Bab 8: Mesyuarat Pengawas

2.1K 138 19
                                    


Pada hari itu, semua pengawas sekolah SMT Cyberaya diminta untuk menghadiri mesyuarat bulanan pengawas. Selepas tamat sesi pembelajaran, mereka perlu terus berkumpul di bilik persidangan sekolah.

"Alicia, petang ni awak ada mesyuarat pengawas, kan?"

"Ya. Mula dari jam 2 sampai jam 5 petang nanti,"

Pada waktu rehat pagi itu, Alicia dan Mia makan bersama-sama di 'port' mereka, di bangku di bawah pokok bersebelahan dengan padang sekolah.

Sejak tingkatan 1, di situlah tempat mereka biasa menghabiskan masa bersama-sama. 

Sengaja Alicia memilih tempat itu kerana pokoknya yang rendang, tambah lagi dengan tiupan angin yang nyaman.

"3 jam? Boleh tahan lama juga. Oh ya, mesti Ali yang akan kendalikan meeting tu, kan? Yalah, dah namanya abang KP (Ketua Pengawas) Sekolah..." Mia tersenyum-senyum sambil mengangkat sebelah keningnya melihat Alicia.

"Kau ni. Kat kepala kau tu asyik fikir pasal Ali ke? Viktor campak mana?" balas Alicia.

"Ali memang kat kepala, tapi Viktor ada kat hati..." Mia menunjuk ke arah jantungnya dengan mata yang terkelip-kelip.

"Eee... gatal,"

"Ala... Jangan risau, kau ambil je Ali sebab kawan dia aku cop dulu. Anyways, kau dengan Ali memang sepadan tau!" Mia masih tidak mahu berhenti mengusik Alicia.

"Mia, sudahlah tu," Alicia berusaha menunjukkan muka selamba.

Argh, Mia! Kalau orang lain dengar nanti macam mana? Siap kau aku kerjakan! 

"Jangan cakap yang bukan-bukan. Sejak bila aku suka dia?"

"Eleh, aku tak cakap pun kau suka dia? Kau ingat aku tak tau? Di mana ada Ali, disitu ada Alicia. Belum tambah lagi mata kau yang asyik melekat kat dia,"

Alamak kantoi...

Alicia buat-buat muka seposen. Mia pula mencebik kerana Alicia seperti tidak terkesan langsung.

"Eh, hari ni lain macam panasnya," Mia mengibas-ngibas tudungnya.

Yalah, memang panas. Detik Alicia. Rakan disebelahnya dipandang.

Mia sudah berkawan dengan Alicia sejak mereka berada di bangku sekolah rendah lagi. Dialah satu-satunya yang kekal setia menemani Alicia ke mana sahaja Alicia pergi.

Semasa sekolah rendah dahulu, tiada yang mahu berkawan dengan Alicia kerana perangainya yang terlalu serius. Akan tetapi Mialah orang pertama dan satu-satunya yang berani mendekatinya. Dan Alicia hanya boleh tersenyum dan ketawa dengan Mia.

Sejak masuk sekolah menengah, gadis India Muslim itu sudah memakai tudung sepenuh masa. Penampilannya tampak lebih ayu. Alicia teringat dulu rambut Mia selalu diikat dua tinggi-tinggi hahaha. Sekarang Mia sudah berubah.

Kecuali kesetiaan dia terhadap Viktor yang takkan pernah padam.

Huhai, setia betul budak ni.


...


Petang itu, Semua pengawas sudah sampai ke Bilik Persidangan. Mereka cuma perlu menunggu ketibaan guru pengawas, Cikgu Khairiah.

Semua yang ada di dalam Bilik Persidangan itu sibuk melakukan hal sendiri, termasuk Alicia. Dia sedang membaca sebuah novel misteri yang dipinjam dari perpustakaan.

Tiba-tiba matanya tergerak untuk melihat seorang jejaka yang sedang berbual dengan rakannya di barisan meja paling hadapan.

Yup, Abang Ketua Pengawas SMT Cyberaya (I), Ali Ghazali.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now