Bab 4: Rehat

2.6K 163 5
                                    

"Semua masalah hampir diselesaikan. Pesalah dan suspek yang terlibat direman oleh MATA untuk membantu dalam siasatan lanjut. Kamu berdua akan direhatkan daripada menjalankan misi dan latihan ejen buat sementara waktu," kata General Rama semasa memberi laporan kepada Ali dan Alicia.

"Dan Ali, kamu tidak perlu risau tentang ayah kamu. Kami telah menghantar Encik Ghazali ke luar negara selepas kejadian ini atas urusan kerja jadi dia tidak akan syak atau risau tentang kamu kerana dia belum tahu tentang apa yang terjadi. Dia akan berada di sana sekurang-kurangnya tiga minggu dan waktu itu cukup untuk memulihkan kecederaan kamu.

Tetapi, pastikan kamu berdua sentiasa datang ke Pusat Rawatan MATA untuk mendapatkan rawatan agar kecederaan kamu pulih dengan segera. Kamu berdua faham?" Tanya General Rama.

"Faham, General," sahut Ali dan Alicia.

"Kamu berdua boleh bersurai sekarang. Dan jangan lupa kamu berdua perlu mendapatkan rawatan. Bertindak segera!"

Dan hologram yang memancarkan imej General Rama pun terpadam.

Kedua-dua ejen remaja itu pun keluar dari bilik mesyuarat. Mereka berjalan beriringan.

Namun begitu hanya kesunyian yang menemani perjalanan mereka.

"Betul ke kau boleh berjalan ni?" soalan Ali memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Alicia di sebelahnya tidak dapat berjalan seperti biasa. Dia terpaksa berjalan terinjut-injut dan keadaan ini membuatkan Ali berasa kasihan melihatnya.

"Tak apa. Aku masih larat lagi," balas Alicia pendek.

Kejadian yang berlaku hampir seminggu yang lepas masih terlekat kuat di kepala mereka. Hal ini membuatkan mereka berasa tidak tenteram.

Tidur tak lelap, makan pun tak selera. Kecederaan yang mereka alami masih belum sembuh.

Ali hanya mampu memandang Alicia.

Aduh, semuanya salah aku! Kalaulah aku boleh lari dari situasi tu, mesti semua tu takkan terjadi. Bagus kau, Ali! Sekarang Alicia pun terkena sekali, malah lebih teruk dari aku! Getus hati Ali.

Alicia yang terasa dirinya diperhatikan menoleh ke arah Ali. Ali membalas renungan gadis cina itu. Mereka saling berpandangan buat seketika. Kemudian Ali bersuara lagi.

"Alicia.. aku nak minta maaf dengan kau. Sebab akulah kau asyik tercedera je selama ni. Malah lebih teruk daripada aku. Dan kau jugak la yang uruskan semuanya untuk aku. Tapi aku langsung tak buat apa-apa untuk kau," Ali berhenti seketika manakala Alicia terkebil melihat Ali. Kemudian Ali menyambung lagi.

"Aku faham kalau kau marah kat aku. Tapi aku tak kisah, sebab kau berhak untuk rasa macam tu. Memang salah aku kau banyak disakiti, sebab kau cuma jalankan tugas kau untuk jaga IRIS tapi dengan aku sekali kau jaga. Dan aku juga dah menambah beban kau,"

"Jadi aku nak minta maaf sangat-sangat dan terima kasih sebab kau dah banyak berjasa pada aku. Mulai sekarang, aku nak kau berhenti menjaga IRIS dan biarkan aku sendiri yang jaganya. Semua ni sebab kau akan terjaga aku sekali dan sebagai lelaki, aku malu dijaga oleh seorang perempuan. Dan aku pun tak selesa asyik berkepit dengan perempuan.

Jadi, Alicia... kau dah tak perlu layan aku atau peduli pasal aku lagi. Jumpa nanti," Dan Ali mula melangkah pergi, jauh meninggalkan Alicia.

Alicia yang masih tercegat di situ ditinggalkan dengan 1001 persoalan di kepalanya. Dia rasa ada sesuatu yang tidak kena. 

Kenapa Ali tiba-tiba nak aku berhenti tolong dia? Bukan ke itu tugas aku sebagai penjaga IRIS? Kalau nak harapkan dia jaga, baik tak payah.

Tapi kenapa dia kata... malu? Selama ni itu yang aku buat tapi dia okey je? Kenapa baru sekarang? Apa yang buat dia rasa macam tu?

Akhirnya Alicia berjalan pergi dari situ dengan perasaan penuh tanda tanya.


Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now