Bergaduh

2.5K 325 19
                                    

"Kwannie, ni Vernon punyalah!"

"Kita nak pinjam sekejap jelah!"

"Tak boleh!!!" Seventeen diam melihat Seungkwan dan Vernon sedang berebut sebuah buku. Mereka menarik buku itu dari arah bertentangan, masing-masing tidak mahu mengalah.

"Awak, janganlah tarik-tarik buku tu. Nanti koyak." tegur Woozi.

"Kita nak pinjam kejap je! Nonnie kedekut!" ujar Seungkwan yang masih enggan melepaskan buku itu.

Skrak!

"Haih, kan kita dah cakap." rungut Woozi. Mata Vernon terbeliak, buku cerita kesayangannya terkoyak.

"A-Awak... Kitaー"

"KITA BENCI AWAK!" bentak Vernon. Dia mengambil bukunya dan duduk menjauhi Seungkwan.

"Awak yang tak bagi kita pinjam buku awak dulu!" balas Seungkwan, menyalahkan Vernon.

"Ni buku kita! Suka hati kitalah nak bagi awak pinjam ke tak!"

"Awak, jangan bergaduh." Jun mahu meleraikan pertengkaran itu tetapi Seungkwan dan Vernon masih bertikam lidah sebelum mereka menjauhkan tempat duduk mereka yang dulunya terletak bersebelahan.

Yang lain hanya mampu mengunci mulut.

...

Cikgu Kang kembali ke kelas selepas menyelesaikan urusannya di bilik guru. Dahinya berkerut apabila merasakan atmosfera di dalam kelas itu menjadi sedikit tegang.

"Seungkwan. Vernon." panggil Cikgu Kang  Seungkwan mendongakkan kepala takut-takut sementara Vernon memalingkan muka ke tepi.

"Vernon." panggil Cikgu Kang sekali lagi.

"Vernon, cikgu panggil awaklah." Seokmin menyiku perlahan lengan Vernon. Akhirnya kanak-kanak itu memandang Cikgu Kang dengan bibir yang dimuncungkan.

"Kenapa ni?" tanya Cikgu Kang. Dia tahu ada sesuatu telah terjadi di antara dua orang kanak-kanak itu kerana sekarang Seungkwan dan Vernon duduk berjauhan. Walhal sebelum ini mereka sering berkepit seperti belangkas.

Pertanyaan Cikgu Kang tidak menerima sebarang jawapan. Pandangan guru wanita itu teralih ke ketua kelas Carat, Seungcheol.

"Cheol, kenapa dengan Seungkwan dengan Vernon?"

"Tadi masa cikgu keluar, Kwannie dengan Nonnie berebut buku Nonnie sampai terkoyak. Lepas tu diorang gaduh sampai sekarang." ujar Seungcheol. Cikgu Kang melirik buku biru yang ada di tangan Vernon.

"Kenapa kamu berdua berebut buku? Kan boleh kongsi."

"Vernon yang tak nak kongsi, cikgu!" adu Seungkwan. Vernon menunduk namun Cikgu Kang perasan matanya berkaca-kaca. Cikgu Kang mendekati kanak-kanak itu, esakan kecil mulai kedengaran.

"Hiks k-kita sayang b-buku ni hiks... N-Ni mommy kita yang b-bagi hiks." ujar Vernon sambil menangis.

"Vernon, Kwannie kan cuma nak pinjam kejap je." ujar Cikgu Kang, lembut.

"Tapi Kwannie s-suka rosakkan buku kita!"

"Ihh, mana ada!" nafi Seungkwan.

"Okey, macam ni. Buku tu terkoyak sikit je nanti cikgu tolong sellotape. Yang penting sekarang Kwannie dengan Vernon kena berbaik balik. Tak baik tahu kalau bergaduh lama-lama. Tuhan tak suka." ucap Cikgu Kang. Seungkwan yang pertama menghulurkan tangan, dia memandang Vernon dengan wajah bersalah. Sahabatnya menangis kerana dia yang mementingkan diri sendiri.

"Nonnie, Kwannie minta maaf sebab koyakkan buku awak." ujar Seungkwan. Vernon menatap huluran tangan itu, dia marahkan Seungkwan tetapi dia tidak mahu hubungan mereka renggang.

"Kwannie tak nak awak benci Kwannie. Kita jadi kawan balik eh, awak?" pinta Seungkwan. Vernon perlahan-lahan menyambut huluran tangan Seungkwan.

"A-Awak hiks... Awak janji awak takkan buat lagi?" soal Vernon.

"Janji!"

"Haih, macam dalam drama lah awak berdua ni. Klishe betul. Sebab buku je pun nak bergaduh." sindir Joshua. Cikgu Kang mencubit pipi kanak-kanak itu.

"Shua, belum cikgu gigit pipi kamu baik kamu diam."

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now