Meow

2.3K 319 102
                                    

"La la la la..." Jun berjalan riang hendak menuju ke kelas. Pipinya yang ditepek dengan bedak membuat dirinya terlihat semakin comel.

Skrek

Langkah Jun terhenti. Dia menoleh ke arah sebuah kotak yang ada di sebelah tong sampah.

Skrek

Skrek

"Apa tu?" gumam Jun, perlahan-lahan dia berjalan mendekatinya. Bunyi cakaran itu semakin lama semakin kuat.

"Meow!" Seekor anak kucing melompat keluar tepat-tepat di saat Jun berada di hadapan kotak, membuatnya terkejut hingga jatuh terduduk. Anak kucing itu mengiau dan menggeselkan kepala di badan Jun.

"Woah, comelnya!!!'

Di dalam kelas, Cikgu Kang sedang mengambil kehadiran anak muridnya.

"Kwannie?"

"Ada!"

"Hannie?"

" Ada!"

"Junnie?"

Cikgu Kang memandang sekeliling, mencari keberadaan anak muridnya yang satu itu.

"Junnie belum datang, cikgu." ujar Minghao.

"Aik, jarang dia lambat. Selalunya dia paling awal sampai."

"Junnie bangun lambat kot, cikgu." kata Vernon. Logik juga, dulu Wonwoo pun pernah terlambat hadir ke sekolah disebabkan bangun lewat. Cikgu Kang duduk di kerusi dan sambung memanggil nama anak muridnya yang lain.

Tok tok

"Ha, tu Junnie!" Minghao menunjuk Jun yang berada di depan pintu. Jun masuk ke dalam kelas. Tersengih-sengih dia memandang Cikgu Kang.

"Junnie, lewat kamu hari ni. Selalunya kamu awal." tegur Cikgu Kang.

"Hehe, tadi kita ada hal sikit."

"Iya ke ni?" tanya Cikgu Kang, tingkah Jun sedikit mencurigakan. Cikgu Kang dapat mengesan dengan mudah jika ada yang cuba menipu dirinya, contohnya seperti Jun sekarang. Hanya Jeonghan dan Joshua sahaja yang pandai menipu, dua orang kanak-kanak itu nampak sahaja polos namun mereka sangat licik.

"I-Iyaー"

"JUNNIE, BEG AWAK BERGERAK!" jerit Seokmin membuat semua terkejut. Muka Jun memucat.

"Junnie, apa dalam beg kamu tu?" tanya Cikgu Kang.

"T-Tak ada apa-apa d-dalam beg ni!" ujar Jun sambil berundur. Cikgu Kang memandang Mingyu dan Wonwoo.

"Gyu, Wonu. Tangkap budak tu."

"HUWAAA JANGAN!" Jun melarikan diri namun dia kalah cepat dengan kepantasan Wonwoo dan Mingyu. Kedua-dua tangannya ditahan oleh mereka. Cikgu Kang mengambil paksa beg sandang kepunyaan Jun.

"JANGAN BUKA, CIKGU! JANGAN!"

Teriakan Jun diabaikan, zip beg itu ditarik.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now