Bab 26 :Kaunselor

1.6K 140 32
                                    


Sudah dua minggu berlalu sejak insiden itu tetapi Alicia masih belum pulih sepenuhnya. Dia masih perlu mendapatkan rawatan.

Sepanjang tempoh itu, dia dibenarkan untuk keluar masuk base dan akademi MATA tetapi dia dilarang untuk mengikuti mana-mana latihan atau misi, kerana khuatir kecederaannya menjadi semakin serius.

Cuma ada satu perkara pelik tentang Alicia.

"Kau tak rasa ke Alicia tu dah jadi lain sikit?" Tanya Khai.

"Lain macam mana?"Moon membalas soalan Khai dengan soalan.

"Ish, kau ni... Kau dah lupa ke masa kita terjumpa Alicia hari tu kat akademi? Dia macam tak banyak bercakap. Paling-paling pun senyum je," kata ejen berkaca mata bulat itu.

"Eh, ha'ah lah. Aku pun rasa macam tu. Dia selalu tunduk je. Cakap pun bila betul-betul perlu," Moon bersetuju dengan kawannya.

Ali yang sedang duduk bersama mereka hanya diam dan mendengar. Mahu mencelah tetapi dia rasa itu tidak perlu.

"Ali, kau tau tak apa-apa pasal ni?" Soal Khai.

"Hah? Tau? Tau apa?" Ali segera mengangkat kepalanya.

"Pasal Alicia. Kau tak rasa ke dia macam dah berubah sikit?" Soalnya lagi.

"Entah. Macam sama je," Jawab Ali acuh tak acuh. Dia memandang ke luar tingkap. Elak bertembung mata dengan Khai.

Bukannya dia tidak tahu dengan perubahan Alicia baru-baru ini. Malah dia tahu mungkin dialah punca Alicia berkelakuan seperti itu.

Alicia asyik termenung sendirian dan banyak berdiam diri. Bila berbual pun lebih banyak senyum, kurang bercakap. Tapi yang pasti bukan dengan dialah.

Bila terserempak tempoh hari, Alicia terus melarikan diri walaupun jarak antara mereka berdua sudah cukup jauh.

Alicia dah terluka sebab dia.

...

"Dr. Lily, boleh saya berehat sekejap?" Pinta Alicia.

"Eh, boleh... Sila, sila. Lagipun, mesti kamu penatkan staf perubatan asyik keluar masuk bilik kamu. Saya keluar dulu ya. Kalau ada apa-apa panggil saya," ramah sahaja Dr. Lily berbicara.

Sebelum dia keluar dari wad, Alicia sempat berterima kasih kepadanya. Sekarang wad itu kembali sunyi. Alicia bersandar pada katil.

Huish, bosannya. Takpelah, aku try tidur dulu, fikir Alicia.

30 minit kemudian, dia terjaga semula dari lena. Dengan penglihatan yang masih kabur, Alicia ternampak susuk tubuh seorang lelaki sedang duduk dia sofa. Matanya digosok beberapa kali.

Eh... Itukan...

"Ejen Bobby?"

Bobby yang sedang bermain dengan telefonnya memandang Alicia. Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada gadis dihadapannya. Dia bangun dan duduk di kerusi di sebelah katil Alicia.

"Apa kau buat kat sini?"

"Kenapa? Tak boleh ke aku nak lawat junior aku sendiri?"

Alicia yang mendengarnya hanya tersenyum senget.

"Bukan tak boleh, tapi ni dah masuk kali ke berapa entah kau datang... 4? 5?" Alicia cuba mengingat semula.

"4. Kau jangan pandai-pandai tambah. 5 tu untuk lusa pula," jawab Bobby. Selang sehari dua, Bobby akan melawat Alicia di MC MATA.

"Tapikan, kau ni macam banyak sangat free time je aku tengok. Kau takde misi ke?" Tanya Alicia lagi.

"Time aku takde misilah aku datang," kata ejen Inviso bersut putih itu.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now