Part 18

100K 4.4K 451
                                    

"Sayang, bangun."

Suara Airil kedengaran di telingaku. Kelopak mataku buka perlahan-lahan, Airil yang elok duduk menghadapku ini aku pandang. Posisi duduk aku betulkan sambil memandang luar kereta lalu terus kembali memandang Airil.

"Kita kat mana?" soalku polos mengudang tawa Airil. "Takkan dah lupa kot. Ni rumah mummy la sayang." katanya lembut disusuli dengan ketawa halus. Oh, rumah mummy rupanya. Ape nak jadi la dengan aku ni.

"Jom." ajaknya sambil membuka seatbeltnya. "Awak. Ta-tapi, kenapa kita tak balik rumah kita?" tangannya aku pegang. Airil mengusap kepalaku dan juga pipiku sambil tersenyum manis.

"Saya rindu mummy, hehe."

Ya Allah, aku nak gelak boleh tak sekarang ni? Anak mak betul.

"Jom lah masuk, penat." ajaknya lagi lalu mula keluar daripada kereta. Aku mengikutinya di belakang. Aku jalan menunduk ke bawah, dan tiba-tiba kepalaku terlanggar badannya. Hidungku gosok-gosok lalu mendongak memandang Airil yang juga sedang memandangku.

Dia menundukkan badannya sedikit lalu hidungku dicium. "Sorry sayang."
Aku angguk dan kami mula masuk ke dalam rumah ini. Airil berbaring di sofa manakala aku naik ke bilik.

Sedang aku menuju ke bilikku, aku terserempak dengan Mary. Dia ingat rumah mummy ni 'rnr' ke apa? Satu lagi, dia ni takde rumah ke? Tak jeles pun cuma rasa cam..

Ergh.

"Nasib you ada sini, I nak mintak tolong ni." langkahku hentikan dan berpaling ke belakang sambil menanti permintaannya. "Tolong jaga Airil bebaik. Tau?" pintanya serius. Aku menenungnya lama sebelum mengangguk dan kembali semula ke dalam bilik.

Aku duduk di birai katil sambil ligat memikirkan kata-kata Mary tadi. Lama aku termenung sendiri dan aku tersentak apabila Airil menolak badanku ke katil lalu dia berbaring di sebelahku sambil mengukir senyum.

"Jauhnya termenung." katanya sambil
mengusap lembut pipiku. "Sayang fikir apa?" soalnya pula. Aku hanya mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya. Kemudian, tangannya aku genggam erat lalu mendongak ke atas.

"Awak selalu ada dengan saya kan?"

Dia angguk.

"Awak akan selalu jaga saya kan?"

Dia angguk lagi sambil tersenyum.

"Jangan risau, ni Airil la." katanya bongkak. Ishh, ni benci ni.

"Jom solat maghrib pastu kita makan kat bawah sesama." arahnya lembut. Aku bangun dari duduk dan ingin menuju ke bilik air, namun tanganku ditarik olehnya. Dahi kami bersentuh.

"Ingat, i'm your hero. Forever." ungkapnya sambil mata tak lepas daripada memandangku. Wuish, jantung aku buat hal lagi ni. Ini tak boleh dibiarkan!

"Dan, i'm your heroin. Forever." balasku dengan tidak segan silu. Airil mencuit hidungku dan aku mula menapak ke bilik air untuk mengambil wuduk, lalu kami bersedia untuk solat maghrib bersama.

Usai saja solat, kami turun ke bawah menuju ke meja makan untuk makan malam bersama. Aku duduk di sebelah Airil manakala di hadapanku ini kosong. Mana pergi musuh ketat aku ni? Dah mengalah ke?

"Mary ada kerja katanya, jom kita makan dulu. Mummy dah lapoo ni." celah mummy sambil tangannya laju mengambil lauk pauk di atas meja ini. Aku kerling ke arah mummy untuk seketika, berselera betul.

Sendiri buat lauk, sendiri perabis lauk. Hahaha, comel!

Setelah beberapa minit, kami telah selesai makan malam bersama kecuali Airil yang masih lagi menjamah makanan. Tadi dia makan nasi berlauk, sekarang dia makan mee kuning pula. Haihh, ni kalau tak gemok-gemok tak tau la tu.

Aku hanya menongkat dagu menunggunya untuk selesai makan, tapi nampak macam lama lagi sebab mangkuk dia boleh tahan besar jugak. Larat ke dia makan lagi lepas dah sumbat nasik tadi?

Mangkuk dihulurkan dekat denganku
lalu kerusinya dirapatkan dengan kerusiku. "Makan sekali." katanya lalu mengunyah sisa makanan yang masih lagi terdapat di dalam mulutnya. Aku memandangnya lalu menggeleng.

"Saya dah kenyang la." kataku lalu menolak sudu garfu yang dihulurkan olehnya kepadaku. "Alaa tak baik tau tolak ajakan suami. Jom laa makan sekali. Meh saya suap." baru sahaja dia ingin menyuapkan aku, aku terus menolaknya.

"Saya boleh makan sendiri." aku pasrah. Makin aku tolak, makin dia paksa. Baik aku ikutkan aje, alahai suami. Nasib sayang.

Kami mula bersama-sama merapatkan mulut pada hujung mangkuk ini untuk makan mee tersebut agar tidak tumpah kuahnya di atas meja. Kebersihan perlu diutamakan. Ceh.

Sedang enak menjamu mee tersebut, salah satu daripada mee itu kami makan serentak. Aku gigit sebelah kanan, dia gigit sebelah kiri. Dah macam drama korea dah.

"Airil.." panggil seseorang. Kami berdua saling memandang ke tepi untuk melihat gerangan manakah yang menganggu kami. Mee di mulut masih kekal di situ tidak beralih.

"Blah ah." katanya kasar. Tetapi, Mary masih lagi di situ, menanti Airil. "Pliss, I nak cakap something ni." desaknya berkali-kali. Airil merengus sedikit dan kembali memandangku.

Belakang kepalaku dipegang lalu dia merapatiku. Bibirnya bersentuhan dengan bibirku. Mee dimulutku telah digit olehnya. Mataku membulat dengan tindakan drastiknya. Tak pasal-pasal Mary dapat tengok drama percuma.

"Kejap tau." kata Airil dan menuju ke pintu belakang bersama Mary. Aku kembali makan mee kuning tersebut dengan gelojohnya. Sedap pulakk mee ni. Makan sampai habis ar, takyah bagi kat Airil.

Muahahahahahaha uhuk uhuk.

Airil mula masuk ke dapur semula dengan air muka yang sudah berubah. Tanganku diraih.

"Jom kita masuk tidur." arahnya tegas.

"Hah? Tapi ni tak habis makan lagi." mee kuning itu aku pandang sepi. Tak baik la membazir.

"Dah, nanti Mary makan kan. Jom." guraunya. Laju kakinya melangkah naik ke atas, dan aku hanya mengikutinya. Kenapa tetiba lepas jumpa Mary jadi macam ni? Mary buat apa?

Haih nak tauu.

Airil menutup matanya tanpa banyak bicara. Selimut yang menutupi seluruh badannya kecuali kepala itu aku tarik perlahan.

"Awak kenapa? Taknak cerita dekat saya ke?" pujukku sehabis lembut. Namun hanya mendapat gelengan daripadanya. Aku dah putus asa dan hanya duduk termenung.

Eloklah sangat lepas makan pastu tido. Airil di sebelah aku kerling.

Apa masalah awak sebenarnya ya?


















































Maaf typo, malas nak double check up 😂

Serius tak tauu apa aku buatt π_π

Bulan 1 bulan sukan. Bulan yang lain?










Bulan struggle laaaa huarghhhh 😭😭

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now