BAB 14 » Mesyuarat perbicaraan

17 6 0
                                    

Matahari mula timbul,kini tiba masanya untuk Adrel bangun dan bersiap sedia untuk di soal oleh Inspektor.Adrel belum lagi bangun daripada tidur walaupun sudah hampir pukul 8.00 pagi."Tok tok tok",pintu bilik Adrel diketuk oleh Lisa.

"Cik dah boleh siap2lah,pukul 8.30 nanti jumpa dekat bilik mesyuarat",kata Lisa yang suara kurang jelas kerana dihalang oleh pintu dihadapannya. Lisa membuka kunci pintu dan pergi dari situ atas urusan lain.

Adrel masih dalam dibawah sedar kerana dia baru bangun daripada tidur.Adrel sungguh liat untuk bangun dari tidur kerana pada malam semalam,dia tidur agak lewat.Tetapi dia cuba untuk menguatkan kaki dan badannya untuk bangun dan pergi bersiap.

Sebelum Adrel dan yang lain masuk ke bilik mesyuarat,mereka di hidangkan dengan sedikit juadah yang terhidang di atas meja dapur. Kini Adrel makin bertenaga,tidak seperti tadi.Adrel masuk ke dalam bilik mesyuarat tepat pukul 8.30 pagi dan mereka juga memulakan sidang mereka.Adrel akan cuba untuk tidak membocorkan rahsia tentang identiti sebenarnya.Dia hanya perlu menceritakan tentang Chef Andre.

Di situ penuh dengan kamera dan microphone,ada juga yang bersedia untuk mencatatkan sesuatu di dalam buku laporannya."Baiklah Cik Adrel,bolehkan cik memberitahu kami bilakah Chef Cook.Adrel membalas,"Chef Cook 4 hari lepas pada waktu malam."

Soalan kedua terus ditanya."Dulu awak tinggal di Australia kan, kenapa awak balik ke Malaysia." Soalan mengenai diri Adrel terus ditanya,ini kerana penyoal mahu mengetahui jika Adrel balik ke Malaysia disebabkan mahu bersekongkol dengan Chef Andre. Adrel tidak gementar untuk menjawab soalan yang diberi kerana dia sudah bersedia untuk menjawab soalan sebegini.

"Saya belajar disana,lepas habis, terus balik ke Malaysia untuk jumpa papa sayalah. "Penyoal itu makin mahu mengorek maklumat daripada Adrel dengan cepat.Dia tanya bahawa Adrel pernah bersubahat dengan Chef Andre dalam misi menculik Chef Cook atau bukan.

"Memang saya bersubahat tetapi saya sedar bahawa apa yang saya buat itu salah."Adrel menceritakan bahawa di juga telah dipukul oleh papa nya kerana mahu berhenti daripada menjalankan misi itu.Adrel menunjukkan kesan lebab yang berada di tangan,kaki dan juga dahi. Pegawai-pegawai yang mendengar simpati mendengar cerita Adrel itu.

Penyoal itu meneruskan dengan soalan seterusnya."Awak tahu kenapa Chef Andre buat seperti itu kepada Chef Cook.","Saya tahu". Adrel tahu kerana Chef Andre pernah bercerita dengannya."Kalau begitu,boleh Cik berkongsi dengan kami".Adrel bercerita tentang zaman muda Edy dan Andy sehingga penghujungnya.

Soalan demi soalan ditanya oleh penyoal.Adrel kian buntu untuk menjawabnya.Sampailah berakhir sudah sidang ini,Adrel bertahan dan tidak membocorkan apa-apa rahsia tentang peribadinya.Adrel keluar daripada bilik itu,Lisa menunggu diluar dan berkata,"Pandai cik cakap",lalu pergi dari situ.Adrel tidak mengesaki bahawa Lisa sudah tahu tentangnya.

.............

"Tuan,bila kita nak pergi ke restoran itu balik",kata Adli."Lepas zohor,kita gerak,bawak 8 orang polis naik 2 kereta",jawab Inspektor Hassan."Peh ramainya kena ikut","mestilah,ini kes berat".Adli mengangukkan kepala erti setuju dengan jawapan tuannya. Tiba-tiba Inspektor ternampak Adrel yang lalu dihadapan. "Adrel,awak pun mesti ikut sekali untuk tolong kami" kata Inspektor yang menegur Adrel."Ye mestilah".Adrel masuk ke biliknya selepas itu.

............

"Allahu akbar allah.......huakbar", azan dilaungkan di masjid berdekat kedengaran hingga ke balai polis,ini sudah menunjukkan masuknya waktu zohor.Polis-polis dan staf pejabat disitu,pergi ke bilik kecil yang dijadikan surau.Sebelum Lisa pergi ke surau,Lisa menegur Adrel,"Cik dah boleh buat persiapan untuk solat zohor sebab dah masuk waktu dah".Adrel pun menjawab,"Saya period,tak boleh solat".

Adrel bukan tidak boleh solat kerana period tetapi dia tidak pandai solat. Dia tidak pernah diajar tentang agama.Papa Adrel juga tidak menghantar Adrel ke sekolah agama. Adrel tidak pernah solat ataupun membaca al-quran.Hidupnya hanya penuh dengan dosa kerana membuat kerja haram."Baiklah,saya pergi dulu,cik siap2 dulu ye",kata Lisa lalu pergi.

Adrel hanya diam dan tidak pergi kemana-mana sehinggalah mereka sudah selesai solat.Adrel menunggu di ruang menunggu dan Inspektor lalu dan ternampak Adrel."Eh,cik dah siap dah eh,tunggu sekejap ye" ,katanya.Beberapa minit lagi Adrel menunggu dan kini mereka sedia bergerak untuk pergi ke restoran semula.

Tetapi sebelum pergi,Inspektor memberitahu Lisa untuk menelefonnya jika ada sebarang maklumat terkini atau penting.Cerita mengenai Adrel terlintas difikirannya setelah Inspektor berkata begitu. "Nanti aku akan bagitahu dia yang Adrel tu sebenarnya buat kerja jahat".

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now