Part 11

115K 4.8K 529
                                    

Aku mengambil tempat di sofa lalu menilik balutan luka di tanganku. Airil sudah masuk ke dalam bilik awal-awal lagi. Aku naik ke atas perlahan-lahan sambil otak ligat memikirkan cara bagaimana untuk menghadap muka Airil yang seperti singa kelaparan itu.

Pintu bilik aku buka perlahan dan kelihatan Airil yang sedang bermain telefon di atas katil dengan rambut yang separuh basah serta tuala di lehernya. Ok hensem. Aku duduk di birai katil, membelakanginya. Luka di tanganku aku perhati sekali lagi. Macam mana nak mandi ni.

"Sini." suara Airil dari belakang kedengaran. Aku pusing ke belakang dan menghampirinya. Aku duduk bersila di hadapannya, begitu juga dengannya. Kami saling berpandangan lalu aku melarikan anak mataku dari memandang anak matanya. Tak tahan aku kalau lama-lama bertentangan mata dengan dia. Boleh terbelah hati ini. Ceh.

"Tangan sakit lagi tak?" soalnya dan mula menekan sedikit tanganku. "Er, kurang dah." jawabku. Mata kami bertemu lagi sekali dan lagi sekali aku kalah dengan panahan matanya. Ini kalau main tenung-tenung mata dengan dia confirm aku kalah dulu nih.

"Jangan buat aku risau lagi boleh tak? Tahu tak betapa gelabahnya aku bila tengok tangan kau berdarah banyak tadi? Aku sakit bila tengok kau cedera tadi dan itu disebabkan oleh kelalaian aku jaga kau. Boleh tak kau just stay dengan aku? Jangan pernah lari daripada pandangan mata aku? Boleh tak, sayang?" aku membeku. Tidak tahu mahu respon apa. Ni dah over worried ni.

"Sa.. Saya mintak maaf, saya salah sebab tak pandai jaga diri dan bukan sebab awak lalai. Awak dah jaga saya dengan baik, cuma saya yang careless sebab tak ada dengan awak selalu." aku menunduk. Airil mengangkat daguku dengan tangannya lalu dahiku dicium sekilas olehnya. Dia mengukir senyuman nipis kepadaku.

"Dah, yang penting kau selamat. Nasib Amran bagitahu kau tak ada dekat kereta masatu, pintu kereta terbuka macam tu je. Aku risau sangat kalau kau hilang, apa nak jawab dekat Daddy nanti? Macam mana aku nak hidup kalau kau tak ada dekat samping aku?" sekali lagi aku membeku. Ya Allah, dia ni boleh tak jangan sweet sangat!! Hati aku tak keruan nihh!

"Okey, saya janji saya akan menempel je dekat awak. Saya tak akan pergi mana pun, melainkan dengan awak." kataku sambil tersenyum dan mula menghulurkan tanganku kepadanya. Airil mengangkat kening sambil meraih tanganku yang terluka lalu diusap lembut.

"Saya nak mandi la." kataku. Airil mengangguk dan membuka balutan luka di tanganku. Aku agak terkejut dengan darah yang terdapat pada balutan itu. Patutlah dia risau semacam je, banyak sangat darah keluar. Kemudian Airil memandangku semula dan menarik tanganku ke bilik air. Aku mula cemas, aku je yang nak mandi sekarang ni. Dia nak buat apa?

Dia membawaku ke sinki yang berada di dalam bilik air dan membasuh sedikit lukaku. "Luka ni kena basuh dulu, tadi tu tak basuh sebab takde air. Kau kenapa duduk bawah lama sangat? Aku tunggu kau la kat dalam bilik ni, sampai jenuh tunggu sebab nak basuh luka ni. Mana boleh biar lama-lama, tengok darah dah kering nanti kuman masuk lagi bahaya tau tak. Mujur dah balut tadi. Nasib tak dalam sangat luka ni." bebelnya sambil tangan lincah membasuh lukaku.

Ya Allah ni ketua mafia ke ketua makcik makcik??

"Ye abangggg, saya tahu dan terima kasih sangat. Saya nak mandi, dipersilakan keluar cik abangg tersayang." aku terkelip-kelip memandangnya dengan suara yang meleret panjang. Airil senyum penuh makna, satu tangannya diletakkan di atas sink sambil memandangku.

"Rasa macam tak jadi nak keluar lah pulak." dia mula bergerak merapatiku. Aku menginjak ke belakang selangkah demi selangkah. "Jangan macam-macam eh? Awakk, saya nak mandi la. Nanti mandi lewat sangat tak elok la." pintaku sehabis baik. Namun Airil masih berdiri di hadapanku dengan matanya yang tak lepas daripada memandangku.

"Alah sayang, kejap la saya geram tengok awak ni." katanya. Aku menahan dadanya yang sudahpun merapat dengan badanku. "Gedik la dia ni. Saya bagitahu Mummy awak buli saya." ugutku. Airil mencubit kedua pipiku lalu ditarik ke kiri dan kanan. Aku menjelingnya, dia tak tahu ke sakit? Nanti besar la pipi aku!

"Awak sakit." kataku dengan suara terketar ketar seperti hendak menangis. Pantas wajah Airil berubah dan dia mula melepaskan tangannya dari mencubit pipiku. "Eh, okay okay sorry. Sakit kat mana?" soalnya risau.

Aku menahan tawa. Sedang dia melihat tanganku, aku pantas berpusing dan menolak dadanya keluar dari tandas. Pintu aku tutup dan kunci segera.

"Aisya, main kotor! Kena kau nanti." jeritnya dari luar. Aku hanya mendiamkan diri, sorry encik husband.

Aku keluar dari tandas dan membuka plug untuk mengecas phone di tepi katil dan aku letakkan di atas laci di sebelah katil. Kesian, lama tak cas sebab aku jarang main. Baru saja aku memusingkan badanku dan..

"Ah!" jeritku terkejut apabila badanku ditolak ke atas katil. Airil kini menindihku sambil tersenyum nakal. Kedua tanganku ditekan olehnya membuatkan aku tidak mampu bergerak lagi. "Kan dah cakap, nanti kena. Siapa suruh main-main tadi?" katanya sinis dan senyuman miang terukir di bibirnya.

Aku menahan malu. Kau tau tak aku masih bertuala? Aku ingat dia takde dalam bilik, satu lagi aku lupa nak ambil baju tadi sebab dia la yang ikut aku masuk bilik air tadi.

"Saya nak pakai baju dulu la." pintaku sambil menahan malu. Mata Airil tak lepas daripada memandang wajahku. Airil merapatkan badannya ke badanku dan membuatkan aku rasa tak selesa gila. "Awakk, lepaslah." tanganku yang ditekan olehnya langsung tidak bergerak. Malah ditekan dengan lebih kuat.

"Cakap, kenapa tolak aku tadi? Tak salah kita mandi sama-sama kan? Kau pun tahu tu." katanya. Senyumannya semakin melebar, nampak sangat dia tengah permainkan aku. Aku menggeleng. "Tak salah, tapi cara awak salah." kataku laju. Eh, apa aku cakap tadi? Ahh apekahh!

"Oh. Jadi kau nak aku mintak elok-elok ke ni sayang? Hm?" soalnya sambil melagakan hidungnya ke hidungku. Ya Allah, malunya aku. Kenapa lah mulut aku ni tak boleh kawal sangat. Sendiri sebut, sendiri lah tanggung. Padan muka!

"Ta.. Tak. Er.." aku kehilangan kata-kata. Airil bertindak mendekatkan mukanya ke leherku. Aku dah serupa cacing kepanasan. "Wanginya sayang, memang sengaja ke?" soalnya lagi. Aku sudah buntu, tak tahu nak buat apa dah. Give up je.. Kot?

Bunyi loceng rumah menyentakkan aku. "Selamat kau harini. Pakai baju lepastu turun bawah buat air untuk tetamu special kita. Boleh sayang?" katanya. Aku mengangguk sahaja, entahlah mulut ni rasa macam dah kena kunci kot setelah melalui pelbagai jenis soalan KBAT yang ditanya oleh Airil tadi.

Airil menginjak bangun keluar dari bilik. Fuh, baru rasa bebas sikit boleh bernafas. Kira aku ni dah macam telur di hujung tanduk tu tadi. Apa-apa je boleh jadi, ee apesal Airil semakin gatal eh. Tak larat aku nak layan, dah la dia main soal hati dan perasaan.

Huh.

























































Maaf typo. 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now