Hari Guru

2.1K 291 236
                                    

Mian sebab tak ikut apa yang kau nak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mian sebab tak ikut apa yang kau nak. Aku publish request chap ikut siapa yang minta dulu.

"Awak, sini jap. Duduk dekat-dekat kita jap." Seventeen yang sedang membuat kerja sekolah di dalam bilik Seungcheol langsung menoleh ke arah si pemilik bilik itu.

"Kenapa nak duduk dekat-dekat pula?" tanya Wonwoo.

"Ihh, sinilah. Kita nak cakap benda penting ni." desak Seungcheol. Seventeen mengangkat bahu mereka dan turuti sahaja arahan itu. Kerja sekolah ditinggalkan sebentar untuk memberi fokus kepada Seungcheol.

"Awak tahu kan minggu depan hari guru?"

Seventeen mengangguk.

"Masa kat sekolah tadi, Cikgu Kang beritahu kita nanti setiap kelas kena buat satu persembahan untuk hari guru. Cikgu Kang suruh kita bincang nak buat persembahan apa." ujar Seungcheol. Hoshi jadi gelisah dan tidak tentu arah.

"OMO! OMO! KITA TAK TAHU LAGI NAK BUAT APA! KITA NAK MENARI KE? KE BERLAKON? ATAU MENYANYI? APA YANG KITA KENA BUAT NI?!ー HMPHHHH!" Racauan Hoshi terhenti berkat Woozi yang pantas menutup mulut becok itu.

"Diamlah, Chi. Suara awak tu bukannya perlahan." marah Woozi. Riak Hoshi berubah muram, sedih hatinya dimarahi orang yang tersayang.

"Kita tak nak berlakon! Nanti kita jadi anak monyet lagi!" Seokmin membantah salah satu cadangan Hoshi. Disebabkan watak itu, habis teruk dirinya dibahan Doyoon selama seminggu.

"Betul tu! Kita tak nak berlakon!" sokong Jeonghan, Minghao dan Seungkwan.

"Jangan risau, kita dengan Vernonnie dah pilih nak buat persembahan apa nanti." ujar Seungcheol. Vernon mengiakan perkara itu.

"Betul tu. Mula-mula sekali, Junnie kena naik atas pentas sorang-sorang."

Mata Jun terbuntang.

"Hah?! Tak naklah!" tolak Jun, dia malu jika perlu berada di atas pentas seorang diri di hadapan khalayak ramai.

"Alah, kenapa tak nak?" soal Seungcheol, kecewa.

"Malulah. Kalau ada Minghao teman kita okey." balas Jun sambil memeluk bahu Minghao. Namun sayang, Minghao menggelengkan kepala dengan laju. Dia tidak menyetujui usulan Jun tadi.

"Tak nak! Tak nak! Kita nak perform ramai-ramai. Tak nak berdua je!" bantah Minghao.

"Ihh, Haohao... Temankan lah kita."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now