Botol air Dino hilang

4.4K 636 108
                                    

"Dino, awak cari apa?" soal Joshua, dari tadi Dino ke hulu ke hilir seperti sedang mencari sesuatu.  Dino memandang Joshua dengan wajahnya yang tampan gelisah.

"Botol kita... Awak ada nampak tak botol kita?"

"Botol air Hello Kitty tu?" Dino mengangguk.

"Sorry, kita tak nampak." ujar Joshua. Dino mencebik dan matanya mulai berair. Joshua segera menutup telinganya.

Dia tahu apa yang bakal terjadi nanti.

Cikgu Kang berjalan menuju ke kelas bersama Seungkwan, kebetulan mereka bertembung di lusr pagar tadika tadi.

"Selamat pagi kelasー"

"HUWAA EOMMA, BOTOL DINO HILANG!" Cikgu Kang mengusap dada, baru saja nak melangkah masuk dia sudah mendengar jeritan. Dia melihat Dino menangis sambil menghentak-hentak kaki.

"Dino, kenapa awak menangis?" soal Seungkwan, khuatir. Dino mengelap air mata yang membanjiri pipi tembamnya. Terhincut-hincut bahunya kerana menangis.

"Hiks botol Hello Kitty Dino hiks hilang!"

"Awak yakin ke awak bawa botol tu tadi? Ke tertinggal kat rumah?" soal Jeonghan. Dia mengeluh kerana Dino menangis sambil memeluknya. Habis basah baju Jeonghan sebab terkena air mata Dino.

"K-Kita bawalah! Hiks..."

"Jangan-jangan ada orang curi!" ujar Seungcheol, matanya yang bulat dibesarkan. Dahi Minghao berkerut.

"Tapi siapa yang curi?" soal Minghao. Berkat kejadian Minghao mengejar Mingyu, dia sudah tidak segan lagi dengan kawan-kawan. Minghao mula menonjolkan sisi sebenarnya.

"Hiks jahattt, pulangkan lah botol Dino... Hiks..." Dino masih lagi menangis teresak-esak. Cikgu Kang menghela nafas, kalau tidak diselesaikan sampai bila-bila Dino akan menangis.

"Semua bagi beg kat cikgu, kita check sama-sama."

Beg anak-anak muridnya diperiksa, botol air kesayangan Dino tidak dijumpai.

"Jom, cari dalam kelas pula."

Seluruh kelas digeledah namun masih tidak memberi hasil yang memberangsangkan. Dino sudah tertidur kerana menangis terlalu lama.

"Cikgu, macam mana ni?" tanya Jun.

"Nanti cikgu cuba cari lagi. Sekarang kita kena belajar. Dino tu biarkan je tidur, jangan kacau dia." Cikgu Kang duduk di kerusi guru, air mineral yang dibawa dari rumah diteguk untuk menghilangkan haus.

"Cikgu Kang, maaf kita datang lambat." Wonwoo masuk ke dalam kelas dengan muka bersalah. Cikgu Kang tersenyum.

"Tak apa, Wonu. Cikgu tak marah. Lain kali jangan buat lagi tahu."

"Baik, Cikgu Kang."

"Wonu Wonu, kenapa Wonu lambat? Wonu sakit ke? Selalunya Wonu datang awal. Kita fikir Wonu tak datang sekolah tadi." Becok mulut Mingyu bertanyakan soalan

"Hehe, tadi Wonu bangun lambat lepas tu motor daddy pancit tepi jalan." jawab Wonwoo sambil tersenyum malu.

"Oh..."

Wonwoo mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

"Eomma Dino bagi botol Dino kat Wonu. Eomma Dino kata Dino tertinggal kat rumahー eh? Kenapa Dino tidur?" tanya Wonwoo. Mata Cikgu Kang terbuntang saat melihat botol Hello Kitty berwarna pink itu ada di tangan Wonwoo.

Plak!

Serentak Cikgu Kang dan sebelas anak muridnya menepuk dahi.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now