Bab 21

723 14 0
                                    

Emma memeluk Alexandra yang duduk disebelahnya sambil menangis. Harini Alexandra dibenarkan keluar dari hospital.

"Dah lah. Saya okay ni". Alexandra menggosok belakang Emma.

"Saya tak mampu selamatkan awak. Saya memang tak guna". Makin kuat tangisan Emma.

"Apa awak cakap ni? Saya kuat sebab awak. Kalau awak tak ada, saya tak tahu apa jadi". Alexandra memegang pipi Emma. Dia mencium lembut bibirnya.

Emma tersenyum dan memeluk Alexandra. Muka Alexandra masih cantik walau banyak kesan luka di mukanya.

Alexandra menggosok kepala Emma. Dia membiarkan air matanya mengalir. Emma tetap ada dengan dia walau susah macam mana pun hidup yang dia hadap.

Mereka tertidur selepas menangis hampir 1 jam. Tangan Emma masih tidak lepas memegang bahu Alexandra. Clare yang berada dihadapan tersenyum.

Magnus dan Alec hanya melihat Mason yang separuh mati itu. Emanuel dan Zach memegang rambut Mason dan menariknya.

"Still don't wanna talk?". Mason tersenyum.

Emanuel menyepak Mason sehingga dia terpusing ke belakang. Muka dia dah tak macam muka dah. Mason tergelak memandang muka Alec.

"I don't want to see your face in Malaysia. You don't want your brother in danger right?". Mason tersentak.

"Sama ada kau bunuh dia atau buat dia cacat. It's up to you Em". Emanuel mengangguk.

Alec tersengih dan berlalu ke atas. Magnus mengikuti Alec. Dia bermain dengan tangannya.

"Kau okay?". Tanya Magnus dengan pelatnya sambil menepuk bahu Alec. Alec terdiam. Wait what?

"Kau.. Boleh cakap melayu?". Magnus melopong. Alec tergelak.

"Oh I'm sorry. You still don't understand Malay huh?". Magnus menunduk. Makin kuat tawa Alec.

"It's not that funny you asshat". Alec tersenyum.

"At least you try". Alec menepuk bahu Magnus dan berlalu pergi. Membahang muka Magnus.

Magnus pergi ke hadapan rumah bila mendengar bunyi enjin kereta yang baru masuk. Alec sudah berada di hadapan menunggu orang yang ada dalam kereta turun.

Alexandra dan Emma turun dari kereta. Alexandra memaut pada bahu Emma dan berjalan ke arah Alec. Alec menyuruh Andy dan Anthony mengangkat beg Alexandra.

Clare membawa kerusi roda untuk Alexandra. Alec mengangkat keningnya. Magnus hanya bersandar di tepi pintu utama.

"Why in the world are you walking?! Are you nuts?!!". Alexandra tergelak.

"Tak nak la naik kerusi roda. Macam patah kaki je. Kaki Cass terseliuh je pun". Alexandra masih berpaut pada Emma.

"Dah la tu. Bagi kitorang masuk dulu". Clare berdiri dihadapan Alec dan Alexandra.

"Andy!!!! Kasut aku setan!!!". Mereka memandang ke arah Andy yang sedang berlari sambil memegang kasut Anthony.

"Lembab sial kau ni. Ahahahahah lopek ah!". Andy mencampak kasut Anthony ke tengah jalan.

"Babi!! Aku robohkan bilik kau nanti setan!!". Andy terus berlari masuk ke dalam rumah dengan beg Alexandra. Alec mengeluh. Tak pernah berubah betol dorang ni.

Mereka duduk di ruang tamu. Anthony duduk di dalam biliknya. Bising bunyi dalam biliknya. Apa pulak dia buat tu.

"Lepas ni aku kena balik U.S. Aku ada hal nak urus kat sana. Aku suruh Andy dengan Anthony duduk sini jaga kau". Alexandra menganggguk.

"Alaaaa. Aku nak ikut jugak. Babi asyik tinggal aku kat Malaysia je. Dah la dengan Anthony". Andy acah merajuk.

"Ye la dengan aku tak nak. Dengan orang lain nak!!!!". Kuat suara Anthony dari dalam bilik.

"Halaa merajuk ke tu?!!!".

"Diamlah sial!!!". Mereka semua tergelak melihat Andy. Kalah budak.

"Aku balik sana sekejap. Esok lusa aku datang sini balik". Alec memandang Magnus disebelahnya. Dah pehal senyap je?

Mereka memandang Magnus yang menunduk. Alec menolak kepalanya sedikit. Terhambur tawa mereka melihat Magnus yang sedang tidur.

"Patutlah senyap kemain. Tidur rupanya". Andy duduk di sebelah Magnus.

Alec tersenyum. Comel jugak tengok muka Magnus tidur ni. Clare memegang bahu Alec. Alec memandang lalu mengangkat keningnya.

"Angkatlah dia bawak masuk bilik".

"Bilik mana pulak aku nak bawak ni? Semua bilik dah penuh".

"Tumpang bilik kau kan senang". Alec mengeluh lalu mengangkat Magnus. Wuish ringan gila. Alec hampir jatuh ke belakang. Tak sangka ringan Magnus ni.

Nasib baik biliknya di tingkat satu. Emma menolong Alexandra masuk ke biliknya selepas kelibat Alec dan Magnus hilang.

"So aku nak pergi kerja. Aku mintak shift malam harini. Bye Andy". Clare mencapai begnya dan berlalu pergi.

"Byeeee".

Clare masuk ke dalam kereta dan terus berlalu pergi.

Dia turun dari keretanya. Masih awal untuk shiftnya tapi dia tetap mahu masuk. Banyak kerjanya yang belum siap lagi.

Bukk!

Dia terlanggar seseorang dan terjatuh. Clare menggosok belakangnya. Dia memandang orang yang dia terlanggar.

"Oh saya minta maaf".

"Awak?". Jack memandang muka Clare.

"Oh awak Clare kan?". Dia mengangguk.

"Saya minta maaf sangat. Saya tak sengaja langgar awak". Clare bangun dan menunduk.

"Oh tak apa. I'm in hurry too anyway. I'm Jack by the way. Jack Ithuriel". Clare mengangguk.

"I'm.. ".

"Clarissa right? I'm your boss's partner". Clare mengangguk dan tersenyum.

"Saya nak cepat ni. Nice to meet you".

"Eh jap. Can I meet you again?". Jack menarik lengan baju Clare.

"Sure. I'll be here anyway". Clare melambai tangan dan meninggalkan Jack.

Jack memandang kelibat Clare yang sudah hilang. Dia dah lama kenal Clare tapi ni baru kali pertama dia bercakap dengan Clare.

"Sir?". Jace menepuk bahu Jack. Jack mengangkat keningnya.

"We found out who she live with". Jack mengangguk.

"But it seems they may have some problems".

"Search the place. I want to meet them". Jace mengangguk dan berlalu pergi. Jack tersenyum dan masuk ke dalam pejabatnya.

You're BeautifulWhere stories live. Discover now