Main sorok-sorok

1.9K 292 185
                                    

ー"Lat tali lat taik lalat!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Lat tali lat taik lalat!"

"Yeay, Wonu yang jadi!" Seventeen bersorak manakala Wonwoo mencebik, dia tidak mahu mencari kawan-kawannya. Dia lebih suka menyorok.

"Alah... Kita tak nak." rengek Wonwoo.

"Takde takde, awak kalah jadi awak kira." ujar Jeonghan. Wonwoo mengeluh dan akhirnya menutup mata, mulai mengira dari satu hingga sepuluh.

"Saaatu! Duuuua! Tiiiga!" Seventeen segera memilih tempat untuk menyorok, tempoh yang mereka ada cuma sepuluh saat. Mereka tidak mahu tertangkap awal kerana orang pertama yang Wonwoo jumpa akan menggantikan posisinya sebagai pencari.

"Sembilan! Sepuluh! Sedia atau tak, Wonu tetap datang cari awak!"

Wonwoo melihat kelasnya yang sudah sepi. Semua sempat menyembunyikan diri.

"Okey, misi pencarian bermula!"

Vernon menolak lutut Seungkwan, dia tidak selesa kerana harus berhimpit-himpit bersama Seungkwan dan Minghao di dalam tandas.

"Kwannie, ke tepilah sikit. Awak tu dahlah gemuk macam gorila. Panda pun lagi kurus tahu dari awak." ujar Vernon. Mata Seungkwan sudah terjegil, pantang betul jika ada orang mengutuknya gemuk.

"APA AWAKー"

"Shh!!!" Minghao memotong jeritan Seungkwan, jari telunjuknya diletakkan di depan bibir. Menyuruh mereka berdua diam.

"Kwannie lah ni, sikit-sikit nak jerit." bisik Vernon, membuat Seungkwan jadi semakin panas. Kanak-kanak bermarga Boo itu langsung memijak kaki Vernon dengan kuat.

Padan muka!, bisiknya di dalam hati. Namun selepas beberapa saat, dia mengerutkan dahi kerana Vernon tidak mengaduh atau menangis.

"Vernonnie, awak tak rasa ke kita pijak kaki awak?" tanya Seungkwan. Kening Vernon terjungkit, kakinya tidak rasa dipijak sesiapa pun.

"Eh, awak pijak kaki kita ke?"

"T-Tak, K-kwan pijak ka-kaki kita." ujar Minghao. Seungkwan menunduk, dia terbeliak apabila baru menyedari yang dia memijak kaki Minghao bukannya Vernon.

"H-Haoー"

"HUWAA KAKI KITA SAKIT, KWANNIE!"

"MAAF, HAOHAO! KITA SEBENARNYA NAK PIJAK KAKI VERNON BUKAN KAKI AWAK!"

Seungcheol dan Seokmin yang sedang menyorok di bawah meja guru terkejut mendengar jeritan itu.

"Haohao dengan Kwannie ke yang jerit tu?" bisik Seokmin.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now