Bab 46

282 5 0
                                    

Emma menguap. Sudah dua hari dia berada di dalam bilik tersebut. Lyon sahaja yang datang untuk bagi makanan.

"Lyon! Aku nak air!".

Selang beberapa minit kemudian, Lyon masuk ke dalam bilik tersebut membawa air botol mineral. Jelas kelihatan mukanya dipakaikan foundation.

"Kau okay tak ni?".

Emma rasa bersalah sebab asyik menyuruh Lyon. Lyon tersenyum walaupun terdapat kesan lebam di hampir keseluruhan mukanya.

"Aku okay".

Dia keluar setelah Emma habis meminum air mineral tersebut. Lyon perlu menghadap perempuan kerana dia fikir Lyon menipunya.

Kono memandang Lyon dengan penuh benci. Lyon adalah punca hidup dia merana. Keluarga Lyon yang membunuh ayahnya.

"I give you a chance to live. But what did you give me? Nothing but shits". Dia menyepak kepala Lyon.

Lyon hanya diam. Tak ada guna nak lawan. Dia terhutang budi sebab Kono yang jaga dia selepas ayahnya dibunuh.

Kono meninggalkan Lyon. Lyon hanya mampu mengeluh. Dia mengambil aid box yang terletak di rak. Lukanya dibersihkan.

Alec menelan dua biji pil paracetamol. Kepalanya kerap sakit sejak beberapa minggu ni. Dia menundukkan kepalanya.

Magnus membawa air halia yang Alexandra buat. Dia meletakkannya di atas meja Alec. Tangannya ditarik lembut. Magnus menahan badan Alec yang hampir terjatuh.

"Hey are you okay?". Alec diam.

Dahi Alec dipegang. Magnus menolak lembut badan Alec supaya bersandar di kerusinya. Dia menyuruh Isaac menelefon doktor.

Magnus menyuruh Alec baring di sofa. Alec cuba membuka tali lehernya tapi terlalu lemah. Magnus membukakannya untuk Alec.

Sylvester melihat Magnus duduk di sebelah Alec sambil memicit kepalanya. Dia tersenyum sendiri. Dah dua hari dia duduk di rumah Alec.

"Hey what are you looking at?". Isaac mendekati Sylvester.

"Nothing".

Isaac melihat Magnus dan Alec di dalam pejabat Alec. Dia memandang kelibat Sylvester yang masuk ke biliknya. Mereka berkongsi bilik.

Sylvester duduk ditepi katil Isaac. Kepalanya diletakkan di atas bantal. Isaac menolak pintu biliknya dengan perlahan. Dia mencakung disebelah Sylvester.

Bunyi hembusan nafas Sylvester jelas didengar. Isaac memegang bahu Sylvester. Sylvester tersentak. Dia memandang Isaac.

"Okay tak ni?". Isaac memandang muka Sylvester.

"I'm fine. Please leave me".

Sylvester menggenggam bantal yang berada di ribanya. Isaac memandang tangan Sylvester yang menggigil. Dia mengangguk.

Isaac bangun dan menutup pintu. Dia mengunci pintunya dan duduk semula di sebelah Sylvester. Sylvester memandang muka Isaac.

"I'll help you".

Selepas hampir 30 minit, doktor Azril sampai di rumah Alec. Alexandra segera bawanya berjumpa dengan Alec.

Isaac dan Sylvester keluar dari bilik. Mereka menunggu doktor selesai memeriksa Alec. Emanuel, Andy dan Anthony masuk ke dalam rumah.

You're BeautifulWhere stories live. Discover now