Part 1

322K 8.5K 3K
                                    

Aku Aisya Zahra, bekerja di Hotel Seri Putra dan bekerja sebagai pembantu hotel sahaja.

"Aisya!" laung Mia dari jauh. Mia merupakan sahabat aku yang dah lama berkawan denganku. Aku memberhentikan kerjaku dan mula menapak ke arahnya.

"Kenapa?" soalku. Terjerit-jerit dekat hotel ni dah macam rumah dia. "Wei, anak bos kita handsome gile ah!" katanya teruja sambil menolak-nolak bahuku. Aku merentap tangannya.

"Kau ni kan, memang mata jantan. Buat kerja lah sana, makan gaji buta." kataku pedas. Tanpa menghiraukan panggilannya aku berjalan ke kaunter bawah. Saja sebab takda kerja sangat sekarang ni.

"Aisya, tolong aku hantar towel ni ke bilik 305 eh? Aku nak pergi tandas, tak tahan ni!" kata Ain tergesa-gesa. Tuala itu kini bertukar tangan. Aku mula naik lif untuk menghantar tuala ini.

Sesampainya di hadapan pintu bilik 305, aku mengetuk pintunya berkali-kali namun tiada sahutan daripada dalam. Aku menyandarkan badanku di dinding sementara menunggu pintu bilik ini dibuka.

"Kau nak hantar towel ke? Masuk je lah, rasanya bilik tu takda orang pun sebab dia keluar tadi. Rasanya la." kata Wani pula yang kebetulan lalu di kawasan itu. Aku mengangguk dan mula menapak masuk ke dalam bilik itu.

Towel tersebut aku letakkan di atas katil. Baru saja aku ingin berpaling ke belakang seorang lelaki menolakku ke katil. Dia kini menindihku, ya Allah dengan bertualanya. Tak malu ke? Tu tak penting, sekarang aku ni yang malu.

"Buat apa ceroboh bilik orang ni?" kedua tanganku ditekan olehnya dan aku tidak mampu bergerak lagi. "Er.. Saya.. Saya hantar towel. Tadi takda orang, jadi saya masuk." kataku terketar ketar. Macam-macam benda boleh berlaku sekarang ini.

"Tapi tu tak bermakna kau boleh masuk bilik orang sesuka hati. Kan?" soalnya pedas. Matanya tak lepas daripada memandang mataku. Aku sudah kehilangan kata-kata, tiada idea mahu membalas apa.

Pintu kedengaran dibuka dari luar. "Airil Iskandar! What are you doing?!" alamakk, bos aku. Mati aku kalau dia nampak pekerja dia tengah duduk dengan anak dia. Apa aku nak buat ni?

Buat derk ke buat-buat mati?

Lelaki ini bangun daripada menindihku. Aku juga pantas bangun dan membetulkan bajuku. Aku menunduk ke bawah, malu dengan bos aku. Lelaki tu punya pasal lah!

"Er, ni isteri anak saya ni. Aisya Zahra." laju aku mengangkat muka memandang bosku. What?! Bos, sejak bila saya kahwin ni. Sejak bila?! Huarghh.

"Oh, beautiful. Suits with your son, Dato." kata salah seorang lelaki di hadapan bos aku itu. "Pergi dulu ke bilik meeting, saya nak bercakap dengan anak saya sekejap." 2 orang lelaki tadi pun mengangkat kaki ke luar.

"What have you done Airil!" marah bos aku atau lebih dikenali sebagai Dato Ahmad. Lelaki itu hanya beriak selamba seperti tiada apa-apa. "Airil tak buat apa-apa, dia yang masuk bilik Airil sesuka hati." katanya lalu menunding jari ke arahku.

"Daddy tak kira, kalau diorang tahu Aisya bukan isteri kamu macam mana?" tungkas Dato Ahmad sambil mencerlung ke arah anaknya. Aku masih menunduk, tidak mahu masuk campur urusan anak beranak ini.

"Daddy, Airil tak buat apa-apa." katanya selamba. Dato Ahmad kini memandangku, apa aku nak buat ni? Dah la kena tangkap basah dengan bos sendiri! Malu woii.

"Kahwin dengan Aisya. Kalau diorang tahu kamu bukan suami isteri, malu Daddy. Jatuh saham syarikat kita nanti." mataku terus membulat. Kahwin?

Bos saya masih muda la, apenii.

"I will."

Aku berpaling ke arahnya pula dengan muka yang tidak percaya. Kau terima? Aku tak kenal dia ni siapa, tup tup nak kahwin dengan aku? Dan dia pun mana kenal aku, suka-suka je nak kahwin dengan orang.

"Aisya takpe kan?" Dato Ahmad kini memandangku. "Er, bagi saya masa." kataku. Beliau mengangguk dan mula berjalan keluar bilik. Aku kerling ke arah lelaki tadi dengan pandangan tajam.

"Semua ni awak punya pasal."

"Benda ni takkan jadi kalau kau tak masuk bilik aku."

"Saya dah ketuk pintu lah! I hate you!" kataku dan mula berjalan keluar.

"But I love you." katanya.

Aku menutup pintu biliknya dan menyandarkan badanku di pintu. Aku dapat menangkap ayat akhirnya itu. Dia.. Kenal aku ke?

Aku berjalan pula menuju ke tangga dan duduk di situ untuk sementara. Kepala otak aku tengah serabut ni, kenapa lah benda tu terjadi harini? Dan kenapa benda tu yang terjadi? Dan kenapa aku?! Erm.

"Kau fikir apa?" soal seseorang. Aku berpaling ke kanan apabila mendengar suaranya di sebelahku. Lelaki itu, selamba saja dia duduk di sebelahku dengan muka selambanya pula.

"Takde apa lah." jawabku malas. Dia merapatiku dan aku bersandar pada pemegang tangga di belakangku. "Jangan dekat lah, nak kena tangkap basah dekat sini pulak ke?" aku menjelingnya.

"Kalau boleh." jawabnya selamba. Ee dia ni kenapa ya? Geramnya aku!

"Jangan banyak fikir la, benda dah nak jadi. Even aku sendiri tak tahu Daddy nak masuk situ, kau pun tak tahu. Anggap je ni jodoh aku dengan kau, lagipun aku terima kau jadi isteri aku." katanya lalu berpaling ke arahku. Aku sudah tidak senang duduk, ni over confession ni.

"Saya cuba." kataku perlahan. "Tak, kita cuba. Aku harap kau terima la, aku janji kau tak akan menyesal." dia mula bangun dan berjalan pergi dariku. Tak menyesal? Okey, kita tengok.

Kini aku berada di dalam pejabat bosku kerana dipanggil. Berdebar lah pulak.

"Aisya, boleh?" soal Dato Ahmad. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Aku nampak Airil tersenyum nipis lalu menunduk.

"Thanks, Aisya. Airil, jaga dia baik-baik. Mak ayah dia dah takde, jadi tolong..Gentle." kata Dato Ahmad sambil menepuk bahu anaknya itu. Aku sekadar memerhati.

Ibu dan ayahku meninggal akibat kemalangan jalan raya. Teringat pula betapa sedihnya aku pada masa itu sampai aku tak sentuh langsung makanan, pakaian ibu dan ayah aku jadi tatapan setiap saat. Sekarang aku redha.

"Baik Daddy." kata Airil. Dato Ahmad memandangku semula. "Aisya, dua minggu lagi perkahwinan tu. Kamu sedia ya?" aku hanya mengangguk. Macam mana lah alam perkahwinan tu, weh berdebarnya akuu.

"Kau okey?" soal Airil yang sudah berdiri di sebelahku. Aku mengangguk sahaja dan baru sahaja aku ingin menapak keluar, Airil menarik semula tanganku yang berlapikkan baju itu. Aku mendongak memandangnya.

"I love you." ungkapnya.

Aku diam membisu dan melepaskan tangannya dari tanganku. Pantas aku menapak keluar daripada pejabatnya. Malunyaa! Boleh kau pergi luah macam tu, depan Daddy!

Eh, depan bos.









































Maaf typo. 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now