part 1

107 10 4
                                    

"Aireen..Kau free tak sekarang ni. Aku nak jumpa kau kejap la "

"Hurmmm...Ada apa Ayy..aku mengantuk la Ayy "

"Reen...cepat la Reen..Aku bagi kau lima belas minit dari sekarang. Kalau kau tak keluar aku jerit nama kau kuat- kuat"

"Ye lah aku datang..Tau nak ugut orang aje kau eh..."

Budak Ayy ni bukan boleh bawak bincang. Kalau dia dah main kuasa veto tahap ultramen tu baik layankan aje.

Pernah sekali Aireen buat derk aje bila Ayy buat macam tu tapi akibatnya Ayy betul-betul jerit panggil Aireen sekuat hati dia.

Mak aihhh...Sampai Kak Odah sebelah rumah menjenguk keluar sambil garu-garu kepala.

Kelam kabut Aireen menyarung tudung dan bersiap ala kadar sebelum berlari keluar bimbang tragedi 30 Oktober berulang lagi...

Serik wehhhh...

Termengah-mengah Aireen berdiri di depan Ayy yang sudah terpacak di sebelah keretanya dengan muka yang tersenyum- senyum.

Tau takut aku jerit.. See the leg la Miss Aireen sayang oi dengan siapa kau nak kata tidak..

Terjongket kening Ayy bila mengumpat Aireen dalam hati.

"Wehh...Kalau setakat kau nak main tenung - tenung dengan aku baik aku post je gambar aku kat kau.."

Rungut Aireen tak puas hati bila Ayy buat muka jahat dia.Dah la suruh Aireen bersiap asal boleh sahaja bila dah ada dekat depan muka dia boleh buat selamba aje..

" Reen...ikut aku jap "

Pantas Ayy berlalu dan membukakan pintu kereta untuk Aireen. Perlahan Aireen melangkah dengan seribu tanda tanya.

" Kau nak bawa aku pergi mana ni Ayy ? "

" Rahsia "

"Ermm.. rahsia eh.. Malas la aku ikut kau. Baik aku sambung tidur lagi bagus "

Aireen susun langkah ke pintu pagar namun segera Ayy menarik hujung lengan baju Aireen.

" kau nak masuk sendiri ke kau nak aku tolong masukkan kau? "

Urghhhh....Tak habis - habis nak mengugut aje kerja budak tonjang nie.

Besar kecil besar kecil aje Aireen memandang Ayy. Segera dia meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan Ayy menyanyi kecil manakala Aireen sudah pun terlelap semula. Ayy tahu Aireen cukup penat bila bertugas hingga lewat malam.

Namun Ayy juga tak sabar nak berkongsi sesuatu yang paling istimewa di dalam hidupnya bersama Aireen.

Jemari Ayy menyeluk saku dan memegang sesuatu yang membuatkan dia tak sabar untuk membawa Aireen ke sana.

Ayy sudah berazam selesai semua urusan Aireen adalah orang pertama yang akan melihat hasilnya.

Dia...Limited EditionDove le storie prendono vita. Scoprilo ora