Part 15

109K 4.8K 381
                                    

Aku keluar terlebih dahulu dan menunggu Airil di kereta. Dia pergi ambil barang sekejap, tertinggal. Tu lah, tadi sibuk sakat orang.

Selepas beberapa minit, Airil kini berjalan ke arahku. Tiba-tiba langkahnya ditahan oleh seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an mungkin. Sebab nampak muda, pekerja dia kot.

Perasaan cemburu aku cuba tepis. Semenjak dua menjak ini, aku terlalu sensitif terhadap sesuatu benda. Aku inginkan perhatian sepenuhnya daripada Airil. Tak boleh kurang, tak boleh lebih. Entah kenapa.

Airil kini melangkah ke arahku lalu berhenti di hadapanku. Aku menyilangkan tangan lalu kepala dialihkan ke sisi. Mahu merajuk konon. Gedik dengan laki sendiri takpe kan.

"Sayang? Jom kita balik, dah nak dekat maghrib ni." katanya lalu meluru masuk ke tempat pemandu. Dia ignore je aku?

Dengan hati yang agak pedih, aku mula masuk ke dalam kereta. Aku langsung tidak berpaling ke arah Airil apatah lagi mahu membuka mulut, berbicara dengannya. Taknak! Aku merajuk.

Airil mula memberhentikan keretanya di sebuah kedai bakeri. "Awak kita kat.." belum sempat aku menghabiskan ayatku, Airil terlebih dahulu keluar daripada kereta dan mula masuk ke dalam bakeri tersebut.

Hm.

Aku tidak keluar, hanya duduk di dalam kereta dengan muka yang masam. Siapa je suka diabaikan? No one.

Tiba-tiba pintu kereta dibuka dari luar. "Kenapa tak masuk? Jom la." ajaknya. Aku geleng kepala tanpa memandangnya. Airil mula melutut di tepiku lalu tanganku dipegang dan diusap lembut.

"Sayang.." panggilnya lembut. Aku diam.

"Ni bakeri mummy tau. Jom la kita masuk." terus aku berpaling ke arahnya. "Mummy?" soalku terkejut. Aku mana tahu mummy ada bakeri, menyesal tak ikut Airil masuk tadi. Nanti mummy ingat aku ni memang tak nak masuk. Aduh.

Aku mengangguk dan melangkah keluar daripada kereta. Baru saja aku ingin menuup pintu kereta, satu das tembakan kedengaran dilepaskan di atas jalan raya. Pantas kami berpaling, sebuah kereta meluru laju di atas jalan raya. Seperti kereta itu sudah lama berada di situ.

Tapi, buat apa?

"Jom lah masuk." Airil menarikku masuk ke dalam bakeri itu. "Mummy mana?" soalku sambil memerhati sekeliling, tiada kelibat mummy pun. Airil menarik kerusi lalu duduk dan mendongak memandangku.

"Kat belakang." katanya. Aku mengangguk dan mula menapak ke dapur, tempat kek dibuat. Pintu dibuka perlahan-lahan dan bayang mummy telah kelihatan.

Tapi, kenapa tak bergerak?

Membulat mataku apabila melihat terdapat dua jenis kasut. Mustahil mummy pakai kasut lain sebelah, malu orang nengok la. Tapi tu tak penting, yang penting aku tahu seseorang dah tutup mulut mummy.

Pintu ditutup cermat dan betapa terkejutnya aku melihat Airil sudah berdiri di hadapanku sedari tadi mungkin. "Aw-awak, ada orang dah.." Airil terus mengangguk tanpa mendengar habis ayatku.

"Tahu." katanya tenang lalu tersenyum manis kepadaku. Dah kenapa? Dan, dia dah tahu? How?

"Airil! Masuk lah." kedengaran suara dari dalam. Airil membuka pintu tersebut, mummy terus meluru memelukku. Aku cuba untuk menenangkannya, mungkin terkejut dengan kejadian ini.

"Siapa hantar kau?" soal Airil dingin serta dengan muka bengisnya. Lelaki yang diikat itu hanya tersenyum sinis lalu memandangku. Airil menumbuk mukanya, bajunya dicengkam kuat. "Cakap, nak aku buatkan kau supaya bercakap ke?" tuturnya tenang seperti sudah biasa berhadapan dengan keadaan sebegini.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now