Bab 47

343 8 1
                                    

"Fucking get your gun off his head!!".

Alexandra menendang perut Lev sehingga dia tersungkur ke belakang. Anthony menahan badan Lyon dari jatuh.

Alexandra terus berlari ke arah Emma. Dia membuka ikatannya dan terus memeluk Emma.

"Cassie..".

"The car, Emanuel! Now!". Alexandra mengangkat badan Emma.

Anthony juga mengangkat badan Lyon dan diletakkan di tempat duduk belakang. Alec memecut laju setelah Alexandra masuk ke dalam kereta.

"Emma wake up. Don't leave me yet". Alexandra berkata dengan suara yang perlahan.

Alexandra memeluk erat badan Emma. Dia mengelap muka Emma yang penuh dengan kesan darah.

"Cassie..". Alexandra memandang Emma.

Emma mengelus muka Alexandra. Betapa gembiranya dia melihat muka orang yang dia sayang berada dengannya sekarang.

Air mata Alexandra sudah berjurai turun. Dia memeluk Emma sambil menahan sakit di dada. Sungguh dia bersyukur Emma masih hidup.

Emma masih dalam koma. Terdapat beberapa tulang di dalam badannya yang patah jadi dia tidak boleh bergerak sekurang-kurangnya seminggu.

Alexandra mengeluh sambil memegang kepalanya. Lev duduk disebelah Andy dengan muka yang berlebam.

Lyon berada disebelah bilik Emma. Dia mengalami pendarahan dalaman akibat sering dipukul oleh Kono dan tiada kecederaan yang boleh mengakibatkan maut.

Alexandra menyuruh Alec dan yang lain untuk balik dahulu. Dia nak jaga Emma sampai dia sedar. Alec hanya ikut apa yang Alexandra mahu.

Alexandra masuk ke dalam bilik Emma. Dia duduk di atas katil Emma. Dia mengusap muka Emma dan menghembus nafas lega.

"Why were you lying to me? You said you love me then why?".

Alexandra mengenggam tangan Emma secara perlahan. Air matanya mengalir tanpa henti.

Seminggu berlalu, Emma akhirnya sedar dari koma. Alexandra membawa makanan yang dibuat dan diletakkan di atas meja.

"Thank you".

Emma tersenyum dengan mukanya yang pucat. Alexandra mencium dahinya dan membuka bekas makanan tersebut.

"Cassie? Saya nak jumpa Lyon". Emma memandang muka Alexandra.

"Lepas awak habis makan, saya bawa awak jumpa dia".

Alexandra mencium tangan Emma. Dia melihat muka Emma dengan senyumannya yang cerah walaupun masih pucat.

Anthony membuka pintu bilik Lyon. Lyon diberikan ubat pelali supaya dia tidak selalu menggerakkan badannya. Dia duduk di atas kerusi bersebelahan katilnya.

Lyon membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Topeng oksigennya dibuka dan diletakkan dimeja bersebelahan katilnya.

"Care to explain?".

Lyon memandang Anthony yang duduk disebelah katilnya. Terdapat beberapa fail tentang ahli-ahli tetap kumpulan Kono.

"I'm sorry. I didn't mean any harm to her".

Anthony meletakkan fail tersebut di atas meja. Dia duduk bersila di hadapan Lyon. Lyon duduk menghadap Anthony.

"Soalan aku satu je. Kenapa kau buat semua ni? Kau tahu dia adik kau kan? Dah tu kenapa kau buat?".

Lyon menggosok kepalanya. Anthony membelek fail keluarga Lyon dan meletakkannya di hadapan Lyon. Lyon memandang Anthony.

"Aku hanya buat apa yang Kono arahkan. Dia beli aku. Dia tuan aku". Lyon menunduk.

"Aku tahu cerita dia tapi aku nak dengar kau punya cerita".

Anthony membuka air tin kopi yang dibelinya tadi dan diberikan kepada Lyon. Lyon menyambut hulurannya dan meneguk sedikit air tersebut.

"Emma tak sepatutnya tahu tentang hubungan kitorang. Aku jauhkan diri dari dia. Aku buat dia benci aku. Aku tak nak dia jadi mangsa Kono. Aku sayang dia".

Air mata Lyon jatuh sedikit demi sedikit. Anthony mengambil air tin yang dipegang oleh Lyon dan diletakkan di atas meja.

"Ayah aku jual aku pada Kono lepas Emma masuk umur 8 tahun. Kono penyebab kebakaran besar keluarga Redmayne. Emma bernasib baik sebab waktu tu dia ada kat padang belakang rumah".

Pintu bilik Lyon dibuka dari luar. Emma memandang Lyon dengan air matanya yang bergenang dan hampir keluar. Alexandra hanya mendiamkan diri.

"Kau cakap apa? Ayah jual kau?". Lyon menunduk.

"Lyon! Aku tanya kau sekarang ni?!". Emma menarik kolar baju Lyon.

Alexandra dan Anthony cuba menenangkan Emma. Air matanya jatuh akibat rasa marah yang banyak. Lyon tidak mampu memandang muka Emma.

Alexandra dan Anthony menurunkan tangan mereka selepas Emma melepaskan baju Lyon. Alexandra mengajak Anthony keluar dari bilik.

"Ayah kata kau tinggalkan kitorang sebab kau tak sanggup duduk dengan kitorang. Ayah kata kau bunuh ibu".

Emma duduk di atas katil Lyon. Dia mengelap air matanya. Lyon tidak berganjak. Dia tidak memandang muka Emma langsung.

Emma memeluk Lyon. Sedikit demi sedikit air mata Lyon keluar. Emma rasa bersalah kerana selama ni tidak berusaha mencari Lyon.

Lyon menangis sepuas hatinya di dalam dakapan Emma. Penantiannya selama 10 tahun akhirnya tamat. Emma mengeratkan lagi pelukannya.

"Tolong jangan tinggalkan aku lagi". Lyon mengangguk.

Emma mengelap air mata Lyon. Mereka berdua tersenyum melihat muka masing-masing yang sudah sembab mata kerana menangis.

"Apa yang Kono buat kat kau?". Alexandra bertanya dengan dingin.

Badan Lyon mula menggigil. Emma merasa badannya menggigil dan menggosok perlahan badannya. Dia memandang Alexandra dan menggeleng kecil.

"Anyone who hurt my family, hurt me too. What you did wasn't your fault. I'll kill that bastard". Alexandra berkata dengan suara yang mendatar.

Emma suruh Anthony jaga Lyon ketika ketiadaan mereka. Anthony hanya mengikut cakap Emma dan duduk di sebelah Lyon.

Anthony memandang Lyon yang masih lagi menggigil. Dia menggosok lehernya dan duduk berhadapan Lyon.

Anthony menarik Lyon ke dalan dakapannya. Dia meletakkan kepala Lyon di dadanya. Badan Lyon berhenti menggigil selepas beberapa minit.

"Aku minta maaf. Aku tak patut tinggalkan kau dulu".

Lyon terlelap selepas badannya berhenti menggigil. Anthony meletakkan semula badan Lyon ke posisinya yang asal dan menutup badannya dengan selimut. .

Anthony membuka laptopnya dan mula mencari maklumat yang terkini tentang Kono. Dia tak akan biarkan pokok pisang berbuah dua kali.

You're BeautifulDove le storie prendono vita. Scoprilo ora