Bab 10

1.1K 27 1
                                    

Alec dan Alexandra sudah siap untuk pulang ke Malaysia. Alexandra tersenyum melihat Puan Levy gembira. Dia bercadang untuk pindah bersama mereka.

Alec tidak membenarkan ibu tirinya mengikut mereka pulang. Katanya lebih bahaya jika ibu tirinya ikut mereka pulang. Puan Levy tahu akan pekerjaan arwah suaminya jadi dia setuju untuk duduk disini sahaja.

Alec mengarahkan beberapa pengawal yang dia tahu mampu untuk menjaga Puan Levy sepanjang mereka di Malaysia nanti.

Alec menelefon Magnus tapi tidak diangkat. Mungkin dia sibuk. Alec meninggalkan mesej di WhatsApp pada Magnus. Hanya satu tick sahaja. Dia membiarkannya. Alec dan Alexandra terus menuju ke LAX (Los Angeles International Airport).

Magnus keluar dari bilik mesyuarat dan menghidupkan telefonnya. Terdapat beberapa missed call dan satu mesej dari Alec.

Dia membuka mesej tersebut. Magnus menepuk dahinya. Dia terlupa Alec balik Malaysia harini. Mesej tersebut sudah 1 jam berlalu. Magnus menelefon Alec.

Alec membuka telefonnya. Mesej yang dihantar tadi dah bluetick maknanya Magnus dah baca. Dia ada lagi beberapa minit sebelum berlepas.

Bzz! Bzzz!

Alec membuka telefonnya. Terpapar nama Magnus. Alec mengangkat panggilan tersebut.

"Yes Magnus?".

"How about our works?".

"You're not that stupid don't you Magnus? I'll let the boys know that they'll work with you until I come back. Got to go". Panggilan tersebut terus dipadam. Magnus mengeluh.

Alexandra memandang Alec. Selepas dia habis bercakap dengan seseorang di telefon tadi, dia tak henti senyum. Kena santau ni.

Bahu Alec dicuit dari tepi. Alec memandang Alexandra. Alexandra menghulurkan tangannya. Alec memandang pelik.

"Telefon. Nak kejap". Alec menelan liur.

Alec menggeleng dengan muka yang tegas. Dia memandang ke arah lain. Alexandra nampak peluh yang mengalir di dahi Alec. Dia tersenyum.

"Woah Alec! What a thing!!".

Alexandra menunjuk ke arah kerusi yang kosong di tepinya. Memanglah kosong, kelas pertama kan.

Alexandra terus mengambil telefon Alec. Alec memandang Alexandra apabila dia terasa telefonnya diambil. Alexandra membuka telefonnya.

"Cassie, you better give me my phone back". Muka Alec sudah kelihatan pucat. Alexandra menggeleng.

"Please Cassie. I have no time to play".

"So am I". Alec menelan air liurnya. Dia cuba merampas telefonnya tapi Alexandra lebih cekap.

"Please Alexandra. I'll give you everything you want". Alexandra memandang Alec pelik. Apa yang dia takut sangat?

"Okay. Sampai Malaysia nanti. Aku nak kau belanja aku shopping". Alec mengangguk. Apalah sangat duit tu berbanding rahsia dia ni.

Alexandra memulangkan semula telefon Alec. Alec mengambilnya dan menyimpan ia dipoket yang lain. Susah untuk Alexandra capai.

Alexandra terfikir. Apa yang Alec rahsiakan dari dia? Kenapa benda tu sangat penting bagi Alec? Alexandra mengabaikan soalannya. Bila tiba masanya nanti Alec mesti bagitahu.

Ada masa lagi 11 jam sebelum tiba dia Malaysia. Alexandra mengambil peluang itu untuk tidur. Dia tidak tidur dengan cukup beberapa hari ni.

Alec memandang Alexandra yang sudah tidur. Dia menghembus nafasnya. Sungguh dia takut sekiranya Alexandra tak boleh terima dirinya yang ini.

Alec membuka telefonnya. Nama Magnus ditukar kepada 'Crush' supaya tiada orang yang kenal Magnus. Buat masa ni biarlah mereka kenal Magnus sebagai partnership.

Selepas berapa jam di dalam kapal terbang, akhirnya mereka sampai ke Malaysia. Alexandra menggeliat kecil. Terasa sakit satu badan. Alec masih lagi dengan telefonnya.

Alexandra menelefon Emma untuk mengambilnya di KLIA. Kebetulan Emma ada kerja berdekatan KLIA jadi dia akan mengambilnya dalam 30 minit.

"Aku ada kerja kat office. Kau nak balik dengan aku ke?". Alexandra menggeleng.

"Aku dah call kawan aku". Alec memandang pelik.

"Who do you call?".

"Emma dengan Clare. Dorang dah dalam perjalanan jadi kau boleh pergi pejabat terus ". Alec mengangguk.

"Then call me if you get there?".

"Okay".

"Make sure to call me okay?". Alec menggosok kepala Alexandra. Alexandra mengangguk.

"So I've got to go. Be careful". Alexandra mengangguk dan melambai pada Alec.

Emma sampai selepas dekat 20 minit Alexandra duduk di luar KLIA. Emma mematikan keretanya dan menolong Alexandra mengangkat barangnya.

Emma menyuruh Alexandra masuk dahulu, biar dia yang mengangkat barangnya ke dalam bonet. Alexandra mengangguk dan tersenyum.

"Nasib waktu kerja aku habis awal".

"Weyh? Boleh tak kita tukar panggilan?". Emma memandang muka Alexandra.

"Sure. To what?".

"Tukar kau aku jadi awak saya?". Muka Emma agak terkejut tapi dia ikut sahaja apa yang Alexandra nak. Mereka bergerak pulang ke rumah.













Vote 4 me 😋❤️ please tell me if you like it or you want to add something. I accept all of your opinions. 😋🎉❤️

You're BeautifulWhere stories live. Discover now