Part 27

86.2K 3.9K 762
                                    

"Bertuah bini kau Ril. Tak pasal-pasal kita kena makan aiskrim ni sampai beku tekak aku dibuatnya! Dia sedap duk telan mangga kat dapur."

Suara Amran kedengaran sampai ke dapur. Kuat betul mengata aku tu. Alah, bukan salah aku. Salah baby.

Kan kan?

"Makan aje laa, rezeki. Hmm." jawab Azri pula. Aku tahan tawa aku daripada meletus. Opah sebenarnya yang paksa diorang makan sebab opah tak bagi aku makan aiskrim.

Usai makan aku terus masuk ke bilik. Baru duduk sekejap, aku dah rasa mengantuk. Aku baring sekejap, dan mataku dah memberat lalu aku tertidur dengan sendirinya.

Selepas melantak buah mangga 3 biji!

AKU nyenyak tidur sampaikan aku bermimpi. Mimpi yang memang betul-betul seperti kenyataan.

"Ibu!"

Aku terbangun daripada tidurku. Airil yang masih belum tidur terus mendapatkanku.

"Kenapa berpeluh ni?" dahiku yang penuh dengan peluh itu diusap. Aku terus memeluk Airil kuat. Aku takut, aku rindu ibu dan aku menangis.

"Sayang saya ni kenapa? Mimpi buruk ke?"

"Saya mimpi ibu. Rindu." kuat esakanku.

Airil menggosok gosok belakang badanku cuba untuk menenangkanku lalu mengusap kepalaku. Sayang mimpi apa pasal ibu?" soalnya lalu memandangku. Aku menyapu air mataku.

"Ibu panggil, tapi saya tak boleh pergi dekat dia." aku menunduk menahan sebak. Kemalangan yang ibu dan ayahku hadapi kembali menerpa di dalam ingatanku. Peristiwa tersebut datang semula.

"Dah jangan nangis, kan saya ada ni."

Aku mengangguk dan cuba untuk menguatkan diri. Pipiku diusap dan rambut di dahiku diselak. "Sayang mengantuk lagi ni, tidur balik ya?" Airil menarik badanku ke dalam pelukannya sambil menepuk nepuk belakangku.

"Jangan sedih, nanti baby pun sedih."

"Baby je sedih, awak tak sedih ke?" kataku dalam nada merajuk.

"Mestilah saya yang paling sedih tengok awak sedih. Kita kan dah jadi sebahagian daripada diri masing-masing. Complete each other, right?"

Aku sembamkan muka ke dadanya, malu. "Jangan sedih-sedih dah. Ibu dan ayah mungkin dah tenang kat sana. Jadi, sayang kena kuat!" katanya. Tangannya digenggam, cuba memberikan semangat kepadaku.

"Saya kuat sebab ada awak. I love you." aku sembamkan lagi mukaku di dadanya. Belum pernah aku buat gedik ni! Aduhh, kang dah malu.

"I love you too sayang. So much." ubun ubunku dicium. Aku dah blushing.

Kyaaaaaaaa!!!!!

ESOKNYA setelah mandi aku terus ke dapur untuk membantu opah memasak. Airil masih lagi menyambung tidurnya selepas solat subuh. Penat kot jaga aku semalam yang ngada ngada. Hehe.

"Opah, Aisya nak tolong." aku duduk di hadapan opah yang sedang memotong bawang. "Boleh. Aisya pergi ambil daun pandan dekat belakang rumah boleh? Cabut la 2-3 helai, opah nak buat nasi lemak." arahnya. Aku angguk dan terus ke belakang rumah.

Mataku melilau mencari daun pandan. Belakang rumah opah penuh dengan daun hijau. Ada kebun kecil yang memang simple dan tidak serabut mata memandang. Pandai opah susun tanamannya, tak terlalu dekat dan tak terlalu jauh.

Sedang aku berjalan menuju ke pokok daun pandan, aku terpandang seekor katak yang sedang melompat ke arahku. Terus aku laju pusing ke belakang dan terus aku hampir terpeluk seseorang namun aku sempat memberhentikan perbuatanku.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now