Part 17

99.5K 4.6K 421
                                    

"Aduhh!"

"Sayang sakitt!!"

"Ahh!!"

"Slow-slow laa!"

"Pedihh-pedihh!!"

Aku hanya memekakkan telinga mendengar jeritannya. Aku hanya merawat luka di tapak tangannya, tapi dia punya jerit macam aku tengah bedah badan dia je.

Ngade ngade.

"Ish awak ni, kata mafia. Mana ada mafia melalak malam-malam, sikit je lagi ni." kataku sambil membalut tangannya lalu di pin kan. "Dah." kataku sambil mencium sekilas tapak tangannya yang berbalut itu.

"Thanks sayang."

"Laa aku ingat kau buat apa, rupanya balut tangan je." kata Azri yang entah bila datang lalu duduk di sofa bersebelahan dengan Airil manakala Amran pula duduk bersila di bawah sambil menonton televisyen.

"Ril, diorang dah ambik step pertama la. Aku rasa kan, plan diorang ialah culik Aisya untuk tebusan. Dengan cara tu, kau boleh pergi kat diorang. Tak gitu?" tungkas Amran sambil mengetuk ngetuk dagunya dengan jari telunjuknya.

"Kita tengok je lah game diorang cam mana." kata Airil lalu mengerling ke arahku. "Dah la, aku lapar ni. Sayang teman saya makan tau?" soalnya lalu menarik tanganku ke dapur.

Dia duduk di sebelahku manakala aku masih lagi berdiri. Tangannya masih mengenggam tanganku. "Awak nak makan apa?" tanyaku. "Apa-apa je lah yang mummy masak." aku mengangguk dan mula mencedok nasi serta lauk yang telah mummy sediakan lalu aku duduk di sebelahnya.

"Awak makan sendiri eh?"

"Suap la saya."

Aduh, mengada betul. Aku pasrah dan hanya melayan perangainya.

Keesokannya seperti biasa, aku hanya duduk terperap di rumah mummy ini. Buaian aku hayun-hayunkan menggunakan kakiku sambil menikmati pemandangan pokok bunga mummy ini.

"Buat apa ni?" tegur seseorang. Lantas aku berpaling ke tepi, Airil yang siap memakai baju kerjanya itu aku pandang. "Ambil angin." aku mendekatinya lalu tubuhnya dipeluk erat. Dia membalas pelukanku.

"Taknak saya pergi kerja ke ni?" soalnya. Aku menggeleng sambil memejam mata. Kalau boleh aku nak melekat je dengan dia setiap masa. Tapi apakan daya, dia kan ada dua kerja dalam satu masa.

"Kalau macam tu, jom ikut pergi office sekali. Nak?" tuturnya. Pantas aku meleraikan pelukanku. Tangannya aku pegang. "Betul ke?!" tanyaku teruja. Takde lah aku terperap je dalam rumah.

Airil mengangguk sambil menarik tanganku dan kami mula bergerak ke pejabatnya.

"Saya ada meeting la sayang, duduk sini eh?" katanya sambil membetulkan tali lehernya. "Okay. Tapi jangan lama-lama tau?" aku tahu aku gedik. Biar arr.

"Ya, tak lama. Bye, love you." katanya sambil mencium dahiku seketika lalu berlalu keluar dari ruang pejabatnya ini. Aku duduk termenung di sofa sambil memerhati pemandangan luar. Cuaca okay.

Aku mula naik bosan dan berjalan ke lif untuk turun. Butang ditekan, belum sempat pintu lif itu tertutup, seorang lelaki berpakaian serba hitam menahan kakinya lalu masuk ke dalam lif tersebut. Aku berganjak sedikit ke dinding.

"Cik nak pergi mana?" soal lelaki itu dengan suara garaunya. Aku kerling ke arahnya untuk seketika lalu kembali mengalihkan anak mataku dari memandangnya.

"Er, cafe." jawabku. Lelaki itu hanya diam membisu. Dia mula keluar dari lif itu lalu berhenti di hadapan pintu itu. Aku hanya memerhati perbuatannya. Kemudian dia berpaling memandangku lalu tersenyum sinis. Cepat-cepat aku menutup pintu lif tersebut.

Aku menapak keluar dari pejabat itu untuk menuju ke cafe yang berada di seberang jalan, tidak jauh daripada bangunan ini. Aku memandang langit yang gelap itu. Tadi cuaca elok, sekarang dah nak hujan. Aku kena cepat.

Baru saja aku ingin melintas jalan, sebuah kereta hitam betul-betul berhenti di hadapanku. Air hujan mulai turun membasahi bumi. Dua orang lelaki serba hitam keluar sambil memakai topeng mulut berwarna hitam. Uish, serba hitam.

Tanganku ditarik olehnya manakala seorang lagi mahu mengangkat badanku. Aku cuba untuk mempertahankan diri daripada lelaki-lelaki ini. "Lepas lah! Ape ni main tarik-tarik orangg, tak malu kee?" soalku. Kawasan sekeliling itu, agak kurang orang lalu lalang kerana sekarang merupakan waktu kerja.

"Woi!"

Amran berlari ke arahku. Kedua orang lelaki ini mula memecut lari menaiki kereta itu semula lalu meluncur laju di atas jalan raya.

"Terima kasih." ucapku kepada Amran. Amran mengukir senyuman manis kepadaku. "Airil takde ke? Kenapa kau duduk sorang-sorang kat sini? Bahaya." tuturnya lalu mendekatiku. "Dia meeting, aku nak pergi cafe depan sana je." jawabku.

"Nak aku temankan?"

"Eh tak payah. Nanti aku pergi dengan Airil je la."

Aku agak segan nak pergi dengannya. Nanti Airil kata apa pulak.

"Betul?" soalnya. Aku mengangguk. "Pergi la naik atas, bahaya kat sini." katanya. Sekali lagi aku mengangguk dan berlalu pergi meninggalkannya. Sedang aku berjalan, sempat aku kerling ke belakang semula. Amran sedang memerhati sekeliling kawasan itu sambil bercekak pinggang. Entah apa yang dicarinya.

Pintu pejabat Airil aku buka dan aku berjalan ke sofa. Tubuh disandarkan di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Kepalaku aku urut-urut, kepala ni pening pulakk.

"Tadi pergi mana?" suara Airil kedengaran di hadapanku. Aku mengangkat muka, Airil kini sedang berdiri sambil menyilangkan tangannya di hadapanku. "Pergi cafe." jawabku lalu kembali mengurut kepalaku.

"Cakap apa dengan Amran?"

"Tadi ada orang pegang tangan saya. Pastu masa Amran datang, lelaki jahat tu pun pergi. Dan saya tak jadi pergi cafe." jelasku.

"Van hitam?" soalnya.

"Ye." jawabku.

Aku meraih tangan Airil. "Awak, saya penat." aduku. Airil mengambil tempat di sebelahku. Kepalaku disandarkan di dada bidangnya lalu aku memeluknya sambil memejam mata. Hilangkan penat.

"Sayang buat apa sampai penat? Muka pun dah pucat tu." katanya sambil mengusap lembut kepalaku. "Tak buat apa-apa. Saya cepat penat sekarang ni, walaupun hanya buat benda ringan." pelukanku eratkan lagi.

"Sayang.." panggilnya

"Hm?" sahutku

"Tadi kan ada sorang perempuan ni, cantik sangat. Masa cakap dengan dia, suara dia lembut je, sopan je cakap. Pastu kan dia.."

"Awakk!!" marahku lalu pelukan dilepaskan, mataku tajam menenung matanya. Airil ketawa sakan. Aku mula menjauhkan jarak aku dengannya. Pandangan di alihkan pula ke arah yang bertentangan.

"Alaa majuk ke tuuu"

"Haih sayang saya sorang ni, kuat cemburu. Payah nak jaga sorang ni, apatah lagi dua.. Kan sayang?" dia merapati badanku.

"Jahatt, sana lahh." aku nak nangis wehh, huarghhhh.

"Mana ada, saya baik." tanganku diraih. Namun aku tepis lembut tangannya.

"Sana, saya benci awak." kataku.

"Tapi saya sayang awak." jawabnya selamba.

"Merajuk lagi ke ni?" soalnya sambil mengenggam tanganku. "Saya kata saya benci awak la." jawabku. Serius, aku cemburu. Cemburu. Cemburu.

Cemburu!!!!

"Ololo, sorry. Saya baru test tu, bukan real lagi."

Pehanya aku pukul kuat.

"Airillll!!!!!"

Dia ketawa.

Sakitnya hati akuu.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now