak kiralah dia tu cakap ape pasal aku, dia masih kawan aku lagi", Pami pun pergi keluar dan menelefon Shon. Tut....tut....., Pami menunggu Shon untuk menggangkat telefonnya. "Hello........" ,Shon menjawab. "Shon kau kat mana sekarang, kenapa tak ada dekat sini, aku minta maaf kalau aku ada buat salah"," kau tak ada buat salah pun, aku yang ada buat salah dengan kau, aku minta maaf sangat sebab tak datang parti tu."

"Kalau maaf kau tu memang ikhlas, kau datang hotel ni juga, masih ada masa.". Panggilan itu terputus, Pami mengganggap Shon tidak mahu datang kesitu. Pami pun masuk ke dalam semula. "Dapat tak telefon dia?", "Dapat tapi mungkin dia tak nak datang.". Selepas itu Pami hanya duduk di kerusi sahaja.

Beberapa minit kemudian, seseorang lelaki datang dihadapan Pami dan menegur, "kenapa ni sedih-sedih, aku baliklah macamni.". Suara itu kedengaram mesra, Pami pun memandang kebelakang, "Shon......, datang pun kau". Mereka pun memeluk erat seperti sahabat rapat.

"Tahniah, dapat sambung belajar, lepas ni dapat gelaran Chef jugak lah nampaknya.". "Insyaallah". Pami pun mengaktifkan mood partinya kembali. Memandangkan ini adalah masa yang terakhir untuk bergembira bersama staff-staff Master Cook. Jadi dia akan jadikan hari ini sebagai salah satu memori istimewa baginya.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Donde viven las historias. Descúbrelo ahora