Bab 7: Tanya Sama Iman

2.3K 152 18
                                    


Angin sejuk yang bertiup menggoncang perlahan pokok-pokok yang terdapat di hutan buatan MATA. Bunyi aliran sungai tidak mampu menenangkan fikirannya.

Alicia duduk termenung dihadapan sungai dengan kedua-dua tangannya menongkat dagu. Pipi tembamnya yang cerah ditekan dan digosok menandakan dia sedang runsing memikirkan masalah-masalah yang dihadapinya.

Terutamanya tentang Ali.

Tiba-tiba, Alicia mula mengomel sendiri.

"Apa maksud kau, hah? Aku tak faham. Jaga kehormatan diri? Maknanya? Perbaiki diri? Memanglah perbaiki diri tapi kenapa sampai kau tak layan aku? Kau tu dah tak payah nak perbaiki diri dah pun. Sebab kau tu dah cukup sempurna, kau tau tak?"

Beberapa saat kemudian, baru dia sedar kata-kata terakhir yang terkeluar dari mulutnya. Alicia menekup mulut. 

Aku tarik balik! Aku tarik balik!

Eww! Bukan itu maksud aku! Maksud aku...

Eh... Argh... Kenapa dengan aku ni?

Alicia menggeleng-geleng kepala.

Sebiji batu kecil disebelahnya dikutip lalu dilempar ke dalam sungai. Bunyi kocakan air yang mengasyikkan membuatkan dia mengulangi perbuatan yang sama sehinggalah tiada lagi batu di sekitarnya. 

Bosannya. Rungut Alicia dalam hati.

Dulu, ada Ali yang selalu dibawa bergaduh. Sengaja Alicia mencari pasal dengan budak Tekno itu kerana ingin melihat wajah cemberutnya. Alicia terbayang wajah Ali semasa mereka berumur 12 tahun dahulu.

Pft. 

Muka dahlah macam budak kecil. Sekali pandang, orang akan menyangka umurnya 9 tahun kerana tubuhnya yang kecil. Tambah lagi dengan muka baby-face dan kulit cerah putih melepak.

Muka Ali bila marah memang comel. Muka bertukar merah lepas tu kerut dahi lagi. Tak sah kalau tak bertikam lidah. Belum tambah lagi mulutnya yang dimuncungkan macam itik.

Hmm. Memang Ali.

Sehinggalah mereka masuk sekolah menengah. Ali mula berubah.

Dia menjadi semakin tinggi sampai Alicia pun kalah. Tinggi dia hampir sama dengan Ejen Karya... Kot? Yang pasti tinggi Alicia hanya mencapai telinganya. Dan muka putih macam Korea tu still ada.

Dia selalu datang awal ke sekolah, pakai kemas-kemas, kerja rumah tak pernah tak siap. Dia selalu jadi top student. Sudah semestinya Alicia yang akan mendapatkan tempat pertama, tetapi hampir tergugat kerana Ali laju mengejarnya dari belakang.

Bukan itu sahaja, dia juga semakin aktif dalam bidang sukan. Semua dia ikut. Dari bola sepak, bola keranjang, sampaikan olahraga sekali. Sebutlah sukan apa pun, confirm dia ada.

Tahun lepas (form 4), Ali pernah mendapat anugerah Atlet Terbaik Keseluruhan peringat Cyberaya. Jangan main-main. Bila orang tanya kenapa aktif sangat, katanya 'sebagai latihan tambahan ejen'.

(Dia kata macam ni hanya kepada ejen-ejen kat MATA, of course. Gila ke nak cakap depan orang ramai?)

Tambahan lagi, tahun ini dia mula memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas SMT Cyberaya meskipun ini baru tahun pertamanya menjadi pengawas. 

Huh, semualah kau nak sapu! Patutnya aku yang dapat! Alicia tidak berpuas hati.

Tapi dia ni memang... Entahlah. Macam hero orang tengok dia. Semua ada. Tak ada kekurangan langsung. Suruhlah dia buat apa pun, semua boleh. Pandai dalam exam, pandai sukan, pandai jadi ejen...

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin