Part 8

122K 5.1K 1.7K
                                    

Aku menghirup udara malam di luar balkoni. Walaupun malam tapi udara still rasa fresh je. Pandai daddy pilih tempat untuk bangunkan rumah ni.

Satu tangan melingkar di pinganggku dan memelukku dari belakang. Kepalanya direhatkan di atas bahuku. Aku hanya membiarkannya, huh malas ar nak layan.

"Tak mengantuk?" soal Airil. Aku gelengkan kepala.

"Jom tidur nak?" aku geleng lagi.

Airil melepaskan pelukannya dan memusingkan badanku agar menghadapnya. Mata dia lama menenung mataku "Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?" soalnya. Sekali lagi aku geleng. Airil menarik aku ke dalam pelukannya. Hidungnya digeselkan ke hidungku. "Kan aku dah kata aku sayang kau sorang je." katanya lembut. Matanya tak lepas daripada melihat mataku.

"Saya tahu la. Saya penat, nak tidur." aku menolak dadanya. Dia berganjak sedikit, mungkin faham akan mood aku yang tidak berapa elok buat masa ini.

"Aisya.." panggilnya. Aku berpaling ke belakang. "Jangan banyak fikir." sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk walaupun tak faham apa. Dan aku mula melangkah ke katil lalu terlena sendiri.

Aku terjaga daripada tidur dalam pukul 2 pagi. Tempat di sebelahku kosong, aku dah agak dah. Dia ni bukan jenis lekat dekat katil pun. Aku bangun bersandar di kepala katil sambil memeluk lutut. Kepala aku sembamkan ke lutut.

Apa plan Airil? Kenapa Amran selalu bersama dengan Airil? Siapa Mary yang sebenarnya? Apa hubungan dia dengan Airil? Adakah hanya sebagai seorang sepupu? Atau..

Cintanya berputik kembali? Haihh.
Negatifnya otak aku malam ni.

"Kenapa tak tidur ni?" aku mengangkat kepala. Kelihatan Airil yang sedang mengelap peluhnya dengan tuala kecil. "Awak dari mana?" soalku sambil merapatinya yang sedang berdiri di sebelah katil. "Gym." jawabnya sepatah dan menapak ke bilik air.

Gym? Time-time macam ni? Serius ar.

Dia mula keluar dari bilik air dan memandangku. "Jom ikut aku." pelawanya. Aku mengangkat muka. "Nak buat apa? Taknak la." jawabku.

Aku kalau bab senaman ni aku memang fail. Airil merapatiku dan menarik tanganku. "Alah buat teman je, kau tak mengantuk pun kan?" aku mengangguk. Betul la tu, memang aku tak mengantuk pun.

Sampainya di gym Airil menyuruh aku duduk sahaja. Aku duduk dan memerhati sekeliling. Cantik gym ni, aku tak tahu pulak dalam rumah daddy ni ada gym sebesar dan selengkap ni. Al maklumla orang kaiyaaa. Aku berpaling pula ke Airil yang sedang melakukan push up.

Wuish terguda siaa. Rambut basah, peluh sana sini.

Pergh, idaman malaya.

Pintu dibuka dari luar. Terpancul wajah Amran dan juga Azri. Diorang buat apa pulak dekat sini? Asal semua tak tidur lagi?

Arghh apekahh. Aku perhati badanku yang hanya mengenakan baju tidur berlengan pendek dan seluar hello kitty panjang. Aku macam budak-budak ke?

Huarghh, malunyaa.

"Wow Aisya, you look so beautiful and cute la." puji Amran lalu duduk agak rapat di sebelahku. Aku membuat muka tidak selesa dan memandang Airil. Airil juga turut memandangku. Dia tersenyum nipis dan mula bangun menuju ke arahku. Amran ditolak begitu sahaja dan dia duduk di tempatnya.

Azri yang sedang duduk di penjuru dinding itu hanya memerhati. Airil mengambil tuala di tanganku lalu mengelap peluhnya. "So, plan kau?" soal Airil dan meneguk air di dalam botol. Amran dan Azri mula merapati kami.

"Er.. Aisya nak masuk bilik la." kataku. Airil pantas memegang tanganku. "No, stay here and listen carefully." kata Airil serius. Aku menelan air liur dan terpaksa akur sahaja. "Okey macam ni. She's have a plan, a big plan. We should make a move now." terang Amran. Aku hanya menongkat dagu, tidak berminat dengan plan mafia mereka. Muka bosan aku tayangkan.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now