Part 20

98.9K 4.2K 693
                                    

"Awak nak..."

"Taknak."

Aku bertanya kepadanya sebaik sahaja dia keluar daripada office itu. Belum sempat aku bertanya soalan penuh dia dah menjawab soalanku dan terus berlalu naik ke bilik. Aku pandang ke tangga, kelihatan Mary sedang tersenyum.

Senyum gatal. Siot.

"Er, Airil are you okay?" soal Mary di pertengahan tangga itu sambil memegang lengan Airil yang berlapikkan baju itu. Paling aku tak tahan, Airil sahut panggilan dia dan tak tepis pun tangan Mary tu.

Hm, sakit.

"Okay. Can you bring me a glass of water?" pintanya lalu menghadapkan badannya ke arah Mary sambil mengukir senyum. Mary sudah mula menggedikkan dirinya. "Isteri you?" soalnya sambil mengerling ke arahku yang masih melihat adengan mereka.

"She's busy." jawabnya dingin tanpa memandangku dan terus berlalu menaiki tangga semula. Dia kata aku busy? Tadi aku nak tanya dia nak apa-apa ke tak, dia terus jawab aje. Dia suruh Mary buatkan air sedangkan dia nampak aku tak buat apa-apa pun tadi.

Apekahhh.

"I nak buat air untuk Airil dulu ya?" kata Mary sambil melanggar bahuku dan menuju ke dapur. Aku rasa nak nangis la. Sampai hati dia buat macam tu, tiba-tiba pulak dingin dengan aku. Apa yang aku dah buat? Kenapa selalu je ada masalah dengan aku ni? Erm.

"Aisya, Airil buat tu bersebab. Jangan ambik hati sangat. He love you, trust me." pesan Azri. Aku senyum sedikit. "Kalau abang Azri tipu, Aisya tumbuk je muka abang." sambungnya lagi. Ayatnya itu buat aku ketawa kecil.

"Seronok ar?" tegur Airil yang sedang turun dari tangga sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie nya. Matanya tajam menikam mataku dan dia pantas meraih tanganku lalu digenggam erat.

"Ril, gentle la." kata Azri tenang. Airil ketawa sinis. "Tak payah sibuk la hal rumah tangga aku." jawab Airil kasar lalu menarik tanganku sehingga ke dalam bilik. Pintu ditutup dan badanku ditolak ke pintu manakala dia di hadapanku.

Lama dia merenungku sehingga membuatkan aku tak senang duduk. Mukanya dirapatkan ke mukaku lalu dahiku dicium lama. Dia kini melihat aku semula dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

Aku menapak ke katil dan duduk di birainya. Aku agak terkejut dengan perubahan mendadaknya. Selepas keluar daripada officenya tadi, terus dia bersikap dingin dengan aku. Selepas dia jumpa Azri dan Amran.

Apa plan diorang ni?

Airil mula keluar daripada bilik air lalu berjalan ke arah pintu kerana bunyi ketukan dari luar. "Air. Sorry lambat." bapak gedik. Dia ingat Airil terima la air dia tu? Dia ingat..

"Sedap sangat, thanks babe."

Aku. Broken.

Setelah lama aku menadah telinga mendengarkan perbualan mereka, Airil kini duduk di sebelahku sambil tangannya ligat bermain handphone. Aku bermain dengan jari jemariku, kemudian aku betulkan sedikit kedudukan dudukku dengan menghadapnya.

"Awak.." panggilku lembut.

"Hm?" jawabnya tanpa melihatku.

"Saya ada buat salah ke? Awak tiba-tiba taknak cakap dengan saya." aku menunduk menahan sebak. Handphonenya diletakkan di tepi lalu dia menghadapku. Dia kerling ke arah pintu seketika lalu kembali melihatku.

"Takde. Sayang jangan fikir negatif sangat la." bahuku diusap dan dia mula berdiri. "Saya nak keluar sekejap." tanpa memandangku, dia terus meluru keluar dari bilik. Bantal aku ambil lalu muka disembamkan.

Aku menangis sampai aku tertidur.

Kelopak mataku buka sambil duduk membetulkan badan. Aku bangun perlahan-lahan ke bilik air. Aku kerling jam yang elok tergantung di dinding. Pukul 8:00 malam. Lamanya aku tidur.

Kepalaku tiba-tiba berpusing tapi aku gagahkan juga diriku berjalan. Aku hampir rebah ke lantai dan aku memegang dinding. Kepalaku pegang, pening yang amat. Tak pernah lagi aku alami sakit kepala macam ni. Sebabkan aku tak tahan, aku rebah ke lantai.

"Sayang!" suara Airil dapatku dengar sebelum aku pengsan. Setelah itu, aku sudah tidak tahu apa yang terjadi.

"Tu lah kau Ril, lain kali buat la plan lain. Kau tengok macam mana dia sekarang. Padan muka kau!" suara Amran kedengaran jelas di cuping telingaku. Aku pandang sekeliling, putih semuanya.

"Kau jaga dia elok-elok pasni, kalau jadi apa-apa lagi, kau mati duh. Aku tak sabar dah nak..." Amran menekup mulut Azri sebaik sahaja melihat aku yang memerhati mereka dari tadi. Azri dan Amran senyum ke arahku lalu menapak keluar.

"Sayang.." Airil merapatiku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Hati aku masih sakit, bernanah, terasa dicucuk cucuk lagi ni.

"Tak baik buat suami awak macam tu."

"Awak layan saya macam tu baik pulak?" aku rasa berdosa. Kemarahan menguasai diriku. Pujuk la macam mana pun, takmo layan!

"Awak salah faham la sayang, sebenarnya..."

"Saya taknak dengar, awak jahat. Saya taknak jumpa awak!"

"Tapi sayang.."

"Saya nak rehat. Sana lah." aku menolak tubuhnya. Walaupun dia tak berganjak, tapi at least effort aku tu ada. Hm.

Aku selubung di dalam selimut. Sahutan daripadanya aku hiraukan. Sakit tau hati ni!

"Ayokk, padan mukeee." suara Amran dan Azri kedengaran. "Ish, kau punya pasal la ni suruh aku buat plan tu." bentak Airil. Amran dan Azri mengekek ketawa. Selimutku tolak dan aku duduk menghadap Airil.

"Penjelasan. Sekarang." aku buat muka tiada perasaan. Amran dan Azri yang berada di sebalik pintu itu perlahan-lahan berganjak keluar. Aku pandang Airil semula sambil tangan disilangkan.

Airil memelukku lalu dahinya ditekup ke dahiku. "I'm sorry sayang, tu plan saya. Tak layan awak depan Mary." tuturnya.

"Depan Mary? Kita duduk dalam bilik, takde pun Mary. Kenapa awak layan saya macam tu jugak?" panas je hati aku sebut nama minah tu.

"Mary suka curi-curi dengar." jawabnya.

"Motif awak jalankan plan ni?"

"Nak tengok awak sayang saya ke tak. Hehe." perutnya aku cubit.

"Aduh sakitlah sayang."

"Hati saya lagi sakit awak buat macam tu kat saya." suaraku terketar ketar menahan tangis. Airil memelukku erat, air mataku mula jatuh seperti air terjun. Aku membalas pelukannya.

"Sensitifnya sayang saya ni."

"Sebab awak."

Pelukan dileraikan. Airil memeluk pinggangku sambil tersenyum nakal. "Dan sayang semakin gemok." laju tangan aku memukul dadanya. Airil ketawa sakan.

"Tak tipu tau, serius."

"Airillll!!!"

Sekali lagi dia gelakkan aku.

Ciskek tul.






















































Maaf typo 🙆

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now