Gigi eobseo

3.6K 448 116
                                    

"ARGHH!"

"Opocot!" Woozi mengusap dada. Baru saja dia ingin masuk ke dalam kelas dan tiba-tiba ada orang menjerit. Nasib baik Woozi tak ada sakit jantung.

"Huwaa mama! Sakittt!" Jeritan itu datang daripada Seungcheol yang sedang menangis, Woozi menoleh ke arah Hoshi.

"Ochi, Ucheol kenapa?"

"Tadi Ucheol main lari-lari pastu Ucheol langgar Gyugyu pastu Ucheol jatuh pastu Ucheol nangis pastu Ochi pun tak tahu nak buat apa." jawab Hoshi dalam satu hembusan nafas. Tangisan Seungcheol semakin kuat, tangannya menutup area mulut.

"Hiks sakit..."

Dino hendak menarik tangan Seungcheol yang menutup mulutnya namun Seungcheol menahan tangannya sambil menggelengkan kepala, seakan-akan sedang menyembunyikan sesuatu.

"Ihh, leeeepas!"

Akhirnya Dino berjaya menarik tangan Seungcheol. Mata Seventeen terbeliak.

"UCHEOL, MULUT AWAK BERDARAH!" jerit Seungkwan, heboh. Seungcheol memandang telapak tangannya yang berdarah. Wajah pucatnya semakin pucat.

"Hiks, tolong Ucheol!"

Buk

Joshua jatuh pengsan sementara Jeonghan pula mengeluh kecil. Sahabatnya yang satu itu dari dulu memang terlalu takutkan darah. Jika ternampak darah mesti pengsan.

" Good morning, classー WHAT THE HECK?! UCHEOL, KENAPA MULUT DARAH NI?" Cikgu Kang yang mulanya ingin menyapa anak muridnya dengan ceria malah jadi panik tatkala melihat keadaan Seungcheol.

"Tadi Ucheol jatuh." jawab Mingyu.

"Kamu semua duduk sini diam-diam. Cikgu nak bawa Seungcheol pergi klinik." Seventeen terkebil-kebil melihat Cikgu Kang mendukung Seungcheol keluar dari kelas. Suasana menjadi sepi seketika.

"Jadi... nanti siapa yang ajar kita?" tanya Seokmin.

Tok tok!

"HAI, KORANG! MISS ME TAK?" Cikgu Seo muncul dengan senyuman lebar. Mata semua kanak-kanak itu terbeliak.

"CIKGU KUNO?! NOOOO!"

"HEY, RUDE!"

...

" Tak nak! Ucheol tak nak masuk!"

"Masuk, Ucheol! Nanti macam mana doktor nak check gigi kamu?" Cikgu Kang menarik paksa Seungcheol memasuki klinik walaupun agak kesusahan.

"Tak nak! Tak nak jumpa doktor! Ucheol takut! Mama! Mama! Amma! Ibu! Bonda!ー ARGHHHH!" Teriakan Seungcheol semakin kuat apabila Cikgu Kang tiba-tiba mendukungnya.

"Tak nak! Tak nak!" Seungcheol  meronta-ronta ingin melepaskan diri.

Budak ni bukan tengah sakit mulut ke? Kenapa menjerit macam tak sakit apa-apa?, batin Cikgu Kang bersuara. Akhirnya mereka berjaya masuk ke dalam klinik dan mulut Seungcheol diperiksa oleh doktor.

"Macam mana dengan keadaan dia, doktor? Ada luka parah ke? Dia boleh hidup lama lagi, kan? Ke cuma tinggal tiga Jumaat je lagi? Perlu ke saya tempah keranda awal?" soal Cikgu Kang, khuatir.

"Keadaan Seungcheol baik-baik saja cuma..." Doktor wanita itu melirik Seungcheol yang sedang memeluk tubuh dan memasamkan muka.

"Dua gigi depan dia kena cabut, gigi susu dia dah goyang sangat." katanya. Pipi Cikgu Kang mengembung sementara muka Seungcheol semakin masam.

"Cikguー"

"PFTT HAHAHANAT! UCHEOL RONGGAK!"

"CIKGU KANGGGG! JANGANLAH KETAWAKAN KITA!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now