Berlakon

2.4K 303 152
                                    

"Yeah, Junnie dapat jadi serigala!" sorak Jun. Tertulis perkataan "serigala" di atas lipatan kertas yang ia ambil dari sebuah kotak kecil. Jeonghan mendengus kasar.

"Untunglah! Kita ni dapat watak monyet!"

"Kita pun! Cikgu Kang, kita tak nak jadi tu!" sahut Seokmin tidak berpuas hati. Cikgu Kang menggeleng-gelengkan kepala. Ada sahajalah protes yang dilontarkan oleh anak muridnya.

"Bukan cikgu yang bagi kamu watak tu. Kamu sendiri yang pilih." kata guru wanita itu. Setiap watak diberi secara rawak melalui kaedah cabutan.

"Tapiー"

"Tak ada tapi-tapi! Cikgu gigit pipi kamu baru tahu." potong Cikgu Kang. Jeonghan dan Seokmin mendengus dan memeluk tubuh. Vernon mendekati mereka.

"Awak, bersyukur awak dapat watak tu. Kita ni dapat watak paling useless tahu." ujarnya sambil menunjukkan watak yang ia dapat. Dahi Jeonghan dan Seokmin berkerut, lantas mereka memandang Cikgu Kang. Seakan-akan mempersoalkan kegunaan watak Vernon itu.

"Kamu semua ramai sangat. Watak tu je lah yang tinggal. Dah, ambil skrip ni. Kejap lagi kita berlatih."

Selepas lima hari berlatih, kini tiba harinya untuk murid-murid Tadika Mesra Sebongs mempersembahkan lakonan mereka dari setiap kelas kepada ibubapa dan guru-guru yang hadir di dewan tadika itu.

"Haohao, kita seram tak? Wuargh!" Di belakang pentas, Jun bertanya kepada Minghao sambil memasang mimik muka menyeramkan. Sayangnya, Minghao hanya diam, melirik kawan baiknya itu pun tidak.

"Haohao..." rengek Jun.

"Ya, seram." jawab Minghao, pendek. Jauh di sudut hati, dia masih tidak mahu melakonkan watak yang dia terima. Entah kenapa hanya dia, Jeonghan, Seokmin dan Seungkwan yang dapat watak sebagai anak monyet. Yang lain dapat watak yang jauh lebih menarik.

Pengecualian untuk Vernon.

"Nenek, ni tongkat nenek." Mingyu menyerahkan tongkat kayu kepada Seungcheol.

"Ihh, janganlah panggil kita nenek!" marah Seungcheol. Mata Mingyu terkebil-kebil. Tiba-tiba dia dimarahi.

"Tapi tu memang watak awak, kan?"

"Ya lah, tapi janganlah panggil macam tu! Kita muda lagi!"

"Seventeen, bersedia. Lagi lima minit giliran kelas kamu." kata Cikgu Ahn. Seventeen segera bersiap-siap dan mengingati dialog-dialog mereka sebelum melangkah ke atas pentas. Sorakan daripada ibubapa kedengaran sebelum mereda di saat suara Cikgu Kang memulakan cerita.

"Pada suatu hari, ada empat ekor nate berukー"

"CIKGU KANG!" jerit Jeonghan, Seokmin, Minghao dan Seungkwan sambil bercekak pinggang. Cikgu Kang ketawa.

"Hahahanat! Okeylah, okey. Ada empat ekor anak monyet yang comel sedang berjalan-jalan di dalam sebuah hutan."

"Indah betulkan pagi ni, Hannie?" Seungkwan watak pertama yang bersuara. Jeonghan yang sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan Seungkwan menganggukkan kepala.

"Betul tu, Hannie suka sangattt!" balas Jeonghan, ceria. Tiba-tiba jari telunjuk Minghao menunjuk sebuah pokok pisang yang sedang terbaring di atas pentas.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now