Snow Kang and 13 dwarfs

2.4K 298 166
                                    

"Cikgu Kang, boleh tak cikgu bacakan kita satu kisah dongeng. Pleaseeeeee." pinta Vernon. Cikgu Kang yang ketika itu sedang menanda buku latihan langsung mengerutkan dahi.

"Kenapa tiba-tiba je kamu nak dengar cerita dongeng?" tanya Cikgu Kang.

"Malam tadi granny ada bacakan buku untuk kita. Best sangat. Kita nak dengar cerita dongeng lagi." balas Vernon. Seventeen yang tadinya sibuk dengan urusan sendiri ikut memujuk guru mereka.

"Kita pun nak dengar juga, cikgu. Dah lama kita tak dengar cerita dongeng." ujar Seungkwan.

"Please, Cikgu Kang. Pleaseeeeee." rayu mereka.

"Aduh, malaslah. Kamu baca lah buku dongeng sendiri. Masing-masing dah boleh membaca, kan." tolak Cikgu Kang, mata Seventeen berkaca-kaca.

"AHHH OK OK, CIKGU NAK CERITA PASAL SNOW KANG AND 13 DWARFS!" ujar Cikgu Kang, panik. Nanti tambah satu kerja lagi kalau mereka menangis, nak pujuk satu per satu bukannya semudah ABC. Seventeen menarik kerusi mendekati Cikgu Kang dan menanti guru itu bercerita.

"Pada zaman dahulu, tersebutlah sebuah kisah tentang seorang puteri cantik bernama Snow Kang. Snow Kang membesar dalam sebuah keluarga kerabat diraja, semua orang suka dengan Snow Kang yang baik hati dan peramah. Suatu hari, Snow Kang tersesat di dalam hutan kerana dia terlalu leka mendengar lagu Fantastic Baby sambil berjalan. Lepas tuー"

"SIYEON!"

"OPOCOT MAK KAU HIJAU! ISH, PEREMPUAN NI! TERPERANJAT AKU TAHU!"  Cikgu Kang melenting kerana disergah oleh Cikgu Ahn secara mengejut. Dahlah suara Cikgu Ahn lantang. Nasib baiklah Cikgu Kang tak terjatuh dari kerusi tadi.

"Hehe, sorry. Aku nak pinjam stapler. Ada tak?"

"Nah." Sebuah stapler diberikan kepadanya. Cikgu Ahn memandang Seventeen dan Cikgu Kang.

"Korang tengah buat apa ni?"

"Cikgu Kang tengah ceritakan kita kisah dongeng." jawab Dino. Areum mengangguk, dia ikut duduk di situ. Mengundang kerutan di dahi rakan sekerjanya

"Sambunglah cerita. Aku nak dengar juga." ujar Cikgu Ahn.

"Habis tu anak murid kau?"

"Aku dah suruh diorang homework. Lagipun Jennie garang, tak ada siapa berani buat bising."

"Cikgu, cepatlah sambung!" desak Woozi kerana Cikgu Kang terlalu lama menangguh ceritanya.

"Ya ya, sabarlah." Cikgu Kang menarik nafas terlebih dahulu sebelum sambung bercerita.

"Gadis itu ketakutan namun dia ternampak ada sebuah rumah yang ada di dalam hutan."

"Rumah biskut ke, cikgu?" tanya Hoshi.

"Bukan, rumah setinggan." balas Cikgu Kang.

"Jadi dia pun masuklah ke dalam rumah tu. Rupanya rumah tu milik tiga belas orang kerdil! Semuanya tinggi paras pinggang Snow Kang. Nama diorang Ucheol, Hannie, Joshie, Junnie, Ochi, Wonu, Uji, Seokminnie, Gyugyu, Haohao, Kwannie, Nonnie dengan Channie."

"Wah, macam nama kita!" ujar Jun, teruja.

"Haahlah!" sahut Minghao.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now