Bab 1: Penderitaan

5.5K 226 18
                                    

"Argh!"

Kedengaran bunyi seorang gadis yang sedang mengerang kesakitan.

Tumbukan dan tendangan yang diterima bertalu-talu betul- betul menyakitkan tubuh gadis itu. Sang penyerang langsung tidak memberi sedikit pun rasa belas.

Si gadis mencuba untuk melawan dan membalas serangan tetapi gagal. Akhirnya, gadis itu rebah setelah menerima pukulan yang kuat di kepalanya.

Pergerakannya terkunci di atas lantai setelah ditahan oleh lelaki yang menyerangnya. Kepalanya dibasahi oleh darah merah pekat yang mengalir.

"Lepaskan... Lepaskan aku!" teriak si gadis meminta untuk dibebaskan. Dia meronta-ronta.

Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan itu.

"Lepaskan kau? Boleh.. boleh cik adik manis, tapi kau kena bagitau dulu apa yang aku mahukan dari tadi," balas lelaki itu.

"Huh... Kau tak faham-faham lagi ke?! Aku lagi sanggup mati daripada pecahkan rahsia sulit MATA! Lepaskan akulah, sial!" bentak si gadis. Hanya kata-kata kasar yang diterimanya.

Lelaki itu memandang lawannya dengan penuh kemarahan. Sudah lama dia bersabar dengan gadis itu tetapi sekarang dia sudah tidak dapat bertahan lagi.

"Oh, begitu ya? Kalau macam tu, aku rasa kau betul-betul nak kena ajar oleh Jason. Sebab aku nampak kau ni macam tak pernah belajar langsung. Tapi malangnya aku ni garang tau bila mengajar budak lebih-lebih lagi budak biadab macam kau," kata lelaki yang bernama Jason itu.

Tubuh gadis itu disepak dengan kuat. Si gadis hanya mampu mengaduh kesakitan. Kemudian, belakangnya dipijak-pijak.

"ARGH!!!"

Jeritan kuat gadis itu menyedarkan seorang lelaki muda yang terbaring di satu sudut. Dia terbangun daripada pengsan akibat kecederaan teruk yang dialaminya.

Lelaki itu cuba melihat persekitarannya dengan lebih jelas tetapi pandangannya kabur kerana darah yang mengalir melalui kelopak matanya.

Dia terlihat seorang gadis berselendang hijau sedang mengerang kesakitan dan dipukul oleh seorang lelaki yang kelihatan berusia hujung 20-an.

Tiba-tiba, Jason mengambil lengan kanan si gadis yang sedang meniarap di atas lantai.

Dalam keadaan yang lemah,batin lelaki muda itu menjerit.

Tidak! Jangan sakiti dia! Apa kau nak buat?! Lepaskan dia!

"Ah, aku terlupa pula. Tangan kau ni pun kena dipatah-patahkan sekali," kata Jason sambil tersenyum seringai.

"Jangan-Gyarghh!!!" jeritan kuat gadis itu langsung tidak diendahkan oleh Jason. Boleh didengari bunyi segala tulang-belulang yang patah.

Segala kekasaran dilakukan tanpa secebis rasa belas.

"Alicia!!"

Jason yang sedang asyik menyeksa Alicia terkejut mendengar bunyi teriakan lelaki tersebut. Dia segera menoleh ke arah jeritan tadi.

Alicia yang berada dalam keadaan yang lemah dan sedang menangis kesakitan juga turut terkejut, dan menghalakan pandangannya ke arah yang sama walaupun rasa sakitnya bagai nak mati.

'Ali!?' hanya hatinya yang mampu bersuara.

Kelihatan Ali sedang berdiri dengan darah yang banyak melumuri tubuhnya. Kepalanya juga berdarah menyebabkan IRIS turut dibasahi cecair merah pekat.

Dalam keadaan itu, dapat dilihat cahaya yang menerangi kaca mata yang dipakai oleh Ali.


















Override Mode.

















Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now