Part 4

162K 6.5K 1.3K
                                    

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?" soalan yang dah beribu ribu kali aku tanya namun masih tiada jawapan. Aku mencebik, tangan disilangkan dan mata melihat ke arah pokok-pokok di luar. Entah kemana la dia ni nak bawak aku malam-malam.

"Awak serius la, kita nak pergi mana ni? Dah malam la, dari petang tadi awak bawa kereta." soalku. Nada suara paling lembut dan ayu aku berikan. Kalau dia masih tak jawab, aku sendiri pun tak tahu la nak kata apa dah.

"Jangan banyak cakap, diam dan ikut saja arahan aku. Faham my beloved Zaujah?" aku hanya balas dengan anggukan.

Sedang ralik aku memerhati pokok-pokok di luar, Airil memberhentikan keretanya. Dia membuka dashboard dan memasang tali penutup mulut di telingaku, penutup kepala hoodieku ditarik dan menutup separuh kepalaku. Aku hanya memerhati perlakuannya.

"Apa yang.." belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Airil mencelah. "Diam, aku cium karang." ugutnya. Dengan pantas aku menutup mulut dan memandang ke hadapan. Airil memandang hadapan kereta dan kembali memandang aku. Aku terkebil-kebil.

"Jangan keluarkan suara, jangan pandang dia, jangan jawab apa saja soalan yang dia tanya. Faham?" aku anggukkan sahaja walaupun aku tengah blur sekarang ini. Airil menurunkan separuh cermin kereta, dan muncullah seorang lelaki serba hitam pakaiannya.

Aku cuba untuk tidak memandangnya, jadi aku terus memusingkan badanku memandang Airil. Dia mengangkat keningnya, aku gelengkan kepala saja.

"Bang, hantar saya dekat masjid depan sana boleh? Motor saya rosak. Jangan risau, saya bukan orang jahat." aku hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. "Masuk lah." pelawa Airil. Aku memukul lengannya lalu tunjuk jari ke arah lelaki yang ingin membuka pintu kereta.

"Aku tahu apa yang aku buat, sayang." katanya tenang. Lelaki tadi sudah masuk lalu Airil pun mula menggerakkan keretanya. Aku kerling Airil, mukanya dingin. "Ni isteri abang ke? Siapa namanya?" Airil aku pandang dan dia menggelengkan kepalanya. "Rose Melina. Call her Melina." jawab Airil dengan wajah dinginnya itu.

"Oh, such a beautiful name. Suits for her. I'm Sam, mix blood." katanya lalu memperkenalkan dirinya. Eh dia ni, ada aku suruh intro ke? Takkan? Pehal pulak dia sibuk nak kenalkan diri dia ni, ingat aku nak kenal sangat ke.

"Dah sampai. Dah boleh turun kot sekarang." jawab Airil dingin. Aku masih pelik, kenapa muka dia ni. Tadi okey je. Lelaki itu pun turun lalu menghilangkan dirinya tanpa mengucapkan apa-apa. "Awak.. Kenal ke dengan dia?" soal aku berani. "Siapa dia?" soal aku lagi. Airil lambat-lambat mahu menjawab pertanyaanku.

"Anak buah musuh aku." jawabnya tenang. Aku terkebil-kebil hanya memandangnya. "Okey." jawabku. Tidak berminat mahu bertanya apa-apa, bukan hal aku jadi aku malas la nak ambik tahu. Airil meneruskan pemanduannya, entah ke mana la dia nak pergi. Tapi last-last balik rumah Daddy dengan Mummy.

Weh, nampak sangat anak mak ni.

"Kau masuk dulu, aku nak keluar kejap jumpa kawan." aku hanya mengangguk dan berlalu masuk ke pintu rumah. Kereta Airil yang semakin menjauh itu aku perhati dan mula menuju ke bilik untuk rehatkan diri. Tak letih mana pun, tapi boleh tahan sakit jugaklah badan aku duduk dalam kereta lama-lama.

Hujan lebat beserta guruh yang kuat itu menyentakkan aku. Aku terjaga daripada tidur dan melihat di sebelahku. Kosong. Airil belum lagi pulang nampaknya. Hm, kerja apa yang dia buat sampai selalu sangat balik lewat ni. Guruh yang kuat amat itu mengejutkan aku, badan aku sandarkan di katil, bantal aku peluk kuat.

"Mana awakk?.." soalku sendiri. Keadaan bilik dah gelap akibat daripada bekalan elektrik yang dah terputus. Daddy dengan Mummy takda, ada urusan di luar negara. Aku hanya keseorangan di sini. Tanganku yang berketar aku pegang. Aku takut.

Ma Sweet Mafia! Where stories live. Discover now