Bab 20 :Sama Macam Dulu

1.6K 137 18
                                    


Akhirnya keputusan peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan pertengahan tahun sudah keluar. Pagi Sabtu itu, seluruh warga SMT Cyberaya 1 hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan pelajar.

Mereka dikehendaki mengambil slip keputusan daripada guru kelas di kelas masing-masing.Walaupun ia sepatutnya diambil bersama ibu bapa atau penjaga, masih ada segelintir pelajar yang terpaksa mengambil sendiri slip mereka gara-gara kesibukan ibu bapa.

"Fuiyoo! Kau dapat nombor satu keseluruhan (lagi) la, Alicia!"

"Kau ni melebih-lebih la. Cuba kau tengok, markah kertas Biologi aku menurun,"

Macam biasalah, budak-budak akan intai slip kawan, terutamanya slip budak pandai.

Selesai mengambil keputusan, Alicia dan Mia berlegar-legar di taman sekolah. Mereka berbual-bual mengenai hal sekolah dan lain-lain topik yang 'panas lagi hangat'.

Taman sekolah SMT Cyberaya 1 diorang ni boleh dikatakan macam taman impian bagi mereka yang meminati bidang seni landskap. Taman ini mula diubah suai beberapa tahun lepas semasa tahun pertama Ali dan Alicia mula bersekolah di sini. Alang-alang bapak Ali salah seorang peneraju Cyberaya, Dr Ghazali membiayai kos mengubah suai taman sekolah. Hasilnya, taman sekolah ini mendapat anugerah Taman Sains Terbaik Cyberaya selama 4 tahun berturut-turut.

Taman seluas separuh padang bola itu ditanam dengan pelbagai tanaman seperti pokok renek dan pokok bunga yang pelbagai warna. Siap ada kolam buatan dan batu refleksologi lagi. Memang sesuai sangat untuk orang yang nak tenangkan diri dari stres belajar.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang ada di situ, apa yang paling disukai Alicia ialah pokok bunga matahari yang tertanam tidak jauh dari kolam buatan.

"Macam mana kau boleh jadi pandai sangat ni? Kau ada ambil kelas tusyen ke?" Sambil bertanya, Mia berjalan-jalan melihat bunga-bungaan yang ada disekeliling.

Wau, cantiknya bunga raya besar warna pink tu! Sempat Mia komen dalam hati.

"Takdelah. Aku tak pernah ambil kelas tusyen. Aku belajar sendiri," balas Alicia.

"Biar betul? Tak pernah langsung ke selama ni?"

"Betullah, takkan nak tipu pulak?"

"Mantul kau, Alicia,"

Hmm. Ada-ada sajalah kawan aku yang seorang ni.

Lagipun Alicia mana ada masa nak pergi tusyen. Banyak latihan ejen punya pasal. Kelas tambahan kat sekolah pun susah betul nak catch up. Kalau datang pun kadang-kadang mesti ada misi mengejut.

Mereka sambung berjalan di taman dan masing-masing senyap memerhatikan persekitaran mereka. Semasa mereka semakin menghampiri kolam, mata Alicia tertancap pada sekuntum bunga matahari yang lebih besar saiznya berbanding bunga matahari yang lain.

"Mia, tengok," Alicia menunjuk ke arah 'sekumpulan' bunga matahari yang dimaksudkan. Dia segera melangkah ke arah bunga yang nama saintifiknya Helianthus annuus itu.

Cantiknya, desis hati Alicia. Dia mencangkung untuk melihat dengan lebih dekat. Pandangannya langsung tidak beralih daripada bunga berwarna kuning terang itu. Dia mengusap kelopak bunga itu perlahan-lahan.

"Macamlah tak ada bunga lain kat sini. Asal datang taman ni bunga tu je yang kau nak tengok. Kau memang angau kat spesies bunga matahari ke?" Mia berloyar.

"Entah apa-apalah kau ni. Sejak bila pulak manusia reti angau dengan bunga?" Alicia mencebik. Mia tersenyum senget.

"Tapikan, bunga matahari ni semua menghadap arah sama. Arah cahaya matahari, kan? Maksudnya mesti diorang semua ni angau kat matahari, betul tak?" Tanya Mia.

Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now