Part 23

93.3K 4K 892
                                    

Aku terjaga lewat malam. Aku terus bangun daripada pembaringan dan terus berlari ke sinki di dalam bilik air. Aku muntah. Setelah itu, aku berkumur lalu membasuh muka. Pintu bilik air aku buka dari dalam, kelihatan Airil yang sedang menungguku.

Dia tak tidur ke?

Aku berpaut pada lengannya saat aku merasakan bahawa dunia ini sedang berputar. Airil mengangkat badanku lalu diletakkan di atas katil. Badanku diselimutkan lalu dia menarik aku ke dalam pelukannya. Hangat. Aku selesa.

Aku rehat di atas badannya. Bajuku diselak ke atas sedikit untuk dia menyapukan minyak angin di belakang badanku. Diurut perlahan bagi melegakanku. Aku sudah tidak mengantuk, tapi Airil kelihatan mengantuk.

"Awak, tidur je la. Saya tak apa-apa."

"Takpe saya belum mengantuk, biar saya jaga awak."

Aku diam tidak membalas. Terlalu letih untuk mengerakkan bibir. Airil yang faham akan keadaanku terus mengangkat sedikit badanku lalu dia duduk bersandar di kepala katil. Aku dibaringkan di sebelah. Rambutku diselak ke belakang.

"Kejap, saya ambik air." dia keluar dari bilik dan setelah itu segelas air diberikan kepadaku, aku bangun. Lalu sebuah besen kecil di tangannya itu diisi dengan air paip di bilik air. Kemudian, dia menapak semula ke arahku.

"Minum air tu." arahnya sambil membantu aku memegang gelas ini. Setelah itu, gelas diletakkan di meja tepi. Airil menarik semula aku ke dalam pelukannya. Aku bergerak sedikit, menyelesakan diri di dalam dakapannya. Mataku hampir tertutup sendiri kerana mengantuk yang masih tersisa.

"Saya nak sapu air kat kepala awak." katanya lalu menyapukan tangannya yang basah itu perlahan-lahan dari dahiku sehingga ke ubun-ubunku. Perbuatannya yang seperti sedang mengurut kepalaku itu diteruskan beberapa kali.

Mataku sudah pun memberat. Aku tertidur dengan sendirinya di dalam pelukan hangat Airil.

AWAL pagi lagi Airil sudah pun bangun untuk pergi kerja. Aku perhati dia yang sedang kusyhuk membutangkan baju kemejanya dari atas sampai lah ke bawah lalu kolarnya dilipat kemas dan penuh dengan ketelitian.

"Sayang.."

Dia sudah berdiri tegak di hadapanku sambil menghulurkan tali leher berwarna dark bluenya kepadaku. Aku bangun dari duduk lalu memakaikan tali leher buatnya. Tangannya memeluk pinggangku.

"Sayang..muka awak nampak pucat la. Okey ke ni?" soalnya risau.

"Saya okey je la." jawabku lemah. Ye lah, semalam aku muntah pastu harini aku rasa tak sedap badan. Kenapa dengan aku ni sebenarnya?

"Tapi saya tengok macam tak okey je. Semalam kan awak muntah, risau saya." jelas di mukanya bahawa dia risaukan aku. Aku menggeleng dan tersenyum.

"I'm okay. Dah." tali lehernya aku kemaskan supaya kelihatan lebih rapi. Mata aku bertemu dengan matanya. Lama Airil memandangku, memastikan bahawa aku baik-baik saja. Tapi, aku penat. Penat sangat.

"Sayang..saya suruh mummy temankan awak ya?" kepalaku diusap. "Mummy mesti sibuk, takpe lah. Saya boleh jaga diri." aku cuba untuk menyedapkan hatiku sendiri walaupun aku tahu, aku tak boleh duduk sorang-sorang. Apa-apa je boleh jadi.

Hm.

"Kalau macam tu, biar Am temankan awak. Jangan risau, dia duduk je kat luar. Awak duduk kat dalam rumah, kunci pintu. Boleh?" sarannya. Aku berfikir sejenak.

"Saya tak tahu." tubuhnya aku peluk lalu kepala aku sandarkan di dada bidangnya. Aku penat nak berfikir, buat lah apa yang patut dibuat. Aku ikut saja.

"Sayang, jangan macam ni. Saya risau ni." dari suaranya saja aku tahu dia sedang risaukan aku. "Awak tu dah la me.. Err, mengulang alik ke bilik air. Nanti jadi apa-apa macam mana? Saya suruh Am jaga awak ya?" sambungnya lagi. Aku mengangguk.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now