Part 8

48 5 0
                                    

Semenjak kebelakangan ini Aireen betul-betul tenggelam dalam kesibukan yang tiada penghujungnya.

Keadaan Abang Fuad yang kian tidak menentu membuatkan Aireen terpaksa memikul sebahagian besar tugasan yang menanti.

Mujurlah ada Zachery yang banyak membantu Aireen. Sikap Zachery yang prihatin selalu menyentuh hati Aireen.

" Aireen, penat sangat dah saya tengok awak ni. Pergilah rehat dulu. Yang lain ni nanti biar saya yang siapkan "

Zachery pandang Aireen yang sedang menyiapkan kerja- kerja pemasangan lampu di Banglo kepunyaan Tengku Kamaruzzaman.

Itulah istimewanya Aireen yang sentiasa ringan tangan membantu pekerja.

Aireen nampak sahaja lemah lembut namun kemahiran Aireen dalam bidang pengubahsuaian rumah tidak boleh disangkal oleh sesiapa.

Kadang kala ada pemilik rumah sendiri yang membuat permintaan agar Aireen turut datang untuk membincangkan projek yang dijalankan.

Seringkali Aireen diminta untuk memberikan buah fikiran tentang kesesuaian yang perlu dilakukan.

" Zack, dah lewat petang ni.Kita kemas-kemas kita baliklah ya."

Perlahan Aireen menutur kata.Sesekali direngangkan jari jemarinya.

" Reen, saya tengok kebelakangan ni awak selalu termenung. Awak ada masalah ke ?Boleh saya bantu ?"

"  Tak ada apalah Zack. Saya runsingkan Abang Fuad je. Penat pun satu hal "

Sambil berbual sambil mereka mengemas apa yang patut. Seperti kebiasaannya Zachery akan menghantar Aireen pulang.

Sewaktu membuka pintu kereta mata Aireen mendongak memandang langit. Ternyata malam sudah menginjak tiba.

" Hurm.malam ni tak ada bintang "

Bisik Aireen perlahan namun sempat menerjah ke dalam telinga Zachery.

Zachery kalih pandang ke langit. Sungguh sebutir bintang pun tidak kelihatan.

Dialih pandang ke wajah kecewa Aireen. Terdetak rasa kasihan. Zachery cukup faham sikap Aireen yang begitu sukakan suasana malam.

" Awak tau Zack, malam selalu menghadiahkan saya seribu ketenangan. Saya cukup terhibur bila dapat melihat bintang berkerdipan. Hilang semua masalah"

Terngiang- ngiang ucapan Aireen suatu ketika dulu sewaktu mereka menikmati makan malam bersama sebaik habis kerja.

Di kala itu Aireen lebih suka memilih warung yang terletak ditepi jalan. Itulah satu-satunya warung kesukaan Aireen.

Warung Char Kue Tiow Arang. Aireen suka berada disitu. Menikmati Char Kue Tiow daging sambil melihat kenderaan lalu-lalang.

Apatah lagi warung itu terletak di atas bukit membuatkan suasana sangat nyaman dan tenang.

Dalam diam Zachery merancang sesuatu yang bakal membuatkan Aireen tertawa sebentar lagi. Kereta dipandu terus menerjah kegelapan malam kian pekat.

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now