part 10

51 4 0
                                    

Ayy benar - benar bingung dengan perubahan diri Aireen. Semenjak kali terakhir dia menemui Aireen sewaktu Aireen memintanya menemani Aireen menghantar Abang Fuad yang sedang sakit ke klinik.

Waktu itu Ayy baru sahaja sampai dari Seremban kerana ibunya ditahan dirumah sakit ekoran tekanan darah tinggi.

Deringan telefon berkumandang dan jelas nama Abang Fuad terpampang di screen. Terdetik persoalan di hati Ayy kerana Abang Fuad jarang sekali menghubunginya.

" Assalammualaikum Ayy. Kau tengah buat apa sekarang "

Kedengaran suara Aireen menerjah ke gegendang telinga.

"  Tengah bercakap dengan kaulah Reen. Kenapa? "

" Ayy tolong aku. Abang Fuad sakit.Tolong bawa dia pergi klinik boleh ?"

Cemas suara Aireen.

" Ok aku siap- siap dulu nanti aku datang sana ya Reen "

" Terima kasih Ayy "

Ayy masuk ke bilik menukar baju dan mengangkat wuduk. Dia belum solat asar lagi . Tanpa bertangguh takbir diangkat.

Setibanya di rumah Abang Fuad Aireen sudah sedia menunggu di perkarangan rumah dan cuba memapah Abang Fuad yang kelihatan sangat tidak bermaya.

Ayy turut sama membantu Aireen memasukkan Abang Fuad ke dalam kereta.

Sewaktu Abang Fuad mendapatkan rawatan Ayy mundar - mandir di luar sebelum mesej dari Aireen menerjah masuk.

" Ayy temankan aku "

" Aku bingung "

Ayy segera mendapatkan Aireen dan sentiasa berada disebelah Aireen.

Memandang wajah gusar Aireen membuatkan hatinya resah. Ingin sekali dia membawa Aireen ke dalam dakapannya namun dia sedar itu semua tidak akan pernah berlaku.

Aireen cukup menjaga batas - batas pergaulan meskipun pada zahirnya dia kelihatan agak gila - gila.

Aireen hanya mampu berdoa dan membiarkan paramedik melakukan tugas mereka mengendalikan Abang Fuad.

Galau hati Aireen. Dia hanya ada Abang Fuad di dalam hidupnya untuk dia menumpang kasih.

" Cepatlah sihat abang. Abang tak kesian kat Reen ke ?.Reen cuma ada abang "

Aireen berbisik sayu.Airmata yang ingin gugur ditahan semampu mungkin.

" Reen tadi kau dah makan belum ? "

Aireen hanya menggelengkan kepala. Sungguh dia langsung tidak teringat untuk makan tengahari bila asyik memikirkan keadaan Abang Fuad.

" Nanti aku suruh doktor pasang air lagi satu eh Reen "

Aireen pandang Ayy. Hati yang sedang keliru mulai berdetak bimbang. Teruk sangat ke sakit Abang Fuad ni?

Aireen pandang Ayy minta penjelasan.

" Aku nak suruh doktor pasang kat engkau pasal degil tak nak makan "

Bersahaja Ayy menutur kata. Itulah istimewanya Ayy. Ayy yang selalu menyembunyikan seribu rasa dalam raut wajah bersahaja.

Dalam kalut menghadapi situasi sebegini pun dia masih mahu menghiburkan hati Aireen.

Aireen tersenyum kecil. Lega hati Ayy memandang. Kalaulah airmata Aireen tumpah dihadapan Ayy entah bagaimana dia mahu menghadapinya.

Kalaulah Aireen tahu betapa pentingnya Aireen di dalam hidup Ayy..

Kalaulah....

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now