Bab 30 : Dinner #1

1.7K 179 62
                                    


Malam Ahad. Badan pengawas SMT Cyberaya mengadakan majlis makan malam tahunan pengawas tahunan dengan bertemakan 'Royal'.

Uuu. Excited sia...

Antara yang terlibat dalam majlis ini adalah para pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas ICT dan pembimbing rakan sebaya (PRS). Jumlah yang hadir pada malam itu lebih kurang 160 orang. Itupun belum kira keluarga guru-guru dan VIP.

Majlis makan malam ini dirancang dengan teliti sejak beberapa bulan lalu. Ia diadakan di Hotel Waterfront pada bulan November, beberapa minggu sebelum SPM. Kira nak bagi semangat kat pengawas yang ambil SPM la.

Tepat pukul 7.40 malam, sebuah kereta hitam tiba di depan pintu masuk lobi hotel. Seorang lelaki sederhana tinggi keluar dari kereta tersebut sambil membuat panggilan telefon.

"Helo, Viktor? Kau kat mana? Aku baru sampai depan pintu,"

"Ali! Tunggu sekejap. Aku baru keluar tandas. Kau tunggu kat lobi,"

Kedengaran suara Viktor di hujung talian. Viktor juga terlibat malam ini kerana dia seorang pengawas ICT.

"Cepat sikit. Malu aku sorang-sorang kat sini pakai baju ni," Ali meminta Viktor agar mempercepatkan pergerakan.

Tidak lama kemudian, Viktor muncul mendekati Ali. Viktor nampak segak mengenakan baju ala-ala Prince Charming warna royal blue.

"Fuh.. Smart kau malam ni," ujar Ali.

"Kalau Mia nampak, mesti dia terjun dalam kolam air pancut sebelah tu," sambungnya.

"Eh, kau pun sama, ma... Bukan main handsome! Walauwei, warna baj kita samalah! Kita duduk sama-sama nanti tau?" Ajak Viktor. Dia mahu bersama dengan gengnya sepanjang majlis nanti. Ali mengangguk setuju.

"Dah, jom kita pergi masuk dewan,"

Setelah naik lif ke tingkat 2, mereka menuju ke Hibiscus Ballroom, tempat majlis berlangsung. Mereka berdua berhenti di meja pendaftaran.

Baru sahaja Ali mahu memberitahu nama dan jawatan, pelajar-pelajar perempuan yang menjaga meja pendaftaran tersebut... Yeah.

Squeaking and screaming and fangirling.

"OMG! Abang KP Ali Ghazali la! Ha, tandatangan sini," seorang perempuan berpakaian gaun merah 'dengan senang hatinya' beritahu sendiri nama penuh dan jawatan Ali.

Ali yang berasa kurang selesa apabila diperhatikan cepat-cepat menandatangan di ruangan yang disediakan. Dia terus mengambil satu button badge untuk cabutan bertuah dan mereka berdua segera pergi dari situ.

"Argh... Tak selesa betullah. Apa kena dengan diorang tu?" Omel Ali.

"Tu lah kau, siapa suruh handsome sangat? Pakai baju ni lagi, makin berganda-ganda ke'handsome'an kau," Viktor menepuk bahu Ali.

"Eii, entah apa-apa kau ni,"

Majlis dijadualkan akan bermula pada pukul 8 malam. Tapi sudah pukul 7.50 malam pun, masih belum ada tanda-tanda majlis nak mula.

Ini ke orang panggil janji Melayu? Huha.

Suasana dewan besar itu dihiaskan mengikut tema.

Cantik! Pandai AJK Hiasan hias dewan ni, puji Ali dalam hati.

Sebagai ketua pengawas, dia berpuas hati dengan usaha rakan-rakan pengawas yang lain.

Pandangan Ali berlegar ke sekeliling dewan. Dia memerhati meja-meja bulat satu persatu. Semua yang hadir memakai baju ikut tema Royal.

Gaun kembang barat, Baju ala-ala Sultan Melayu Melaka, err... Yang pakai macam Firaun, semua ada.

Tapi masalahnya yang perempuan. Ada yang kat sekolah bertudung, tapi sekarang terbang entah ke mana hijabnya. Free hair. Yang pakai ketat, jarang, singkat, kain terbelah tu tak payah cakaplah.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now