Bab 13: Surprise

1.8K 117 32
                                    

Keesokannya, 8 hb April.

Alicia, Khai, Iman dan Moon sampai di MC MATA dan sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan mereka untuk menyambut hari jadi Ali. Walaupun ini hari jadi Ali, macam mereka pula yang terlebih teruja.

Belum sempat Khai bertanya di kaunter pertanyaan, Alicia memberitahu nombor bilik Ali kepada Khai.

"Bilik 804. Tak payah susah-susah tanya kaunter,"

Mereka yang lain mengangguk dan terus melangkah ke bilik yang dimaksudkan. Bilik Ali sekarang sudah berada di hadapan mereka.

"Okey, aku pegang kek. Alicia, kau pegang jus tu. Iman, Moon ambil belon seorang tiga," sambil itu Khai mengeluarkan kek dari kotak. Iman dan Moon sudah bersedia dengan belon berwarna-warni berisi helium di tangan.

"Eh, mana surat dalam balang tu?" Tanya Moon. Alicia mengangkat balang bersaiz sederhana yang ada di tangan kirinya. Itu hadiah kecil dari mereka untuk Ali.

Khai membuat final checklist, yang lain menyahut.

"Belon?"

"Check!" Iman dan Moon menggenggam tali belon.

"Confetti?"

"Check!" Moon menunjukkan bekas confetti di tangannya.

"Kek? Check!" sendiri tanya, Khai sendiri jawab.

"Juice?"

"Check!" sahut Alicia.

"Star jar with letter?"

"Check!" sahut Alicia lagi.

"Alicia?"

"Check!" sahut Iman dan Moon.

Alicia yang tidak tahu apa-apa memandang mereka bertiga silih berganti.

Misi: Surprise 2.0!

"Err, Alicia, aku rasa nak ke tandas sekejaplah. Sakit perut. Tolong pegangkan?"

Khai menghulurkan kek kepada Alicia. Iman dan Moon mengambil barang yang ada pada Alicia supaya dia boleh menyambut kek itu.

"Eh, takkanlah sekarang?" Alicia naik hairan dengan kelakuan Khai.

"Alicia, tolong pegang aku punya,"

Kali ini Moon pula mengikat salah satu belonnya pada lengan Alicia. Alicia semakin bingung dengan situasi sekarang.

"Iman, ketuk!" arah Khai.

Iman buat seperti apa yang disuruh. Serentak itu mereka bertiga berlari anak meninggalkan Alicia di depan pintu sendirian.

Alicia yang ditinggalkan bersama kek dan belon cuba mencerna apa yang berlaku. Belum sempat dia berbuat apa-apa, pintu bilik terbuka luas.

Matilah kau, Alicia!

Muncul Ali sedang berdiri dengan baju pesakit tersarung di tubuh sambil tangan kanannya menahan pintu bilik. Hairan melihat Alicia tercongok seorang diri dihadapannya.

Kenapa dia ada kat sini?

Alicia masih kaku dan berdiam diri dari tadi, tidak tahu apa yang perlu dibuat. Kepalanya mendongak dan matanya tidak lepas memandang Ali. Ali juga tidak melakukan sebarang pergerakan, seperti menunggu respons Alicia.

Cakap jelah apa-apa!

"A... Ali, Selamat hari jadi..." Akhirnya ada suara keluar dari mulut Alicia. Ali memandang Alicia sekilas.

"Bukan, maksud aku... Hai... eh, Betullah! Selamat hari jadi!" tiba-tiba Alicia membongkok 90 darjah dan tangan yang menatang kek diluruskan kehadapan. Macam orang Jepun minta ampun gayanya.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now