Bab 19 :Hadiah

1.7K 141 19
                                    


Peperiksaan percubaab SPM dan peperiksaan pertengahan tahun akan bermula tidak lama lagi. Ramai pelajar sibuk sibuk mengulang kaji pelajaran, Ali dan Alicia juga tidak terkecuali.

Alicia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat teratas dan mengekalkan prestasinya dalam bidang akademik(kalau tak sungguh-sungguh pun dapat jugak). Alang-alang MATA dah bagi cuti pelepasan, dapatlah dia mengisi masanya dengan menghadiri kelas tambahan dan membaca buku rujukan.

Semasa Alicia sedang dalam perjalanan ke perpustakaan sekolah, ada seseorang sedang mengekorinya dari belakang. Dia mahu berjumpa dengan Alicia, tetapi oleh kerana terlalu teragak-agak dia hanya menyorok di belakang dinding dan tembok.

"Macam mana nak berdepan dengan dia ni? Minta tolong Viktor, dia ada hal dengan cikgu. Minta tolong orang lain? Diorang salah faham nanti habislah aku. Ya Allah... Apa mende aku tengah buat ni??"

Dia mengintai lagi dari sebalik dinding. Alicia sudah tiada lagi di situ. Dia menghembuskan nafas berat.

"Aduh... lambat sangat. Kan dia dah lari," katanya sambil melihat kotak berwarna kuning air yang ada di tangan.

"Siapa yang lari?"

Terkejut bukan main lagi apabila Alicia yang disangkanya sudah pergi kini berada disebelahnya. Dia segera mengucap.

"Apa awak buat kat sini?" tanya Alicia lagi.

"Tak... takde apa-apa," dia segera berpaling ke arah lain.

"Ali, tak payah sorok. Saya tau awak tu dari tadi ekori saya lepas tu menyorok je kat dinding,"

Kali ini Ali sudah tidak dapat mengelak. Dah kantoi. Explanation needed right now.

"Macam ni... Bukan niat saya nak menghendap-hendap macam ni, tapi..."

"Tapi apa?" Alicia seperti sudah tidak sabar-sabar mahu tahu. Dia memandang kotak kuning yang dipegang oleh Ali. Ali masih diam.

"Tapi apa? Cakap jelah!" desak Alicia.

"Tapi saya malu nak jumpa awak!"

Fuh... terlepas juga dari mulut Ali. Alicia yang mendengarnya ternganga sekejap.

Ali? Ketua pengawas? Malu jumpa aku?

Ali memejamkan mata dan bibirnya diketap kuat.

Argh... terlebih jujur pulak dah...

"Err... Nah,"

Ali cepat-cepat menghulurkan kotak kuning itu kepada Alicia.

Alicia hanya memerhati dengan penuh tanda tanya. Perlahan-lahan dia mengambil kotak itu.

Kemudian Ali terus pergi dari situ.

Aik? Apa kebendanya ni? Lepas bagi terus pergi macam tu je? Dia ni apahal? Desis Alicia.

Ada sekeping kad tertampal pada bahagian atas kotak. Dia terus membaca apa yang tertulis padanya.

Happy birthday Alicia

Fu... Fulamakk! Ali bagi aku hadiah la! Huwaa! Eh, boleh pulak aku lupa hari ni birthday aku? Dia pulak yang ingat!

Alicia terasa macam mahu lompat bintang di situ juga.

Eh, tak payahlah. Ada orang hehehe.

Tapi kelakar betullah bila dia gugup tadi. Merah-merah muka dia. Hahahaha.

Nasib baiklah Ali dah sembuh. Tapi sebab aku jugaklah dia cedera sampai masuk MC MATA. Sampai berapa hari entah kena tahan dalam wad...

Tiba-tiba Alicia teringat masa dia ternampak Yana dalam bilik pesakit Ali.

Okey. Kali ini senyuman Alicia mati terus. Taman bunga baru je nak mekar tiba-tiba terbakar.

Dia masih terasa hati sejak hari itu. Tapi untuk memastikan berita itu tidak tersebar, dia menghalang Iman daripada melihat apa yang berlaku di dalam dan mengelakkan diri dari bercakap mengenainya.

Meskipun dia masih marah, dia tetap cuba untuk melindungi Ali daripada fitnah.

Tapi hakikatnya dia masih kecewa.

...

"Macam manalah aku boleh tertinggal dompet ni kat sini? Benda penting macam ni pun...!"

Lewat petang itu, Alicia kembali ke akademi MATA kerana tertinggal dompetnya di kelas Neuro. Terpaksalah dia berlapar di sekolah pagi tadi gara-gara lupa bawa duit belanja.

Selepas tamat waktu sekolah, dia pulang ke rumah dan terus menuju ke akademi MATA walaupun badan dan kepala otaknya terasa letih yang amat sangat.

"Kalau hilang benda ni, mati aku," omel Alicia.

Semasa dia sedang berjalan di koridor, namanya tiba-tiba dipanggil oleh satu suara yang agak dikenali.

"Alicia! Kau ke tu?"

Alicia cuba mencari pemilik suara tersebut. Dia ternampak dua orang lelaki tidak jauh dati situ. Ejen Fit dan Bobby.

"Ya, kenapa?" tanya Alicia. Agak jarang dia berjumpa dengan mereka semasa berada di luar waktu misi. Bobby dan Fit berjalan semakin hampir dengannya.

"Hari ni hari jadi kau, kan? Nah, selamat hari jadi," ucap Bobby.

Seraya itu dia memberikan sebuah beg kertas berwarna silver kepada Alicia. Reben merah yang ada pada beg itu membuatkan Alicia semakin tertarik.

"Macam mana kau tahu? Terima kasih," walaupun dia terasa hairan, Alicia menerima sahaja pemberian Bobby itu.

"Exam kau makin dekat, kan? Good luck, belajar baik-baik. Tapi jangan paksa diri tu sangat tau," Bobby tidak menjawab soalan Alicia, sebaliknya dia ucap good luck kepada ejen Neuro itu.

Setelah itu, mereka melangkah pergi meninggalkan Alicia seorang diri.

Tadi tu pelik... Tapi sekurang-kurangnya aku dapat hadiah! Huahua.

Manalah Alicia tak gembira, hari ini sahaja sudah dua hadiah dia dapat, belum kira lagi hadiah daripada Mia dan rakan-rakan sekelasnya yang lain.

Eee... bestnya!

...

Setelah membersikan diri, Alicia duduk di birai katil sambil menyikat rambutnya yang masih basah.

Rambutnya masih macam dulu, rambut pendek ikut potongan Bob. Still comel dipandang hehe.

Mata Alicia melekat pada hadiah-hadiah yang terletak di atas meja belajar. Dia terus menuju ke meja itu dan duduk di kerusi.

Wau, tak sabarnya nak buka hadiah ni semua! Agaknya apa yang ada kat dalam, ya?

Alicia membuka hadiah pemberian rakan-rakan sekelasnya terlebih dahulu. Ada botol, alat tulis dan buku nota yang comel-comel semuanya.

Kemudian dia mengambil beg yang dihadiahkan oleh Bobby petang tadi. Dia mengintai isi di dalam.

Waa... Dompet ke ni? Comelnya!

Alicia mengeluarkan dompet itu dari beg kertas tersebut. Dompet bersaiz sederhana itu dibelek dan dibuka untuk melihat bahagian dalamnya.

Mulut Alicia tidak henti-henti menggumam 'cantiknya' 'wau' dan lain-lain. Dia betul-betul 'terpukau'.

Dompet berwarna baby blue bercorak buih putih dengan gambar kartun ikan paus comel. Siap ada glitter lagi. Alicia tersenyum sampai telinga.

Tiba-tiba dia teringat akan hadiah pemberian Ali. Dompet itu dimasukkan semula kedalam beg dan tangannya pantas membuka kotak berwarna kuning air itu.

Sehelai kain satin berwarna hijau zamrud dengan manik putih menjadi tatapan. Ada kad yang tertulis:

Maaf sebab kotorkan skarf awak.

"Apa benda ni?"

Alicia mengeluarkan kain tersebut dari kotak. Tapi dia langsung tidak menjangka hadiah yang diterimanya itu ialah...

"Eh... ini kan...?"

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Onde histórias criam vida. Descubra agora