Part 21: Tawar

42.7K 250 21
                                    

Selepas seminggu perkahwinan ayah dan mama, setiap malam kami menerima kunjungan saudara mara yang datang ke rumah. Sepanjang tempoh itu juga aku tidak pernah melihat ayah dan mama melakukan hubungan seks. Mungkin sebab kedua-duanya penat. Siang mama kerja, ayah pula keluar bersama kawan-kawannya. Tidak kurang juga dengan tetamu yang datang bermalam di sini, baik keluarga sebelah mama ataupun ayah.

Kami tak kisah pun siapa nak tumpang bermalam di sini. Buat apa nak berkira, kan semua dah jadi satu keluarga. Hubungan antara satu sama lain sudah jadi begitu akrab hinggakan ada di antara anak saudara mama atau saudara mama sendiri akan singgah lepak sekali atau dua kali dalam seminggu. Pendek cerita, rumah kami sentiasa meriah dengan kunjungan tetamu.

2 minggu berlalu, rutin mama dan ayah masih tak berubah. Tetap sama. Bersua muka hanya malam, itu pun masing-masing dah penat. Siang masing-masing ada hal sendiri atau jika ada di rumah sekali pun mesti kena layan tetamu. Pagi Sabtu, sekitar jam 4.30 pagi aku dengar ketukan di pintu bilik aku. Cepat-cepat aku capai baju dan selimutkan Isaac sebelum aku bangun menghampiri pintu. Oh ya..si Isaac ni pun dah buat rumah ni macam rumah sendiri. Pantang ada cuti, suka hati dia je nak 'melawat' kesayangan dia ni. Okay back to story.

Aku membuka pintu dan melihat mama sudah berbaju korporat dan bertudung. Terkejut juga aku. Aku terlajak tidur ke apa? Aku tanya mama pukul berapa waktu itu. Awalnya..

"Mama nak gi mana awal-awal ni? Ada apa mama?"

"Mama kena pegi Terengganu sayang. Ada event dengan YB XX untuk pelancaran XX. Tolong mama boleh?"

"Tolong apa ma?"

"Hantar mama pergi airport sayang? Boleh?"

"Sekarang ke mama? Ayah mana?"

"Ayah tidur lagi. Mama malas nak kejutkan"

Dalam fikiran aku tertanya-tanya. Mama dengan ayah ni gaduh ke apa? Macam pelik je.

"Okay la. Mama bagi Lia siap-siap jap eh. Flight mama pukul berapa ni?"

"Pukul 7, Lia. Takpe lah Lia siap-siap dulu, nanti sudah turun lah ye. Mama tunggu bawah tau. Thanks sayang Mama"

Aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Aku sebenarnya agak keberatan juga untuk bangun, lebih-lebih lagi bila kena drive. Mujur sayang. Dengan malasnya aku mencapai tuala untuk cuci muka dan berus gigi. Aku tidak mengambil masa lama, mana tahan, sejuk pagi-pagi buta. Sebaik sahaja selesai, aku masuk ke bilik. Ya Tuhannnnn..sejuk yang amat bilik ni. Dah macam ais. Yelah semalam mana rasa sejuk macam ni, dua-dua dah berpeluh macam lepas join marathon. Hehehe

Aku naikkan sedikit suhu. Risau jugak buah hati ni nanti mati kesejukan. Hahaha

Aku masih menggigil, kaki dan tangan aku kesejukan. Aku pandang Isaac, aku belai rambutnya, sentuh pipi dan sempat aku hadiahkan sebuah ciuman selamat pagi. Isaac terjaga, menggeliat, terkebil-kebil melihat aku.

"Sayang, I hantar mama pegi KLIA2 tau. Sayang tidur lah. Sorry kacau you sampai terjaga"

"Mama pegi mana? Ayah?"

"Mama cakap pegi Terengganu tadi. Ayah tidur lagi"

Lama Isaac terkebil-kebil pandang aku. Muka dia berubah agak serius.

"Maksud you, you kena drive hantar Mama ke ni?"

Aku sarung sweatpant yang aku pakai semalam. Aku capai sweatshirt dengan warna yang sama dan aku sarungkan. Dengan harapan tidaklah aku kesejukan.

"Ye sayang. Tidur lah. I nak gerak dah ni"

"Eh kejap. No no. Tunggu I. Bagi I siap. Bahaya drive sorang-sorang. You tunggu I"

Ayah dan Mak NahWhere stories live. Discover now