Part 13

50 5 0
                                    

Senyuman manis tak lekang dari bibir Husna. Jambangan bunga telur yang telah dipilih bersama Ayy sangat cantik. Sengaja Husna memilih bunga tulip merah kerana dia tahu Ayy sangat sukakannya.

Penat berjalan Ayy mengajak Husna melangkah ke arah Bistro Cafe. Tekak pun dah mula inginkan belaian.

Ayy capai piring dan mengambil sebiji donut berintikan jem mangga manakala Husna memilih sepotong kek Red Velvet.

Ayy pandang donut yang menjadi kesukaan Aireen dalam - dalam. Terlayar wajah ceria Aireen setiap kali mereka singgah disitu.

Husna yang perasan akan sikap Ayy yang lebih banyak mengelamun dan berdiam diri hanya memerhatikan sahaja tanpa mahu bertanya. Dia pasti Ayy punya masalah tersendiri. Mungkin Ayy gelisah mengenangkan majlis akad nikah nanti. Siapa tahu.

" Kenapa awak tenung aje donut tu. Awak memang suka makan donut mangga eh. Nanti saya belajar macammana nak buat donut untuk awak ya Ayy," Husna bersuara sekadar untuk memecah kesunyian.

Ayy yang tersedar akan kesilapannya hanya menguntumkan senyuman. Maafkan aku Husna. Tak sepatutnya aku abaikan kau macam ni.

" Baguslah macam tu Husna. Saya pun lebih suka makan dirumah  bila dah kahwin nanti."

Leka mereka berbual - bual sehingga anak mata Ayy pantas menangkap kelibat seseorang yang sedang melangkah masuk.

Aireen!

Tapi siapa lelaki yang berada dengan Aireen?

Ayy mula tak senang duduk.Perhatiannya kini lebih terarah kepada Aireen. Melihat kemesraan yang terpamer di antara mereka berdua benar - benar menyakitkan hati Ayy.

Ayy segera mendekati Aireen yang sedang asyik memilih donut.

" Reen , kau kata kau sibuk hari ni bila aku ajak kau keluar tadi ?" keras suara Ayy.Tajam pandangan matanya tertala ke wajah Aireen yang pastinya kelihatan terperanjat bila melihat Ayy di sebelahnya.

Ayy renung wajah Aireen semahunya. Ada rindu yang bertamu namun perasaan marah lebih menguasai diri.

Hati Ayy berdetak bila wajah itu seakan kehilangan seri. Wajah Aireen yang seakan pucat dan mata Aireen yang cengkung mengundang seribu tanda tanya.

Sakitkah Aireen?

Namun perasaan yang bercampur baur itu mati serta merta disaat anak mata Ayy menyambar wajah lelaki yang berada bersama Aireen.

Aireen terpaku seketika. Semahunya dia tidak mahu menemui Ayy lagi biarpun hatinya selalu merindukan lelaki itu.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now