Balas dendam

2.4K 293 188
                                    

"DOYOON HYUNG, BANGUNLAH!"

"DOYOON HYUNG! DOYOON HYUNG!"

"HYUNG, BANGUN! KALAU HYUNG TAK NAK BANGUN, HAO SUMPAH HYUNG JADI SAJAT!"

"Ish, korang nak apa?! Memekak betul lah!" Doyoon mengubah posisi baringnya menjadi duduk. Dia menatap Seventeen dengan tajam. Matanya merah kerana tidak mendapat waktu tidur yang cukup.

"Hyung, tolong kitaorang. Please..." mohon Seungcheol. Doyoon mendengus kasar.

"Tolong apa? Aku nak tidurlah!"

"Please, cuma hyung dengan kawan-kawan hyung je boleh tolong kita." mohon Dino. Doyoon mengabaikan permohonan mereka. Dia baring semula dan menarik selimut hingga menutupi satu badan.

"Bangunlah, babun! Kau ni tak ada hati perut betul lah! Tahu tidur je kerja! Lembu pun tak kuat tidur macam kau lah sia!" marah seseorang membuat dahi Doyoon berkerut, dia menurunkan sedikit selimutnya untuk melihat Samuel yang tercegat di depan pintu bilik.

"Eh, manusia. Bila masa kau ada kat sini?" tanya Doyoon.

"Aku datang dengan diorang. Kau tu je yang buta tak nampak aku."

"Oh."

Doyoon kembali memejamkan mata, ingin melanjutkan tidur namun Samuel dengan kejam menyelak langsir bilik itu dan menarik selimutnya. Cahaya matahari yang masuk menyilaukan mata Doyoon.

"SAMUEL!" marah Doyoon.

"BANGUNLAH, PEMALAS! AKU PIJAK KAU HIDUP-HIDUP BARU TAHU! MUKA DAHLAH TAK HENSEM, PEMALAS PULA TU! HAISH, SIAN MAK KAU DAPAT ANAK MACAM KAU NI! KALAU AKU JADI MAK KAU, DAH LAMA AKU BUANGー"

"BISINGLAH, ANJING!"

...

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya Doyoon terpaksa menggadaikan waktu tidurnya. Kini, dia bersama-sama Seventeen dan Samuel sedang duduk di bangku pondok taman. Menunggu kehadiran dua orang lagi remaja lelaki yang masih belum tiba.

"Kau nak suruh aku buat apa sebenarnya?" tanya Doyoon sambil menjeling Seventeen yang membuat muka seperti tidak bersalah, padahal mereka sudah menganggu waktu privasi Doyoon. Kalau bukan disebabkan suara Samuel yang asyik membingitkan telinga, dia tak akan keluar dari biliknya.

"Nanti hyung tahulah." balas Joshua. Lima minit selepas itu, Mingming dan Dongjin memunculkan diri. Mereka kehairanan melihat ada kanak-kanak bersama Doyoon dan Samuel.

"Anak siapa pula kau culik ni, nyah? Aku tahulah kau miskin nyah tapi janganlah sampai kau sanggup culik anak orang, nyah. Tak berkat makan duit dari sumber yang harom, nyah." tegur Dongjin.

Buk

"Kepala otak kau. Ni kawan adik saudara akulah!" marah Doyoon. Dongjin menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya yang dipukul Doyoon.

"Kenapa kau ajak jumpa tetiba ni, Muel? Tadi aku tengah syok layan Hindustan tapi kau ajak jumpa pula. Potong stim betul lah." tanya Mingming.

"Budak ni ha nak minta tolong kita." Samuel memandang Jeonghan dan Joshua, menyuruh mereka memberitahu tentang rancangan
mereka.

Tadika Mesra SebongsWhere stories live. Discover now