Part 22: Kasih Sepantun Tulisan Pinggan

48.1K 279 43
                                    

Beberapa jam kemudian, aku terjaga. Telefon yang sudah beberapa kali berdering cukup membuatkan telinga aku bingit dan mood untuk tidur juga terganggu. Dengan mata yang masih terpejam, tangan aku mengagau mencari telefon. Nombor tidak dikenali.

"Siapa pulak nii. Memang tak boleh tidur aman ke harini??"

Aku tidak menghiraukan dan kembali tidur. Baru nak dibuai mimpi, telefon aku berdering sekali lagi. Aku sudah betul-betul fed up, aku menjawab dengan nada yang agak kasar.

"Hello. Siapa?!"

"Err..hello. Assalamualaikum. Lia?"

Eh perempuan mana pulak ni?

"...waalaikumsalam. Ye? Siapa ni?"

"Lia. Maaf ganggu. Ni Aunty Mariam"

"Eh sorry aunty. Ingatkan siapa tadi. Sebab Lia tukar phone baru. Banyak nombor Lia tak save lagi. Aunty apa khabar?"

"Alhamdulillah. Aunty sihat je. Lia sihat?"

"Lia okay je aunty. Sibuk kerja je selalu. Macam biasa"

"Alhamdulillah..ni Lia, aunty call tadi nak tanya Lia sesuatu"

"Ada apa aunty?"

"Macam ni..Jumaat depan jemaah surau kat sini nak buat bacaan Yaasin dan tahlil ramai-ramai. Kot-kot Lia nak join sekali untuk arwah mak Lia."

"Ohh.. Jumaat depan eh aunty. Jap bagi Lia tengok jadual Lia dulu ye."

"Aunty bukan apa Lia. Aunty pun buatkan sekali bahagian batchmate kami dulu. Itu yang aunty teringat sekali dengan mak kamu."

"Terima kasih sangat aunty. Alhamdulillah. Lia free minggu depan."

"Kena lah tu Lia. Boleh lah jumpa Lia sekali nanti. Lama dah tak jumpa Lia. Ajak lah ayah Lia sekali nanti."

Aunty Mariam ni nak jumpa aku ke nak tengok ayah sebenarnya ni. Oh lupa pula nak bagitahu. Aunty Mariam ni kawan rapat arwah Mak masa zaman muda-muda dulu. Aunty Mariam pernah menyimpan hati kat ayah tapi dalam masa yang sama ayah dah jatuh cinta dengan mak. Aunty Mariam tak sampai hati untuk menghancurkan perasaan kawan rapatnya sendiri lalu aunty Mariam pun membawa diri dan akhirnya bertemu jodoh dengan askar dari Perak. Namun jodoh tak panjang selepas mengetahui bahawa Aunty Mariam tidak mampu memberikan zuriat. Ayah pernah membuka hati untuk Aunty Mariam selepas arwah Mak meninggal. Selepas itu, aku pun tidak pasti arah hubungan mereka.

"InsyaAllah aunty. Tapi aunty. Lia rasa Lia boleh balik betul-betul hari Jumaat tu. Takut tak sempat pulak nak masak untuk sedekah nanti."

"Itu Lia jangan risau. Kalau Lia nak, Lia boleh bank in dekat aunty. Nanti aunty tolong uruskan."

"Boleh ke aunty? Sorry tau susahkan. Nanti aunty bagi nombor akaun bank untuk Lia transferkan duit."

"Boleh Lia. Nanti aunty hantarkan. Jumpa Lia minggu depan ye. Maaf ganggu Lia tadi"

"Eh takpe lah aunty. Terima kasih sangat tau."

Selepas mendapat nombor akaun Aunty Mariam, aku terus memindahkan sejumlah wang untuk Aunty Mariam uruskan hidangan buat jemaah surau nanti. Setelah selesai aku segera ke bilik ayah untuk memberitahu mengenai perkara tersebut.

************************************************

Hari berganti hari, akhirnya tiba masa untuk aku dan Ayah pulang ke kampung untuk beberapa hari. Mama pun sudah kembali ke rumah tetapi hubungan Mama dan Ayah masih dingin. Aku sudah menyuarakan rancanga untuk pulang ke kampung kepada Mama. Tetapi Mama memilih untuk tinggal di rumah sahaja bersama Kak Zira. Isaac pula pada awalnya ingin mengikuti aku dan Ayah ke kampung tetapi dia ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Ayah dan Mak NahМесто, где живут истории. Откройте их для себя