Gabung kelas pt.2

3.9K 492 199
                                    

"Chimchim, Dino nak pinjam pemadam boleh?" pinta Dino. Dengan senang hati, Jimin memberi pemadamnya yang berbentuk anak anjing itu kepada Dino.

"Nah, awak."

"Terima kasih, Chimchimmm!"

"Sama-sama, Dinooo!"

Prak!

Bulat mata Namjoon apabila dia tidak sengaja mematahkan pembaris Jun.

"Opssiee..." Matanya memandang Jun yang sedang ternganga ternganga melihatnya. Namjoon mula menggelabah.

"J-Junnie, m-maaf kita tak seー"

"HUWEE CIKGU KANG! JONNIE PATAHKAN PEMBARIS KITA!"

"Kita tak sengaja!" Semua murid terkedek-kedek menghampiri meja tersebut. Masing-masing sibuk ingin melihat apa yang terjadi.

"Junnie, janganlah menangis." pujuk Jungkook namun Jun masih menangis teresak-esak. Pembaris kesayangannya patah disebabkan kecuaian orang lain.

"Alah, mesti pembaris tu murah sebab tu senang patah." ujar Woozi.

"T-Tapi hiks kita sayang pembaris kita hiks kita b-baru beli semalam guna duit kita..."

"Junnie, jangan menangis lah..." Sudut bibir Jimin turun ke bawah. Melihat Jun yang menangis membuat dia pun hendak menangis.

"Hm, dah mulalah dia tu." bisik Suga pada rakan sekelasnya.

"Tulah tu." balas Taehyung. Joshua memandang kanak-kanak itu dengan wajah kehairanan.

"Kenapa, Taetae?"

"Kita yakin nanti Chimchim nangー"

"HUWAA JUNNIE HIKS JANGAN NANGIS HIKS!" Tujuh orang kawan Jimin menepuk dahi mereka. Sedangkan yang lain terpinga-pinga. Jun sempat berhenti menangis kerana terkejut sebelum sambung menangis semula.

Cikgu Kang yang baru pulang dari tandas langsung menghampiri mereka. Baru tinggal sekejap sudah ada yang menangis.

"Jun, Jimin. Kenapa menangis ni?"

"Joonie patahkan pembaris kita hiks..."  jawab Jun, Namjoon mencebikkan bibir.

"Kita tak sengaja..."

"Jimin pula? Kenapa menangis?"

"Chimchim memang macam tu, cikgu. Hari tu Kookie nangis sebab terlanggar pintu lepas tu Chim pun ikut nangis." jawab Jungkook. Cikgu Kang mengerutkan dahi, aneh bin ajaib betul si budak Jimin ni.

"Dah, jangan nangis. Nanti cikgu ganti baru pembaris Jun tu. Jimin, berhenti nangis. Anak jantan pantang menangis kecuali terpijak Lego. Tu azab dunia yang tak ada sesiapa yang boleh nafikan." pujuk Cikgu Kang.

"Cikgu janji?" tanya Jun, tangisannya agak mereda. Begitu juga dengan Jimin.

"Janji."

"Cikgu, sekarang waktu makan kan?" soal Seokjin, perutnya sudah berkeroncong meminta makanan. Cikgu Kang mengerling jam tangannya.

"Haah, nanti cikgu ambilkan makanan untuk kamu semua. Sekarang semua duduk tempat masing-masing."

...

Hoseok memandang makanannya yang terhidang di depan mata. Di pinggannya cuma tinggal seketul brokoli sementara di pinggan Seungcheol masih ada seketul sosej.

Terliur kanak-kanak itu melihat sosej kegemarannya. Otak Hoseok ligat menyusun sebuah rancangan.

"Ucheol! Tengok tu ada otomen!"

"Mana? Mana?" Ketika Seungcheol memandang luar tingkap, Hoseok dengan pantas menukar brokolinya dengan sosej milik Seungcheol.

"Er, dia dah lari lah. Bye bye, kita nak pergi sana kejap." Hoseok melarikan diri selepas rancangannya berjaya. Seungcheol melambaikan tangan.

"Bye bye..."

Dia memandang pinggan, serta merta dahinys berkerut.

"Eh? Kenapa ada brokoli kat dalam pinggan kita? Tadi bukan ke ada sosej je? Mana sosej kita?" Seungcheol memandang Jeonghan di sebelah.

"Hannie nampak tak sosej kita?" Jeonghan menggeleng.

"Awak dah makan kot."

"Ya ke? Tak apalah kalau macam tu." Brokoli itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Hm, sedap!" ujar Seungcheol, ceria.

"Kenapa cikgu letak sayur ni..." ujar Jungkook, sedih. Musuh abadinya alias lobak merah ada di dalam menu hari ini.

"Kookie, mama Ochi kata kalau makan lobak merah nanti kita boleh elak jadi rabun tahu." ujar Hoshi. Jungkook memuncungkan bibir.

"Tapi Kookie memang tak rabun..."

"Memanglah tapi kalau Kookie makan lobak merah banyak-banyak nanti Kookie tak payah pakai cermin mata kuno macam Cikgu Seo tu masa Kookie dah tua."

"Serius?" tanya Jungkook, Hoshi mengangguk mantap. Jungkook menggigit lobak merah itu sedikit sebelum meletakkan semula di atas pinggan.

"Eie, lobak tak sedap!"

"Sedaplah, tengok ni Ochi makan. Nyum!"

Jungkook menatap Hoshi dengan perasaan kagum kerana Hoshi yang boleh makan lobak merah tanpa termuntah. Bagi Jungkook, Hoshi adalah seorang insan yang terpilih.

"Wah, Ochi hebat!"

"Nanti Ochi tak payah pakai cermin mata sebab mata Ochi dah sihat!" ujar Hoshi selepas menelan lobak merah tersebut.

"Tapi... mana mata Ochi?" soal Jungkook.

"Pfft..." Hoshi menjeling Cikgu Kang yang sedang menahan ketawa.

"Cikgu Kang jangan ketawa! Ochi marah!"

"Maaf tapi cikgu tak boleh tahan, Chi. HAHAHAHAHANAT!"

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now