Part 17

64 4 0
                                    

Seminggu selepas majlis pernikahannya Ayy gagahkan diri untuk menemui Aireen. Dia mahukan penjelasan dari bibir Aireen sendiri. Bukankah mereka sudah berjanji untuk memperbaiki persahabatan mereka.

Puas salam diberi namun tidak langsung bersahut. Rumah Abang Fuad sunyi tanpa penghuni. Kereta Aireen elok terletak di garaj. Takkan Aireen masih tidur lagi. Ayy kerling jam ditangan.Bangun lambat bukan kebiasaan Aireen.

" Assalammualaikum ," terdengar suara garau Abang Fuad memberi salam dari arah belakang. Ayy berpaling dan menghulurkan tangan sambil menjawab salam.

" Masuklah Ayy. Abang nak naik atas sekejap ya ," sopan perlawaan Abang Fuad yang bersongkok sebelum melangkah menaiki anak tangga. Mungkin dia mahu mengejutkan Aireen yang masih lagi tertidur.

Tidak lama kemudian Abang Fuad muncul semula dengan sebuah kotak ditangan.

" Ayy, ni peninggalan dari Aireen buat kau. Maaf baru hari ni abang dapat serahkan hadiah ni pada kau "

Peninggalan Aireen ?

Apa maksud semua ini ?

Ayy pandang wajah sugul Abang Fuad dalam - dalam mengharapkan penjelasan. Dia mulai keliru dan resah menanti jawapan.

" Apa maksud abang. Aireen mana bang. Saya nak jumpa Aireen. Kenapa dia tak bagi sendiri hadiah ni kepada saya ?"

Abang Fuad hanya diam membisu. Pilu kian memberat didadanya bila melihat telatah Ayy yang tercari - cari Aireen.

" Reen. aku tau kau ada kat atas. Turunlah Reen. Aku nak jumpa kau ni ," Ayy menjerit memanggil Aireen sambil matanya memandang ke arah bilik Aireen yang terletak di atas.

" Tak guna kau panggil Aireen Ayy. Dia takkan pernah mampu menyahut panggilan kau lagi ," sayu bicara Abang Fuad sambil matanya berkaca memandang Ayy.

" Maksud abang?" entah kenapa debaran di dada Ayy kian menggila. Takkan Aireen sudah berpindah keluar dari rumah ini. Jangan - jangan Aireen sudah bernikah dengan Zachery.

" Aireen dah tak ada Ayy. Aireen dah tinggalkan kita semua," esakan Abang Fuad mulai kedengaran. Ayy yang mendengar bagaikan tak percaya. Takkan Abang Fuad mahu bergurau senda. Ini bab kematian.

" Bila ?" soal Ayy yang sedang celaru. Bagaikan tidak mahu percaya apa yang terjadi.

" Masa malam pernikahan kau Aireen pergi tinggalkan kita semua. Selama ini Aireen merahsiakan penyakit dia dari kita. Yang tahu cuma Zachery seorang. Dia tak mahu hidup atas belas kasihan orang pada dia Ayy, " jelas Abang Fuad berbaur kesal. Kesal kerana Aireen terpaksa menanggung semuanya sendiri.

Zachery diminta Aireen supaya merahsiakan keadaannya yang menghidap kanser usus dari pengetahuan semua orang. Itupun Zachery dapat tahu bila Aireen diserang kesakitan yang melampau sehingga tidak sedarkan diri sewaktu mereka bekerja bersama.

Bila Aireen ditahan di dalam ward Zachery terpaksa menipu Abang Fuad dengan mengatakan Aireen perlu menghadiri mesyuarat diluar kawasan.

Reen..maafkan aku Reen. Sahabat jenis  apa aku ini sehingga tergamak menyalah tafsirkan setiap tindakan yang kau lakukan.

Ayy tidak lagi mampu menahan airmata yang tertahan. Esakannya memecahkan suasana.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now