BAB 17 » Yatim piatu

16 5 0
                                    

Pami dan Adrel berjumpa di tempat telefon di balai. Adrel menundukkan kepala selepas lihat Pami menunggunya.Dia duduk,telefon disitu diangkat Adrel untuk dia berhubung dengan Pami.Kedua-dua telefon berada di sebelah telinga Pami dan Adrel tetapi mereka tidak memulakan percakapan.

Mereka berasa kaku disitu sehinggalah Pami mula bercakap,"Ada apa2 yang awak boleh terangkan kat saya".Adrel mengganggukkan kepala sambil mengetap bibir tanda mahu menangis."Tak payah nak menangis kat sini,tu bukannya kau terang". "Saya minta maaf kat awak sebab rahsiakan semua ni",kata Adrel

"Saya memang dah insaf dan saya masuk sini sebab kesalahan yang saya buat dulu",kata Adrel lagi."kalau awak memang dah insaf,awak kena buktikan dengan mengaku salah dan ditangkap",kata Pami yang ingin menegakkan kebenaran.

"Mana ada orang mengaku kesalahan dia dekat balai polis",kata Adrel. "Ada.......memang ada,saya kenal orang yang mengaku tu,walaupun dia sorang je yang boleh jaga saya tapi bila dia buat benda yang keji tu dekat orang yang saya sayang,saya sanggup dia kena lihat dia diseksa.

"Walaupun dia tak sengaja tapi,undang-undang tetap undang-undang,kesalahan tidak dapat di elak.Percakapan Pami terhenti disitu kerana air matanya sudah jatuh membasahi pipi.Dia meletakkan telefon di tempatnya semula.

.............

Apa yang diceritakan oleh Pami ialah ayahnya secara tidak sengaja menolak ibunya di tangga sewaktu tengah bergaduh.Pada waktu itu juga,ibunya sedang mengandungkan adiknya dan masih berusia 2 bulan di dalam perut ibunya.Daripada itu,ibu dan adiknya meninggal dunia.

Lebih teruk lagi,dia nampak ayahnya menolak ibunya jatuh dihadapan matanya sendiri.Bagi Pami,itulah peristiwa yang paling sedih sekali selama dia hidup didunia ini. Dia tidak pernah akan lupa tentang peristiwa itu sampai bila-bila.

Walaupun ayahnya sedih dan kesal dengan tindakkannya yang bodoh itu. Dia tetap di tangkap pihak polis dan diberikan hukuman gantung sampai mati kerana telah membunuh isteri dan anak di dalam kandungan isterinya.

Pada waktu itu, usia Pami baru mencecah 5 tahun dan tetapi sudah digelar anak yatim piatu. Dia membesar dengan neneknya dikampung tetapi pada usia 18 tahun,neneknya pula meninggalkan dia.Kini Pami bagaikan hidup sebatang kara kerana tidak mempunyai siapa-siapa di bumi ini.

............

Pami keluar dari situ dan duduk di bangku.Mengesat air mata yang jatuh tadi. "Kenapa waktu tu aku tak halang dorang daripada gaduh", kata Pami yang menyalahkan dirinya."Aku sebagai anak sulung sepatutnya tolong dorang supaya berbaik",kata Pami lagi. Pami memukul-mukul dahinya.

"Pami,kenapa awak pukul dahi sendiri", ujar Chef Cook di belakang Pami selepas dia ternampak tindakan Pami memukul dirinya sendiri tadi. "Eh chef,apa chef buat dekat sini",kata Pami sambil mengesat air matanya yang jatuh tidak berhenti. "Saya cuma nak jemput awak balik rumah"

"Kalau awak ada masalah, bagitahu saja dekat saya"."Saya cuma teringat sesuatu benda yang dah lepas je,semua tu patut saya lupakan". Chef Cook masih tidak puas hati kerana Pami tidak berterus terang dengannya.

Oleh itu, dia mahu masuk ke dalam balai polis untuk bertemu Adrel. Mungkin dengan cara itu, dia dapat tahu masalah Pami. "Chef nak pergi mana tu", soal Pami. "Saya nak jumpa Adrel sekejap" . "Bukan sebab dia saya menangis kat sini".

Chef Cook tetapi mahu bertemu Adrel walaupun Pami seperti tidak membenarkannya. Chef Cook pergi ke kaunter pertanyaan,dia meminta supaya dibenarkan berjumpa Adrel. Walaupun waktu agak lambat, tetapi dia tetap mahu berjumpa.

Adrel agak takut kerana dia fikir Chef Cook akan memarahinya. Adrel hanya diam dan tidak berkata apa-apa. "Adrel, saya datang sini bukan untuk marah awak pun, saya cuma nak tanya, kenapa Pami menangis tadi" ,soal Chef Cook yang masih bingung.

"Ouh, Pami tadi ada cerita sesuatu dengan saya tapi saya tak pasti dia cerita tentang siapa" ,jawap Adrel. "Boleh Adrel ceritakan tak". Adrel menceritakan serba sedikit tentang apa yang Pami cerita kepadanya.

"Saya rasa saya tahu siapa yang dia maksudkan, yang dia maksudkan tu ialah ibu ayah dia sendiri", kata Chef Cook. Adrel pun berkata, "maksud chef,ayah dia bunuh ibu dia sendiri", "ye,sebab itu waktu isi borang, dia tak ada tulis tentang status ibu ayah dia sebab dia tu dah jadi yatim piatu.

Jadi pertanyaan yang tertanya difikiran Chef Cook sudah terjawab, kini dia mahu pulang ke rumah. "Terima kasih Adrel sebab sudi berbual dengan saya dan terima kasih sebab selamatkan saya dengan Pami". "Harap awak boleh redha dengan pemergian papa tercinta ye,saya pulang dulu", kata terakhir Chef Cook sebelum pulang.

Chef Kitchen   |1ST STORY| √Where stories live. Discover now