Bab 2: Override Mode

3.1K 176 14
                                    

"Ali?"

Ali sedang tegak berdiri walaupun berada dalam keadaan cedera parah. Kawalan IRIS membuatkan Ali tidak merasakan apa-apa kesakitan meskipun dia mengalami pendarahan yang banyak.

Semua ini kerana...

Alicia.

"Weh, kau dah kenapa tercegat kat sana tu?" Jason mula terasa aneh dengan kelakuan lelaki berpakaian merah itu.

Kenapa kaca mata dia bercahaya? Getus hatinya.

"Ali, kawal diri kau! Jangan terlalu mengikut perasaan! Ali!"

Malangnya, kata-kata Alicia langsung tidak membuatkan Ali berganjak walau setapak pun.

Raut wajah Ali kelihatan kosong tetapi penuh dengan emosi yang bercampur-baur.

Dia marah. Dia sedih. Dia takut. Dia keliru kerana...

"Ali! Pergi dari sini! Kau tak payah layan dia!" jerit Alicia.

Namun semuanya telah terlambat.

Ali meluru laju ke arah Jason dengan bantuan Aero Boots sambil mengaktifkan Yoyo Blast di tangannya. Ayunan yoyo sangat laju sehingga percikan api dapat dilihat disekelilingnya. Jason mula menggelabah tetapi bersedia untuk melawan Ali.

Serangan pertama Ali tidak dapat dielak oleh Jason menyebabkan Jason terjatuh ke belakang. Sebelum sempat badannya menyentuh lantai, Ali menggunakan Aero Boots untuk menendang Jason jauh dari situ.

Jason tercampak kearah kotak-kotak kayu yang tersusun pada dinding. Bunyi erangan Jason boleh didengari di setiap pelusuk gudang itu.

Jason cuba untuk berdiri tetapi niatnya terbantut akibat kakinya tersangkut di celah kotak kayu yang pecah. Tanpa mempedulikan kesulitan lawan, Ali menyerangnya dengan bertubi-tubi menggunakan Yoyo Blast.

Alicia yang masih lemah cuba untuk bangun dari perbaringan. Sukar sekali terutamanya dengan lengan yang patah dan pendarahan tanpa henti. Dia cuba sedaya upaya untuk menghentikan Ali. Dia tidak peduli dengan kecederaan yang dialaminya asalkan Ali tidak terjejas oleh IRIS.

Pada masa yang sama, Ali meruntuhkan siling dan atap yang berada betul-betul di atas Jason. Serpihan-serpihan konkrit, zink serta papan keras jatuh tepat mengenai Jason sehingga bayangnya langsung tidak kelihatan. Hanya jeritan dapat didengari tetapi bunyi itu beransur hilang. 

Ali terhenti seketika dan tercungap-cungap kerana kepenatan, macam biasa selepas Override mode. IRIS tertanggal daripada Ali tidak lama selepas itu.

Alicia segera mendapatkan Ali. Tetapi Ali rebah terlebih dahulu sebelum Alicia sempat sampai padanya. Alicia meletakkan kepala Ali di ribanya.

"Ali! Ali! Bangun! Jangan tidur! Buka mata kau... Nanti kau dah tak lama nanti! Ali!" Alicia berusaha memastikan Ali tidak terlelap di situ. Ali hanya dapat mendengar suara dan cahaya samar. Alicia menggoncang tubuh Ali namun hampa, kerana Ali sudah tidak menyedarkan diri.








Kerana IRIS atau Dia? (Ejen Ali Fanfiction)Where stories live. Discover now