Bab 21 :Cabar

1.6K 127 57
                                    


Ali, Alicia dan ejen-ejen lain yang sebaya kini boleh hadir ke latihan dan misi seperti biasa setelah tamat peperiksaan di sekolah.

Pada hari itu, Alicia datang ke base MATA untuk berjumpa dengan General Rama setelah diarahkan. Mereka berbincang mengenai kebenaran pelepasan yang akan diberikan kepada ejen-ejen yang bakal menduduki SPM termasuk dia sendiri tidak lama lagi.

Walaupun tugas ejen adalah melindungi Cyberaya, tetapi mereka masih lagi pelajar sekolah dan walau apa pun study will always comes first kan.

Semasa Alicia sedang berjalan di koridor setelah tamat berbincang dengan General Rama, tidak jauh dihadapan dia ternampak susuk tubuh seorang ejen Kombat perempuan. Rambutnya yang panjang terurai itu membuatkan Alicia teringat akan seseorang.

Itu... Yana?

Sah, memang itu Yana. Nampaknya aku akan 'ter'serempak dengan minah saleh celup ni. Hermm.

Selangkah demi selangkah, jarak antara Alicia dan Yana semakin dekat.

Buat-buat bodoh, Alicia. Berlakon macam kau tak tau.

Mereka berselisih dan akhirnya berjalan melepasi satu sama lain.

Ala, lagipun bukannya dia kenal aku. Apa yang nak dirisau...

"Ini... Ejen Alicia ke?"

...kan. Okey, dia kenal aku.

Belum sampai beberapa langkah, Yana tiba-tiba menegurnya. Alicia berpusing menghadap si pemanggil.

"Ya, saya. Kenapa?" Dia seperti boleh mengagak apa yang bakal disebut oleh Yana sebentar lagi.

"Oh, nothing. It's just that I have always heard about you. Cuma belum pernah tengok you depan-depan mata," ayat Yana nampaknya bercampur bahasa Melayu dengan Inggeris.

"Yeke? Ni dah depan-depan mata ni, tengoklah, as much as you want," frasa 'as much as you want' itu ditekan sedikit. Alicia sebenarnya mahu cuba pergi dari situ secepat yang mungkin. Yana tiba-tiba ketawa.

Eee... tu ketawa betul ke buat-buat?

"You know what? You're so funny, Alicia. But it's funnier to know the fact that you're actually penjaga IRIS," Yana tersenyum. Tapi boleh nampak ada maksud tersirat disebalik senyuman itu. Tak ikhlas, sinis, ejek and whatsoever. Dia mengelus rambutnya.

Jadi ini ke rambut-perang-original-yang-panjang-berkilat-lagi-lembut-dan-beralun tu? Biasa je aku tengok.

"Good to know yang awak ni pun boleh tahan funny jugak sebenarnya. Tangan tu dah kenapa asyik nak pegang-pegang rambut tu? Gatal tangan? Or did you lost your haircomb? I'll gladly lend you mine," Alicia mengeluarkan sikat kecilnya dari poket. Perfect moment nak guna untuk loyar buruk sekarang ni. Dia cuba membuat Yana berhenti belakon Dan menunjukkan wajahnya yang sebenar.

Ternyata rancangan Alicia betul-betul menjadi. Senyuman plastik yang menutup wajah Yana tadi beransur hilang. Muka dia yang sekarang berbeza betul dengan yang tadi.

Dia ni memang dah cukup layak untuk jadi pelakon slot Akasia, la. Jadi watak orang ketiga. Eh, bukan... jadi makcik yang tak restu hubungan anak dia.

"You ni memang kurang ajar, ya?" hilang terus bahasa sopan yang dipakainya tadi. Dia mencekak pinggang.

Kan aku dah kata... Sesuai jadi watak makcik jahat.

"Memang la I masih kurang ajar, kalau dah cukup diajar I tak pergi sekolah atau akademi dah, mungkin dah jadi ketua teras agaknya sebab dah pandai sangat,kan?" Dia ber'you-I', aku pun ber'you-I' la dengan kau walaupun lidah tu rasa nak terbelit.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora