Bab 25 :Ganggu

1.6K 140 44
                                    


"Okeylah Iman, kitorang balik dulu. Kau pun kena rehat, kan, "Kata Khai.

"Okey. Terima kasih datang melawat saya," Iman berterima kasih lantas tersenyum kepada kawan-kawannya.

"Jumpa lagi, Iman! Assalamualaikum," Moon melambai ke arah Iman.

"Waalaikumussalam... "setelah Iman membalas salam,  pintu wad ditutup.

Selepas menziarahi Alicia, Ali, Khai dan Moon menziarahi Iman pula.  Niat asal mereka ialah mahu tunggu sampai Alicia tersedar dari lena,  tetapi had masa yang mereka ada hanya 15 minit dan Alicia masih belum bangun.

Ali, Khai dan Moon menuju ke pintu keluar MC MATA sebelum Ali tersedar dia tercicir sesuatu.

"Sekejap... Aku rasa telefon aku tertinggal kat bilik sakit Alicia, la, " Langkah Ali terhenti. Begitu juga Khai dan Moon.

"Yeke? Kalau macam tu kau pergilah ambil. Kitorang tunggu kat situ," Khai menunjuk ke arah deretan kerusi menunggu yang terletak berdekatan dengan pintu keluar.

Tanpa berlengah, Ali segera berlari menuju ke wad Alicia.

Bilik 317... Ini pun.

Baru sahaja dia mahu membuka pintu,  dia ternampak seseorang sedang bercakap dengan Alicia. Ali mengecilkan matanya sedikit.

Perempuan berambut panjang warna perang...

Macam kenal je. Kalau tak silap aku...

Yana?

Ya, dialah yang pernah 'ceroboh' masuk bilik sakit aku time aku kena tahan dalam MC MATA hari tu. Sakit betul mata tengok dia lenggang-kangkung bercakap dengan aku. Cara dia bercakap lain macam. So aku layan dia macam angin.

Tapi apa dia buat kat sini? Dia kenal Alicia ke?

Ali mengintai melalui cermin kecik pada pintu.

Alicia dah sedar? Masa kitorang datang tadi tak pun. Diorang tengah bincang pasal apa tu?

Melihatkan riak sinis Yana dan reaksi Alicia yang serius nak mampus itu, Ali cuba memasang telinga dari celah pintu.

"I've already told you, Alicia. You're too weak. Just let me replace you," suara Yana dulu yang didengari oleh Ali.

Ganti tempat?  Jawatan ke?

"You tak habis-habis lagi dengan hal tu? I dah bosan la asyik dengar benda sama je dari you sejak hari tu. Daripada you buang masa kat sini kacau I, elok you pergi potong rambut. Macam pokok menjalar I tengok," balas Alicia. Walaupun suaranya kedengaran tidak bermaya,  tetapi ia tidak membuatkan dia kelihatan lemah.

"Macam manalah tak habis.  You sendiri yang tak nak let go tempat you sebagai penjaga IRIS untuk I! If you don't want me to disturb you anymore, you'll have to give me what I want, Chinese!" biadap sungguh cara pertuturan Yana. Suaranya meninggi.

Penjaga IRIS? Diorang bergaduh pasal...

"Yana,  please...  Just get out of here. I'm so tired of you," Alicia tidak mahu perbalahan itu semakin berlanjutan.  Nanti dia juga yang penat.

"Ah, yes. I forgot you've become weaker after what happened yesterday.  Bernafas sendiri pun you tak mampu, apa lagi jadi penjaga IRIS. Oh,correction. Ali dah tak mampu jaga you. Because you always bring him bad luck! " bentak Yana.

"Yana, pergi I kata... " suara Alicia menjadi serak,  seperti sudah tidak larat mahu mengeluarkan suara lagi.

"It's so obvious he doesn't need you anymore and you don't deserve to be with him! You're a troublemaker! You made so many problems!  And trust me, he really hates you, stupid bi-"

"Enough!!"

Pintu wad dibuka kasar. Gara-gara sudah tidak tahan mendengar makian yang diterima oleh Alicia, Ali segera masuk campur.

Ali hampir hilang sabar. Rahangnya bergerak-gerak dan tangannya menggenggam penumbuk. Silap hari bulan, kepala Yana boleh kena dengan Yoyo-Blast Ali. Tetapi dia bernasib baik kerana Ali masih mampu berfikir dengan waras.

Yana tercengang di tempatnya. Dia betul-betul terkejut dan tidak menyangka Ali mendengar sumpah seranah yang dilontarkan kepada Alicia tadi. Habis hilanglah peluangnya mahu menjadi penjaga IRIS selepas ini.

"Get out," kata Ali perlahan. Itu sahaja sudah cukup untuk membuat Yana melangkah keluar dari situ. Sekarang bayang ejen Kombat berambut perang itu tidak kelihatan lagi. Ali berpaling melihat Alicia yang masih terbaring lemah di katil dengan corong oksigen.

Titisan air mata hangat jatuh dari tubir mata Alicia yang terkatup rapat. Nampak sangat betapa sakitnya hati menerima cacian Yana tadi. Rasanya lebih sakit berbanding kecederaan yang dialaminya.

"Jangan nangis," 

Kata-kata Ali tidak berkesan. Kilang air mata Alicia semakin 'aktif beroperasi'.

Haih... Bab-bab memujuk ni aku memang paling fail. Pujuk perempuan pula tu, getus Ali.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikatakan, akan tetapi lidah Ali kelu langsung. Dia hanya berdiam diri.

Janganlah menangis. Sakit saya tengok awak macam ni...

Ali terus mencapai telefonnya yang tertinggal di sofa dan menuju ke pintu keluar.

"Saya menyusahkan awak ke?" Suara serak Alicia membuatkan langkah Ali terhenti.

"Saya ni... teruk sangat ke?" Alicia bertanya lagi.

"Awak... bencikan saya?" 

Soalan kali ini membuatkan kepala Ali tertoleh sedikit.

Tetapi senyap. Alicia masih menunggu respons daripada Ali.

Ali terus menarik pintu dan keluar dari situ meninggalkan Alicia sendirian tanpa memberi sebarang jawapan.

Diam tanda setuju. Dia bencikan aku.






Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Onde histórias criam vida. Descubra agora