Main bersama EXO!

2K 280 113
                                    

"Cikgu, kita nak tekan loceng! Pleaseeee...." pinta Woozi. Dia mendepakan kedua belah tangan, Cikgu yang yang faham dengan kemahuan Woozi itu lantas mendukungnya.

"Yalah yalah, tekanlah loceng tu." ujar Cikgu Kang, Woozi tertawa kecil sebelum menekan loceng rumah tersebut.

Kedengaran suara derapan kaki menghampiri mereka.

Klek

"Hai, korang." sapa Lay sambil tersenyum lebar.

"Hai, uncle Lay!" balas Seventeen serentak. Lay mempersilakan tetamunya masuk. Keadaan di dalam rumah itu bersepah angkara anak asuhan Lay, Exo.

"Sorry lah kalau sepah. Budak-budak tu kalau dah start main memang macam ni lah jadinya." ucap Lay.

"Takpe, si Seventeen ni pun sama je perangai. Sekali diorang main terus bersepah-sepah mainan. Lepas tu bukan reti kemas." balas Cikgu Kang, nasib guru tadika serupa sahaja dengan nasib seorang pengasuh. Kedua-duanya kena ada kesabaran yang tinggi.

"Hunnie hyung, awak minum apa tu?" tanya Joshua, matanya melihat air di tangan Sehun tanpa berkedip.

"Kita minum bubble tea. Awak nak rasa?" tawar Sehun namun Joshua pantas menggelengkan kepala. Dia malah menatap Sehun dengan riak aneh.

"Kenapa hyung minum bubble? Kita kan tak boleh minum tu. Bahaya."

"Ish awak ni, janganlah lurus sangat jadi manusia. Ni bukan bubble betul-betul ni air minuman lah. Sedap tahu. Rasalah sikit." Sehun menghalakan straw ke arah Joshua. Ragu-ragu Joshua menyedut sedikit air manis itu.

"SEDAPNYA!" teriak Joshua, matanya terbeliak kerana terkejut sedangkan Sehun tersenyum bangga.

"Kan kita dah cakap air ni sedap. Tu lah awak, tak percaya lagi."

"Kita nak lagi!"

"Tak boleh!"

"Chenー"

"Shh!" Chen meletakkan jari telunjuk di bibir, mengarahkan Hoshi supaya tidak terlalu bising. Dia menarik Hoshi sehingga kanak-kanak itu ikut menyorok di belakang sofa bersamanya.

"Kenapa awak?" bisik Hoshi.

"Tengok tu." bisik Chen, Hoshi melihat Xiumin yang hendak duduk di atas sebuah kerusi.

Prott!

"Ihh, Xiumin hyung kentut!" jerit Dino sambil mengepit hidung. Xiumin menggeleng-gelengkan kepala dengan mukanya yang sudah cuak. Dia mengambil whoopee cushion yang ada di tempat duduknya tadi.

"Kita tak kentut! B-Belon ni yang kentut!" ujar Xiumin. Secara tak sengaja, dia terlihat Chen yang sedang menutup mulut, seakan-akan sedang menahan ketawa.

"KIM JONGDAE! AWAK NI MEMANG SUKA BETUL LAH BUAT KITA MARAH!" jerit Xiumin, tawa Chen akhirnya meledak. Dia menarik tangan Hoshi untuk melarikan diri dari amukan Xiumin.

"Kenapa hyung kenapa ajak kita lari?" tanya Hoshi.

"Ada monster baozi tengah kejar kita!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now