Bab 23

662 16 0
                                    

Alexandra melihat Andy yang tak berhenti berpusing dari tadi. Makin pening dia tengok. Emma dan Clare hanya tersenyum.

"Dah la tu Andy. Dorang dah jumpa kan".

"Masalahnya.. ".

Bukkk!!

Alec menendang pintu sambil mendukung Magnus. Dia meletakkan Magnus di dalam biliknya. Dia keluar dari bilik Magnus dan terus menuju ke arah Andy.

Andy berlari masuk ke dalam lif. Dia menekan nekan butang yang ada. Alexandra dan yang lain tergelak melihat muka Andy. Tahu kau kecut.

"Shit!! Time time macam ni jugak kau lambat tutup!".

Alec menahan pintu lif tersebut. Andy menelan liurnya.

"Dah la tu, Alec. Mati Andy nanti". Alexandra menepuk bahu Alec.

"Kau bertuah harini". Alec membisik. Meremang bulu roma.

Emma dan Alexandra turun ke bawah. Mereka berdua sudah bersiap untuk keluar. Clare dah masakkan nasi goreng untuk mereka.

"Aku pergi kerja dulu. Bye!". Clare meninggalkan mereka.

"Alec!! Aku nak keluar dengan Emma boleh?".

"Bawa kereta aku". Alec menghulurkan kunci keretanya. Alexandra mengambil.

Alexandra menarik tangan Emma perlahan. Emma hanya mengikut Alexandra.

"Kita nak ke mana ni?".

"Saya nak berdua dengan awak je". Emma tersenyum.

Alexandra membuka pintu kereta untuk Emma. Emma tersenyum dan terus masuk. Alexandra masuk ke dalam kereta dan terus memecut.

Mereka sampai ke kedai Starbuck. Emma turun dari kereta. Mereka memesan air yang biasa.

"Kenapa tiba-tiba nak berdua ni? Kat rumah kan boleh je berdua".

"Awak tak suka ke saya bawa awak keluar?". Alexandra membuat muka sedih.

"Eh tak. Saya suka je. Tapi saya tertanya".

Alexandra memegang dagu Emma dan mencium lembut bibirnya. Emma memandang sekeliling lalu menepuk bahu Alexandra.

"Kita kat public ni awak!!". Muka Emma memerah.

Alexandra tergelak melihat muka Emma. Emma menunduk. Alexandra bangun dan menarik Emma keluar dari kedai.

Mereka masuk ke dalam kereta. Alexandra membawa kereta keluar dari kawasan parking.

"Ada satu tempat saya nak tunjuk". Alexandra senyum.

Dia mengambil tangan Emma dan meletakkannya di tempat menukar gear. Alexandra memegang tangan Emma sambil menukar gear kereta.

Emma tertidur dengan tangannya yang masih memegang tangan Alexandra. Alexandra tersenyum melihat muka Emma.

Selepas dekat 1 jam mereka di atas jalan, mereka sampai di satu taman. Alexandra mengejut Emma dari tidurnya. Emma menggosok matanya.

"Kita kat mana?".

Alexandra senyum dan menarik tangan Emma. Taman tersebut agak tersembunyi dan tak ramai yang tahu tentang taman ni.

"Awak bawak saya ke mana ni?".

"Dah nak sampai dah".

Alexandra menarik sedikit semak-samun. Ada satu bangku di hadapan tasik yang terbentang luas. Emma tersenyum.

"Wow tempat apa ni? Lawanya".

Emma duduk di atas bangku yang ada. Alexandra duduk di sebelah Emma.

"Ni tempat saya lepaskan stress. Tempat ni bersih. Tenang. Aman. I like it". Alexandra memandang tasik.

"And I want you to like it too". Alexandra menggenggam tangan Emma.

Emma turut memandang tasik. Emma memeluk Alexandra dan memejamkan matanya. Dia perlukan ketenangan selepas apa yang jadi pada mereka.

Alexandra mengangkat Emma dan meletakkan dia di atas ribanya. Mereka menghadap satu sama lain. Alexandra mencium lembut bibir Emma.

Emma memeluk erat Alexandra. Dia turut membalas ciumannya. Alexandra mengundur dan senyum.

"I hope this will never end".

Alexandra mencium dahi Emma. Emma tersenyum lalu mengangguk. I hope so.

Alec mencekik leher Andy. Dekat 1 jam mereka macam tu. Zach dan Gadreel sudah keluar ke bengkel. Magnus masih belum bangun.

"Lepas! Alec! Ak.. Aku tak ada nafas!!". Andy cuba menolak Alec.

"Mampus kau mampus!! Kau tak layak hidup!". Alec menggoncang kepala Andy.

Alexandra dan Emma yang baru masuk terdiam melihat mereka. Alexandra mendekati mereka. Dia menarik telinga Alec dan Andy.

"Ahhh sakit! Sakit!".

"Okay aduh sakit. Cassie lepas!".

Alexandra melepaskan telinga mereka. Alec dan Andy menggosok telinga masing-masing.

"Aku keluar tak sampai tiga jam. Tengahari pun tak sampai lagi!! Korang ni tak boleh behave ke?!!".

Alexandra membebel pada Alec dan Andy. Pasrah je muka dorang. Emma dan Anthony tergelak.

Magnus keluar dari biliknya. Dia melihat Andy dan Alec yang duduk di bawah sambil kena marah dengan Alexandra.

Magnus mengheret selimutnya. Dia mendekati Alexandra dan berdiri di belakangnya. Alec masih lagi tak perasan. Emma dah tergelak.

Magnus kelihatan serupa budak 5 tahun. Dia tergelak memandang Alec kena marah.

Alec mendongak. Magnus tersenyum memandangnya. Muka Alec memerah.

"Stop acting like children! You guys are not one of them!!". Alexandra mengetuk kepala mereka.

"Emma jom naik". Alexandra meninggalkan mereka.

Magnus tergelak melihat mereka berdua. Alec berdiri menghadap Magnus.

"W-what are you doing up from bed?". Dia menggosok kepalanya.

"That's cute".

Magnus senyum. Muka Alec makin merah. Telinganya juga memerah.

"G-go back to sleep. Call me if you need anything". Alec menolak lembut belakang Magnus masuk ke dalam biliknya.

Alec menghela nafas lega. Andy dan Anthony tergelak melihat Alec. Dia menunjukkan jari 'fuck' dan masuk ke dalam pejabatnya.

Emma memeluk Alexandra. Alexandra membalas pelukannya sambil membaca buku.

"Cassie?".

"Hm??".

"Awak tak bosan ke tiap hari hadap muka saya?".

"Kenapa awak tanya?". Alexandra masih membaca bukunya.

Emma diam. Alexandra menutup bukunya. Dia menggosok kepala Emma.

"Tak. Saya tak bosan nak hadap awak tiap hari. Sebab awak orang yang saya sayang. Saya tak kan bosan".

Alexandra memeluk Emma erat. Emma tertidur dalam pelukannya. Alexandra turun ke bawah untuk masak makanan tengahari. Dia membiarkan Emma tidur.

Emma bangun dari tidur. Dia melihat telefonnya. Dah pukul 2 petang. Dia memandang tepinya. Alexandra dah turun la tu.

Emma bangun dan turun ke bawah. Alexandra baru sahaja jejak anak tangga pertama. Dia tersenyum melihat Emma.

"Jom makan". Alexandra menarik lembut tangan Emma.

Semua orang dah ada di meja makan. Mereka menunggu Emma dan Alexandra turun.

"Cepatlah. Perut aku dah berbunyi ni".

Andy dan Gadreel meletakkan kepala mereka di atas meja. Alec dan Magnus hanya tersenyum.

"Jap aku ambil nasi".

Andy dan Gadreel makan dengan gelojoh. Lapar sangat tu.

You're BeautifulOù les histoires vivent. Découvrez maintenant